Tuesday, September 29, 2009

Tak puas raya..

Mungkin agak basi, tapi nak cerita pasal raya jugak..
Manis juga beraya dengan gelaran tunangan orang ini. Kadang tersengih kegedikan bila kena usik2 pasal kawen. Gatai noo... Huh.. bak kata omputeh.. 'cut the crap'..

Raya??? Okay-okaylah jugak. Lebih banyak melayan tetamu. Jaga nenek. Dan paling touching bila ibu asyik kata kali nih last la aku beraya as single person. Tahun akan dtg I'm Not Single dah..

Tak tahu tahun depan dapat ke salam ampun maaf ibu ayah pada pagi 1 syahwal tu. Kot-kot la kena beraya belah utara dulu. Bab itu aku tak mau fikir sangat, nanti sentap pula jiwa sensitif aku.

Seterusnya, punca saya tak lama update blog sebab... kabel kamera saya ilang. Tak ingat la simpan kat mana. So berkulat la gambar2 raya tuh dalam kamera. Silap sendiri la tak wat setting simpan gambar kat memory card. Harap2 boleh jumpa..

Wednesday, September 16, 2009

Alkisah Janda Beranak Tujuh

video

Sunday, September 13, 2009

Terkini tapi tak sensasi..

Eheeee... Lama gila tak update kan. Pemalas sunggoh. Nampaknya lebih sesuai tukar "cekgu yang bayek" kepada "cekgu yang malas".Okaylah.. saya bukan malas ya. Saya busy.

Lepas mengawas UPSR di sekolah pedalaman yang perlu melalui jambatan gantung ala taman negara itu, memang saya low battery+collapes setiap kali pulang rumah. Walaupun hanya 18 calon sahaja yang seat exam tersebut.

Liku-liku perjalanan amat mencabar. Percayalah..



Preparation kawen2 pun jadi pending.Lagipun dah masuk 23ramadhan. Haruslah lebih busy pasal raya2 kan.

Seperti cik naddynad, i also had to cut my budget on duit raya. Mujurlah anak sedara tak ramai. Ramai tak ramai, first come first serve lah. Boleh ke mcm tu.. Lari konsep lah aku nih.

Nak tambah sikit jugak stori kawen2, satu perkara yang boleh membuatkan aku lega, hunting for hantaran dah almost complete. Hehe.. Mana boleh complete betul sebab macam kek ke buah ke, itu takkan nak beli 6 bulan awal. Pendek akal namanya..

One more, saya ada berita gembira untuk diri saya tau..Beberapa jam lepas mengisi permohonan untuk pindah itu, i receive a call from someone yang kenal gitu-gitu je la.

Tak disangka, someone tu antara orang penting yang menguruskan pertukaran guru. He said dah terima my online application tu and mintak aku follow next procedure.

See!!, kabel datang cari aku, bukan aku yang mencari kabel. Honestly, aku tak tahu pun dia naik pangkat dah..

Syukur la jugak, dia kata cuba nak tolong, itupun kalau ada kekosongan kat area yang aku apply. Berkat doa rakan-rakan bloggers jugak kan.

Harap kalau aku stori kat sini tak kena band ke or blacklist ke kena soal siasat ke apa2 ke. Takut-takut berani juga nih..Hehe..

My flight to JB on Sept,18. Tak sabar nya..

Sunday, September 6, 2009

Exam upsr..

Gagal lagi untuk memboloskan diri. Hari-hari aku berdoa tak akan dilantik menjadi pengawas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Tapi untuk kali ke-5,(dari start keja), tetap juga nama aku dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjaga exam UPSR 2009 nih. Dapat pula sekolah tahap hulu, siap menyeberangi sungai lagi. Aduyai...

Memang la jaga exam, salah satu ke-best-an nya, dapat claim yang agak masyuk (tambahan sekolah pedalaman). Tapi aku bosan la jaga exam. Sepanjang tempoh tu, kena dok melilau..perati budak.. tak boleh buat apa.

Pastuh dah beberapa kali juga aku jadi pengawas Sijil Pelajaran Malaysia. Ini lagi bosan tahap dewata. Ada yang paper sampai 2..3 jam. Membawa sampai ke petang lagi. Tak ke bosan aku nak menunggu.

Dapat pula ketua pengawas yang cerewat. Nak baca magazine ke, newspaper ke, pon kena sound. Hampagas betul.

Guru lain yang tak kena lantik jadi pengawas, sedap-sedap berehat sepanjang tiga ari tu. Hmm.. Tak pa, sabar shareeda. Ko bayangkan je claim yang ko dapat tapi dorang tak dapat.

Kalau ada silent reader yg underage and nak ambil peksa UPSR 2009 nih, cekgu ucapkan Good Luck okey!

Saya yang menurut perintah,

(^;^)



Notakaki: Baru lepas isi permohonan pertukaran guru antara negeri. doakan saya yek.

Wednesday, September 2, 2009

Sembang pasal hantaran

"Awak, ingat nak tukar la handbag tu,nak menda lain, boley la ekk.."(dengan bunyik johorian)

"Awat nya nih, tak suka ka..??" (dengan slanga kedah yang pekat)

"Handbag tu buat utk raye boleh tak? cantik la..tak tahan nak pakai.." (dengan nada memujuk)

"Dah tu nak tukaq apa?"

"Tukar clutch boley?"

"Menatang apa clutch tu, clutch kereta saya tau la.."

"Macam purse, long purse tu, tapi mcm vougue lagi la.."

"Ohhoo,, habaq la dompet pompuan.. bulih lah.. mana2 awak.."
"Kalau mcm tuh saya pun nak tukaq la, tak mau la kasut tuh.."

"Erk.. awak nak ape?"(dada mula berombak..)

"Rayban."

Gulp..



Sporting and supportive jugak encik tunang. Dalam masa sama pandai demand. Okaylah kan, mesti ada give and take.

Lagipun kasut dan handbag tu bersaiz besar. Biarlah konsep hantaran aku kami untuk majlis nikah nanti yang kecil tapi bergaya. Kiki Lala. Wahh....

Mula meng-google image clutch. Tapi memang lawak. Try taip word 'clutch' memang keluar pasal hal clutch pedal dalam sistem kereta. Heheh.. kena adjust skit

Roberto Callivi

Dior

burberry

roberto calvalli

coach

Normally clutch selalu di bawa majlis2 tertentu. Terutama majlis ala grammy award with evening dress gitu. But kalau buat hantaran pun still sesuai tau. Contoh nya..

Credit : rose-nani.blogspot.com