Sunday, May 29, 2011

Susu Ibu adalah yang terbaik

Get back to work last week. Hmm.. sungguh runsing bila nak tinggalkan anak untuk pertama kali sejak dilahirkan.

Untuk pengetahun semua, sejak zaim berumur sehari.. aku tak penah tinggalkan zaim. NEVER. Ke mana saja aku bawa dia. Kadang mak aku pesan, "nak jalan2 pegi la.. ibu boleh jaga zaim". Tapi aku tak sanggup nak lepaskan zaim. Kalau boleh satu saat pun aku tak mahu rugi masa bersama zaim.

Padahnya, hari pertama kerja.. aku nangis kat sekolah. Cuba cover and pegi toilet padahal jam baru pukul 8 pagi.

Time drive nak pegi keja pun aku dah tahan2 sebak. Adoiii..

Pukul 9 pagi, ciknen rasa sakit, rasa bengkak. Lagi la sayu, teringatkan zaim yang fully breastfeed. Cepat2 pegi pump, alhamdulillah dapat 5 oz.. Rezeki Zaim.. Next session, pump around 12 tghari..4oz..

Zaim hanya minum susu ibu. Aku dah nekad nak usahakan fully breastmilk kat zaim. Syukurlah dah masuk 3 bulan, aku berjaya susukan sepenuhnya Zaim.

Balik keja pukul 1.35tghari, trus drive dgn hati berbunga nak jumpa anak.. 2.15ptg baru sampai umah babysitter(jiran sebelah jer pun..)

Kak Nah (babysitter) cerita; zaim nangis pukul 9 lebih.. puas pujuk.. minum susu byk jugak... dkt pukul 11 baru berenti nangis..

Sedihnya aku dgr. Kak Nah kata dia cuba seminggu dulu, kdg ada budak tak serasi kata dia.

After seminggu, zaim makin goodboy, susu yang aku bekal.. lebih kurang 5oz zaim akan habiskan kalau siang. Lega nya, Kak Nah pun setuju nak continue.. Kak Nah sangat memahami niat aku nak zaim hanya minum susu badan..

Zaim tido masa aku nak ambik dia. Aku terus kejut dan susukan dia. Love that moment so much. Lebih-lebih lagi bila zaim pandang ibu masa ngempeng. Hehehe...

Susu Ibu adalah yang terbaik.

Sunday, May 22, 2011

Kembali berkerja

Hmm.. tamatlah sudah cuti 3 bulan aku. Esok, 23 Mei, aku dah start keje semula. Aduh.. beratnya hati setelah 3 bulan ber-leisure dgn baby zaim, ber-happy hour, and tommorow masuk ngajar balik.

Tp ngajar pun seminggu je, lepas tu cuti sekolah 2 minggu, ngelat tak..?? ehehe... Susah hati nih tuhan je lah yang tahu. Walaupun my little hero nih tak kuat meragam sgt..Always kewl dan tenang je, but risau jugak nanti duduk ngan babysitter. Kot zaim cari ibu dia yg lebih manja nih.. ehehe

Esok balik 1.35tghari.. 1.34thagri aku nak duduk dpn punch card dah.. Boley??
Huaaa.. tak nak keje.... nak jaga zaim..
Ibu cayang zaim sgt2..

Thursday, May 19, 2011

Hari Ibu..

Sambut di Secret Recipes.. But aku lebih teruja tgk aksi zaim.. Comel.. Sporting jek.


Heheh.. rasanya zaim nih mmg suka klu bawak jalan2 kot. Nanti kita jalan2 lagi ye sayang...

Wednesday, May 18, 2011

My super COMEL hero..

Assalamlualaikum..
Salam satu Malaysia..

Iyaa, lama tak bersiaran kan. Maklumlah semakin busy sejak hidup bertiga ni. Kehadiran Ammar Zaim for both of us sangat-sangat lah menceriakan. Penyeri hidup kami. Betapa indah nya bergelar ibu kan..

Oh.. serba sedikit perkembangan zaim. Zaim nak masuk 3 bulan dah.. Dan satu yang paling best pasal zaim nih is SANGAT SPORTING bila bawak dia jenjalan. Gila besh okay..

Zaim just be quite.. tengok2 sekeliling.. mintak nenen jap, lepas kenyang.. either tidur or lepak chill..

Hehe.. but most of the time tidur..

Jarang sekali zaim meragam bila jalan2.
30 April lepas, kitaorang pergi Karnival Vespa di Kuala Kangsar Perak. Sepanjang 2 jam tengok show vespa tu, zaim tidur manjang. Adoi.. senangnya anak ibu nih..

Abg+Ayg = Zaim.. ekekek

Tengok.. betapa lenanya hero kecik aku nih

Ibu zaim posing kat vespa..

Hehe.. nyenyak kan zaim..

Pegi mana-mana pun mcm nih anak ibu.. Next i will update betapa excitednye zaim time mother's day. Zaim so kewl.. Muahhhsss..!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu buat Ibu saya tercinta.. Puan Zabedah Binti Sidek.. Terima kasih kerana telah.. mengandungkan along..melahirkan along..menyusukan along.. memberi kasih sayang pd along dan mendewasakan along.. Along sayang Ibu..