Saturday, November 28, 2009

Design baju..

Dah mula jarang blogging sebab dah banyak peningkatan persiapan perkahwinan. So heppi. Lega..

Satu benda yang aku nak story sikit, bridal boutique tu nak buat baju baru untuk me and fiance waktu sanding. Without extra-payment. Best kan.. Dia yang offer. Suka sangat.

Kalau la bridal tu ada website. Memang aku promote kat sini. Tapi takde. Ini bridal yang baru bukak cawangan kat parit raja batu pahat. Main office dia kat JB. Hehe.

Plus..nampaknya butik pengantin nih pun mcm mngerti je kemahuan majlis aku.. Harap2 tepat la telahan aku nih kan..

Dua hari lepas deposit..terus dia beli kain. Cuma aku tak tahu nak mintak dia designkan mcmana..Banyak weakness part yang harus disembunyikan nih..aku pun mengoogle..heheh

Monday, November 23, 2009

Sorry..again???

Memandangkan dah bermula cuti sekolah..aku memang sangat busy nak complete kan hal-hal keja on last week. Memang tak sempat nak update blog and visit other blogs. And aku buat kesalahan besar again..and again.

For the 2nd time tau. Bukan kali pertama aku buat salah ni.. aku tak tahu apa jenis manusia la aku nih. Memang kalau diikutkan, aku patuh dijatuhkan hukuman. Tiada kompromi.

Aku dengan tanpa sedikit terperasan... boleh terlupa.. aduh.. malunya nak mengaku. Baiklah.. aku nak mengaku jugak.. sebagai pengajaran buat diri aku.. AKU LUPA BESDAY ENCIK FAUZI!!!

Kejam tak?? kejam kan. Sumpah aku tak perasan sengaja. His birthday on 20thNov-Friday. Dah hari sabtu baru aku macam bengong2 sms Fekri(adik dia), Fauzan(abg dia)..ask when his besday dan dengan harapan tak terlepas. Padahal nasi dah jadi bubur.

Aku memang tak patut kan. Dah la last year, pon lupa. Napa ye susah nak ingat. DUA PULUH NOVEMBER... DUA PULUH NOVEMBER..

Apa terjadi selepas itu???

Aku pun menyusun ayat-ayat cinta baik punye.. ikhlas lagi tulus.. mintak ampun banyak2. Huh..agak sukar pula nak memujuk encik tunang. Bukan alang-alang punya silapkan..Kalau aku, mau merajuk seminggu kot.. Tapi siries.. aku menyesal sangat..

Maafkan saya, abang...

Illustrasi Hiasan - kek tahun lepas..

Monday, November 9, 2009

tempat barang hantaran..

How about white ceramic square plate..?

Bubuh barang hantaran atas tuh, then tambah bunga beberapa kuntum bersama taburan petals sket. Ok ke??

Tak bahaya ke ek?? Kalau ganti melamine nampak sangat pulak kan..

Lepas tu, boleh guna balik as hiasan rumah kan. Wat bubuh makanan ke.. Baru multi-purpose rite..? hihihi

Sunday, November 8, 2009

Pasang balai..

Kalau orang kampung dulu-dulu panggil balai. So, nak tau meriah tak meriah majlis tuh, dorang gebang la brapa balai kena pasang. Takde beza pun dengan maksud kanopi kan.

Cuma majlis sekarang dah lebih teliti dengan susun atur interior dan kombinasi kaler untuk kanopi. Walaupun kat kampung2. Lebih lagi gabungan underlayer canopy, scallop la, banquet la, alas meja and maybe sentuhan centerpiece yang memberi the big view untuk wedding itu.

Haa.. kalau ada meja makan damai utk pengatin tu, punn mesti nak matching jugak ngan semua tuh kan.

Kalau yang ada upah wedding planner, boleh la orang itu decorate and visualize kan hiasan canopy kan. Macam aku nih, terpaksa nya mengimaginasikan canopy aku supaya boleh 'hidup'. Kalau mintak tolong encik google pun ok kan. Sana pun banyak source untuk ditirupakai.

Bagi aku, nak selamat pakai je kaler putih as main color. Pastuh jangan lebih tiga kaler.. Eleh,bakal pengantin sekarang nih kan berangan nak majlis ala-ala english theme/omputih/matsalleh. Betoi tak.. Pasal aku pun ada ter-influence gak dengan style dorang. Mcm simple but sweet je kan.

Hitam itu menawan. Boleh tahan jugak gabungan White+Black+Gold kan...



Untuk para peminat purple. Tapi centerpiece dia tinggi sangat la.. hehe



Peach. Cantik jugak kan.. Redup je mata memandang



Tu dia.. fanatik pink.. heheh



Lagi tidy kalau tak pakai banquet chair kan. Nak try kerusi mcm nih lahh...



Semua source dari Google. But ada satu website menarik nih banyak info. Macam biasa lah website omputih yek. Jom visit.. Picit je banner di bawah nih.

.

Thursday, November 5, 2009

Aku yang makin malas blogging

Inilah orang yang malas itu
Actually keadaan laptop atau bahasa kewl "lappy" milik aku nih yang sengal tak tentu masa. Memang kronik sangat dah. Sekarang nih anti-virus bukan lagi expired. Dah memang lesap, tak tau hilang mana anti-virus aku.

So nak online2 pun aku takde mood. Lebih pada kerja-kerja menaip je aku buat bila bukak laptop nih. Hmm.. aku punya mood untuk preparation pun mcm dah kureng. Boley mcm tu..??

Napa ntah.. Mungkin too much idea and tak tau mana nak mula.

Kes dia mcm nih, let say aku dah berkenan sesuatu 'subject' tu, tapi aku asyik tangguh2 nak carry on sebab takut nanti jumpa lagi yang lagi cantek. Yang lagi murah ke. Maka, aku nih kira ambil masa yang lama nak stick dengan keputusan sendiri. So apa kata you all?? Huhuh..

Kira tak boleh la nak finalize anything. Maybe last minute decision is the best kot utk orang yang berpikiran mcm aku nih.

Cuma barang hantaran je yang dah complete tuh,aku tak mau usik2. Walaupun dalam hati asyik tak tahan tgk barang2 baru nih kena 'perintah berkurung' lagi oleh tuan punya. Hahah..

teaser sket - antara barang yang aku tak tahan tu..