Showing posts with label omong kosong. Show all posts
Showing posts with label omong kosong. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

In rush..

Aku macam nak gile urus forwading kereta and barang aku ke semenajung. Payah and sangat banyak dokumen perlu di selesaikan. Terlalu banyak ok. Sampai aku skip lunch hari ni sebab nak kejar time ke sana sini.

Siriyes. Letih gila.
Tolong!!!! Tolong binakan jambatan dari sabah ke semenajung boleh tak???

Wednesday, January 27, 2010

Kiut gile..

COmel kan Budak Kecik nih.. Aku tengah rindu sangat kat budak nih.
NUR ARANIA SOFEA.
Ini anak menakan (belajaq bahasa utara skit)encik tunang saya. Budak nih baru 9 bulan, tapi bijak betoi.. Memang aku tengah rindu abis kat dia.. Heheh.. Poyo nye..

Saturday, January 16, 2010

Injury Time

1 month and 4 weeks left.
I deeply troubled. Time flies.
Despite many preparation have been done but still not complete yet .
A lots of matters turn up in my mind this time.
The time that i label as 'injury time'. Heheh..

Monday, November 23, 2009

Sorry..again???

Memandangkan dah bermula cuti sekolah..aku memang sangat busy nak complete kan hal-hal keja on last week. Memang tak sempat nak update blog and visit other blogs. And aku buat kesalahan besar again..and again.

For the 2nd time tau. Bukan kali pertama aku buat salah ni.. aku tak tahu apa jenis manusia la aku nih. Memang kalau diikutkan, aku patuh dijatuhkan hukuman. Tiada kompromi.

Aku dengan tanpa sedikit terperasan... boleh terlupa.. aduh.. malunya nak mengaku. Baiklah.. aku nak mengaku jugak.. sebagai pengajaran buat diri aku.. AKU LUPA BESDAY ENCIK FAUZI!!!

Kejam tak?? kejam kan. Sumpah aku tak perasan sengaja. His birthday on 20thNov-Friday. Dah hari sabtu baru aku macam bengong2 sms Fekri(adik dia), Fauzan(abg dia)..ask when his besday dan dengan harapan tak terlepas. Padahal nasi dah jadi bubur.

Aku memang tak patut kan. Dah la last year, pon lupa. Napa ye susah nak ingat. DUA PULUH NOVEMBER... DUA PULUH NOVEMBER..

Apa terjadi selepas itu???

Aku pun menyusun ayat-ayat cinta baik punye.. ikhlas lagi tulus.. mintak ampun banyak2. Huh..agak sukar pula nak memujuk encik tunang. Bukan alang-alang punya silapkan..Kalau aku, mau merajuk seminggu kot.. Tapi siries.. aku menyesal sangat..

Maafkan saya, abang...

Illustrasi Hiasan - kek tahun lepas..

Tuesday, September 29, 2009

Tak puas raya..

Mungkin agak basi, tapi nak cerita pasal raya jugak..
Manis juga beraya dengan gelaran tunangan orang ini. Kadang tersengih kegedikan bila kena usik2 pasal kawen. Gatai noo... Huh.. bak kata omputeh.. 'cut the crap'..

Raya??? Okay-okaylah jugak. Lebih banyak melayan tetamu. Jaga nenek. Dan paling touching bila ibu asyik kata kali nih last la aku beraya as single person. Tahun akan dtg I'm Not Single dah..

Tak tahu tahun depan dapat ke salam ampun maaf ibu ayah pada pagi 1 syahwal tu. Kot-kot la kena beraya belah utara dulu. Bab itu aku tak mau fikir sangat, nanti sentap pula jiwa sensitif aku.

Seterusnya, punca saya tak lama update blog sebab... kabel kamera saya ilang. Tak ingat la simpan kat mana. So berkulat la gambar2 raya tuh dalam kamera. Silap sendiri la tak wat setting simpan gambar kat memory card. Harap2 boleh jumpa..

Sunday, September 13, 2009

Terkini tapi tak sensasi..

Eheeee... Lama gila tak update kan. Pemalas sunggoh. Nampaknya lebih sesuai tukar "cekgu yang bayek" kepada "cekgu yang malas".Okaylah.. saya bukan malas ya. Saya busy.

Lepas mengawas UPSR di sekolah pedalaman yang perlu melalui jambatan gantung ala taman negara itu, memang saya low battery+collapes setiap kali pulang rumah. Walaupun hanya 18 calon sahaja yang seat exam tersebut.

Liku-liku perjalanan amat mencabar. Percayalah..



Preparation kawen2 pun jadi pending.Lagipun dah masuk 23ramadhan. Haruslah lebih busy pasal raya2 kan.

Seperti cik naddynad, i also had to cut my budget on duit raya. Mujurlah anak sedara tak ramai. Ramai tak ramai, first come first serve lah. Boleh ke mcm tu.. Lari konsep lah aku nih.

Nak tambah sikit jugak stori kawen2, satu perkara yang boleh membuatkan aku lega, hunting for hantaran dah almost complete. Hehe.. Mana boleh complete betul sebab macam kek ke buah ke, itu takkan nak beli 6 bulan awal. Pendek akal namanya..

One more, saya ada berita gembira untuk diri saya tau..Beberapa jam lepas mengisi permohonan untuk pindah itu, i receive a call from someone yang kenal gitu-gitu je la.

Tak disangka, someone tu antara orang penting yang menguruskan pertukaran guru. He said dah terima my online application tu and mintak aku follow next procedure.

See!!, kabel datang cari aku, bukan aku yang mencari kabel. Honestly, aku tak tahu pun dia naik pangkat dah..

Syukur la jugak, dia kata cuba nak tolong, itupun kalau ada kekosongan kat area yang aku apply. Berkat doa rakan-rakan bloggers jugak kan.

Harap kalau aku stori kat sini tak kena band ke or blacklist ke kena soal siasat ke apa2 ke. Takut-takut berani juga nih..Hehe..

My flight to JB on Sept,18. Tak sabar nya..

Tuesday, August 25, 2009

Sakitnya..



Hari nih saya tak dapat puasa. Kesakitan yang teramat sangat.

Saya sakit gigi.

Mula-mula rasa rugi, tak mau bukak puasa. Tapi memandangkan kesakitan yang menusuk-nusuk, saya terpaksa makan ubat.

Sedih. Masih rasa sakit lagi. Aduh.. Tolong..

Monday, August 10, 2009

Siapakah ??

Nampak dia di airpot..

i) He doesnt wear face mask


ii)He doesnt look like a boss


iii)Nampak lebih besar dari yang aku jangka


iv) Muka nampak series la..dan


v)Beg ini dipercayai milik beliau.. napa kecik??.. mcm tak padan je.


"Like i always said, dare to dream,believe the unbelievable and never take no for an answer"
Tony Fernandes


Rafidah 3R tuh pon ade ;p

Sunday, August 9, 2009

Naik Flight Macam Naik Bas..

Maaf title tak boleh blah.

Bukan nak belagak. Kalau dah sendiri asyik terserempak penumpang yang kerap ulang alik west m'sia -east m'sia,tak ke macam naik bas je.

Aku memaksudkan orang lain dan turut merujuk diri sendiri. By the way,he was there;synonymous with the dialogue "Thanks for flying with us"

Siapakah ??

Hmm.. Just came back from my kampung... one word to decribe - Exhausted..

Kejadian di kampung, update next entry lah..

Tuesday, August 4, 2009

CANCELLED ke??

Silap aku jugak. Jarang sangat check emel.Skali check malam semalam.. Ini yang aku terima..

klik untuk tumbesaran..

Baiklah. Aku mengharap ini cuma spam emel. Aku pun klik..

klik untuk tumbesaran..

Hm.. no. flight betul, date, origin, destination semua betul. Chup.. nak percaya ke tak ya..?? (Aku nih penuh syakwasangka kan...). Malas nak pikir. Aku tak amik pot. Pagi tadi kat sekolah sms pula aku terima

From 66300
04-Aug-2009 10.38 am
Urgent! AirAsia flight AK5464 from Johor Bharu to Kota Kinabalu on 9thAugust2009 at 18.20 has been CANCELLED. For more info plz log on to our website http://www.airasia.com/

Oh tidak. Ini bukan gurauan. Aku mula bingung. Ini return flight. Bukan one-way. Takkan aku dah terbang dari KK-JB on 6thAugust2009 lepas itu tak balik semula ke KK. Mengamuk pula Tuan Guru Besar sekolah aku nanti.

So petang tadi aku bergegas ke airport asiasia. Sangat karenah birokrasi staff di situ. Setelah berulang-alik hampir 3, 4 kaunter. Baru lah masalah aku selesai. Flight ditukar pada pagi 0710 am 9thAugust2009 without any extra charge. Oleh itu, aku kembali ke KK pada hari yang sama cuma flight diawalkan.

Bila aku tanya korek tanya apa punca flight cancel. Kononnya AK5464 dikenalpasti terlibat dengan H1N1. Jadi kapal terbang tersebut akan dikuarantinkan sehingga 18August untuk tujuan pembersihan. Hmm, nampaknya bukan orang sahaja dikuarantin ya. Bayangkan kalau kapal pun pakai topeng.. Hikhikhik..

Tapi bila saja try test tanya staff kaunter lain. Dia macam saje nak cover the truth story. Abaikan lah..

Aku pun tak boleh elak dari menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara. Tahun ini banyak kali balik kampung. Naik kebas punggung nih..

Febuari 2009-Penang(Jumpa en.tunang/pakwe lagi time tu diskas pasal majlis)
April 2009 -Melaka(Sepupu kahwin,dia merajuk kalau aku tak balik)
Mei 2009 -Johor(Aku tunang!! Gila ko tak balik time nih..huhuh)
Julai 2009 -Penang(Jumpa en tunang and famili -half officially dah..;p )
August 2009 -Johor(Another kazen pulak kawin- Cik Fidah )
September 2009 -Johor(Balik raya...suke suke )
November -Disember 2009-(Cuti sekolah yang panjang, confirm aku round north to south)

Thursday, July 16, 2009

Apakah PSPPK?

Aku pun tak tau maksud akronim PSPKK tu.. Yang aku paham, PSPPK macam sukan antara guru-guru seluruh Malaysia la. Minggu lepas ada surat pemilihan PSPPK. Aku pun usha2 la apa game blh join. Tapi baru je nak offerkan diri, seorang orang nih cakap.

"ala shareeda, kau jgn la ikot, nak kahwen dah..ko berhitam-hitam pula kat tengah padang"

Aduh, hampahnya. Patah semangat berkobar aku nak join sukan netball tu.
Baiklah, aku undurkan diri.

Then,bakal ada camping unit beruniform sekolah peringkat daerah. As usual, aku akan jadi guru pengiring. Seronok oo, tidur dalam khemah,masuk hutan, main masak2, abselling, flying fox segala bagai. Dan sekali lagi aku hampa bila encik.tunang bantah.

"Tahun lepas kan awak dah pegi. tak yah la join2 aktiviti luar sgt. suroh cekgu lain bawak budak2 tu yer"

Ini namanya sudah jatuh ditimpa tangga.. Hampa berganda. Kenapa?? Kalau nak kahwen tak boleh join aktiviti adventure ke? Oh..mungkin org sekeliling prihatin bagi pihak aku,tapi siapa dulu suruh aku join itu ini. Bawa budak sana sini. Kan aku dah naik syok..

"kau la pegi shareeda, ko bujang..senang.."

Sekarang nih dah opposite pulak dialog mereka ya. Mungkin ini la maksud pengorbanan. Huhu..

Monday, July 13, 2009

Contact Lenses..nak pakai ke??

Sekadar menyentuh isu pemakaian lenses kaler2 time wedding. Macam tak penah perasan lg dalam other blog discuss isu nih. Aku tak penah pakai lense. Rabun pun tak jugak.

Flash back time aku tunang dulu, time make-up tiba2 tukang mekap Kak Athlia spotan tanya..

"eh, awak nak pakai lenses tak?? kalau nak.. pakai la sekarang.."
"tak reti kak, tak penah pakai pun"sambil sengih-sengih.

Kak Athlia ada suggest kaler lenses yang sesuai kalau nak pakai, supaya dalam gambar nampak cantik, tapi ampon..aku lupa kaler apa dia cakap.Aku pun tak pasti nak pakai ke tidak nanti. Blh bikin cun ke?

Mari skodeng which is the most suitable color..

atau nak lebih ekstrem.. Hehehehhehe



Wednesday, July 8, 2009

Staples Center and PPSMI..

Balik keja bukak cenel E!712 nak tgk ceremony the late jacko.Agak touching. Saja nak layankan sebab tak mahu ketinggalan bas.

Petang tengok berita. PPSMI dimansuhkan menjelang 2012. Whatttheee.. Aduyai.. Aku pun tak tahu nak respon apa. Anyhow, aku berhak respon kan. Sebab aku ni kira pelaksana PPSMI. Ini la masalah apabila pihak-pihak yang sekadar melaksanakan dasar tidak berada di posisi sebenar pelaksana. Propaganda..?? Adakah ayat aku complicated..Lu pikirlah sendiri..

So segala books, cd courseware, teaching aids, trolley semua tu nak buat apa yer? jual kat bundle boleh..? At least the laptop still useful.

Mungkin aku emo sebab lost 10% kot?? Boleh jadi jugak. Aku mengadu kat en.tunang. En.tunang dengan nada kool berkata sekurangnya aku dapat merasa imbuhan itu since mula kerja lagi; five years ago..

Hmm..ada kebenarannya. Keyword nya bersyukurlah ya cikgu shareeda.
h.a.m.p.e.h


notakaki
i) aku ajar maths
ii) guru-guru yang ajar maths,science,english dpt 10% extra from basic salary..
ii) PPSMI-Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris

Tuesday, July 7, 2009

Crying in pain.

Memang ini entry sentap. Ntahla. aku pun tak paham. Kenapa payah sangat nak jaga hati orang.. Pernah kah kamu mengalami situasi tangan terikat ke langit, kaki terpasak di bumi.

Melihat perbuatan yang terang-terangan satu kesalahan, tapi tak mampu nak berbuat apa. Mulut terkunci..tapi hati bagai dihiris-hiris..

Lagi satu.. kalau hidup, tolonglah jgn menyusahkan orang lain. Aduh.. ikut hati nak je story in details, mention the person, define the matter.. tapi aku masih sangat-sangat bertimbang rasa. And again, aku still nak jaga ati orang mcm tu..

i just make fool of myself..am i???

Wassalam..

Friday, June 26, 2009

cerita today is..?

Mikaeel atau dikenali Michael Jackson telah meninggal dunia hari ini. Pengguna internet meningkat juga dua kali ganda hari ini akibat berita perginya lagenda pop yang sangat fofular seantero dunia..

Masih teringat zaman-zaman aku sekolah rendah, kawan2 akan menanyakan teka-teki yang agak lucu..

"Cuba teka, kecik2 dia hitam..dan besar jadi putih.. apa itu??"

Sila teka..?

Aku mengaku dia dasat, mencipta fenomena,trendsetter..Cuma aku tak minat jacko.

Hari ini takde citer persiapan tawen-tawen ye. Keja byk sangat. Beban mula terasa. Huh,, nampak je cikgu keje seteng ari, balik umah hangkut juga segala tugasan yang tak siap tuh.

anak murid pun tensen tgk aku.. hehe

En.tunang juga buzy, memprepare event agung nak mai base TUDM dia on 4th July. Konklusinya kami berdua terabai dan mengabaikan antara satu sama lain. Mujurlah dia sangat sporting and aku amat understanding.(tetap nak puji empunya diri..).

Jumaat seronok: balik keje pukul 11.30pg. Lepas isi perot lepak chill di umah,2.00 petang aku mulakan ekspidisi melunaskan hutang-piutang. Mencucuk mesin ATM utk mengorek gaji lalu disedekahkan kepada CCM keta, kad kredit, bil-bil menyesakkan dada dan lain-lain lagi..tak lupa utk savings okeh.

Esok mlm pulak ada party welcoming baby, betul ke terminologi aku? Ke Baby Warming? ke Baby Shower.. hantahlah..Kawan aku; Pn.Eshter, baby girl beliau genap 1 months esok. Jadi after all the payment session, haruslah aku beli hadiah kan utk baby girl Eshter tu.

Tiba-tiba jiwa ini amat teruja melihat barangan bayi yang amat kiut gila.. Opss. mood dah ke lain ke..Awal lagi tuhh..

Berjaya juga mendapatkan hadiah yang ekonomik namun memuaskan hati dan menyedapkan pandangan.

Btw, hubby Esther tu berimbun lebat, income monthly 5 angka; ala-ala nilai hantaran aku dan kamu semua mungkin.. Hahaha.. serious beb. Tapi Eshter nih really down-to-earth, suka kawan ngan dia. Ini hasil hunting aku tadi..


Sekian.

Tuesday, May 26, 2009

lalala.. gaji dah masok.. tapi malas nak tekan..

Biarlah duit tuh berkarat dalam bank.. Hahaha.. Bila takde duit.. sakit jantung menunggu gaji. Bila dah masuk naik menyampah pulak nak bayar segala macam mende. Baik takde gaji. Takde gaji takde la hutang. Ye ke?? . Pepatah hari ini,

Percintaan itu Fantasi, Perkahwinan itu Realiti..

Aku lebih gemar berfantasi.. Kahkahkah..(ketawa orang jahat) apa kaitan nih??

Aku sudah biol... Aku nak menyanyi. Aku tak nak pikir lagi.Mari nyanyi lagu ini dengan aku..

Meet Uncle Hussein - Milk In A Bottle

time and time again you take
what you like won’t give it back
just like my guitar you take
and flump till you break the mat

not to mention that you take
my song and you raise the track

yeah i could think that it’s
alright, okay
it’s alright

of the milk in the bottle
and i save it all for you
every time you come to me
i’ll make you happy
real scream away from me
mary poppins you will mary me

take it take it all
that’s what you think you wanna
all you want from me

like an empty slow
you suck me right out of the straw

yeah i could think that it’s
alright, okay
it’s alright

of the change in my pocket
and i keep it all for you
every time you come to me
i’ll make you happy
real scream away from me
mary poppins you will mary me

and all the love in my heart
and i give it all to you
every time you come to me
i’ll make you happy

of the milk in the bottle
and i save it all for you
every time you come to me
i’ll make you happy

of the change in my pocket
and i keep it all
and i keep it all for you
i’ll make you happy

mary poppin, mary poppin
will never green

Friday, May 15, 2009

Bila cuba cari, anggap mcm ada..tapi sebenarnya mmg takde kot..

...Dan kini aku baru nak terpikir. Sebagai pompuan, apa kelebihan aku ada. Kelebihan yg patot seorang pompuan ada. Cth paling mudah keje2 pompuan la. Aku tak rasa mcm aku ada satu bidang yang aku master.

Masak?? ala kadar je. tu pun kerap kali buat isi perut sendiri. Menjahit?? jauh skali la.. mmg takde seni langsung. Buat kek..kuih?? tu pun aku brani bila ada ibu kat dapor. Wat sama la maksudnya.. kalau sorang.. haramm..

Aku cuba jugak nak konfiden kan diri. Aku ada sesuatu yg boleh dibanggakan. Tapi series beb.. mmg takde kot. Entahlah. Buat aku risau pulak nak menempuh alam rumah tangga nih.

Tapi bg menyedapkan ati.. aku bisik sendiri.. bila sampai masa nya, semua itu dah jadi rutin..wajib..Alah bisa tegal biasa.

Secara automatic superwoman akan menunjukkan taring. Secara megik juga aku mampu meng-absorb tugasan2 seorang wanita sebaik bergelar PUAN. Hopefully aku juga akan melalui transfomasi menjadi superwoman dimaksudkan..

Tuesday, May 12, 2009

ntahapehapentahakurasa...

Ada orang beritahu aku,

kadang2 dalam hidup,

kita mesti berkorban,

satu hari keadaan akan membuat kita korbankan sesuatu yang paling kita sayang.

Memang, itu lumrah hidup,

kadang2 kita tak sedar,

apa yang ada di depan mata,

sampai satu hari,

bila semua tu dah hilang baru kita akan terasa.

Bukan senang nak buat satu keputusan,

Lebih2 lagi bila keputusan itu perlukan pengorbanan.

Mungkin kita akan menyesal,

tapi setiap apa yang kita lakukan telah di tetapkan,

ada hikmahnya.

Walaupun kita rasa hidup itu tidak adil,

tetapi sesuatu yang baik,

akan tetap berlaku.