Thursday, October 21, 2010

Karnival Pengantin..

Huhuh.. entry pendek. Entah kenapa malas atau busy nak memblog sejak akhir2. But, memang banyaakkk story nak share. Recently, my baby makin active. Kicking and moving dalam peyot ibu dia. Lebih2 lagi kalau terhimpit.

Situasi terhimpit, mcm time menulis,makan, duduk yang agak tunduk.. dia sibuk nak gerak kat dalam, baby nak ibu duduk tersandarrrr je. Hehehe.. Nak selesa kot.. Apapun ini ada info karnival pengantin. Check it out the info dalam poster berikut okay..

Monday, October 11, 2010

Mood boring..

Hmm.. seriously aku dlm mood boring. Hari nih abg balik keja lambat lagi. Ada night flying. Aku pun tak berapa nak faham kerja abg. Ada on-call, ada standby, night flying, persop.. etc. Abg fauzi kerja di base TUDM Butterworth.. kira hubby aku nih technician aircraft kat ctu. Jadi ada terkadang abg balik sampai pukul 8..9.. malam. Dah la aku nih kerja sekerat hari je. Kul 2 lebih dah sampai umah. So being alone at home sangat lah membosankan okay.. Huhuhu.. Kadang-kadang kena busykan diri, konon2 basuh2 baju, kemas2 almari, vacum2 rumah. Tapi bila dah siap, jadi boring balik.. Aduhai.. Cuma bukan la sepanjang masa abg fauzi pack dngn jadual keja. Ada la musim2 tertentu. Harap2 dah ada baby nanti blh la hilang bosan ibu dia nih, Heheh..

Sunday, October 3, 2010

Tayang Perut..

Have some picture to share with here. My tummy dah makin besar tau. Suka usap2 perut sendiri. Ooo.. these pictures took while we spend a holiday at Bukit Merah LakeTown Resort, Perak last week.

The room is quite big for both of us. Kira nak duduk 5...6 orang pun okay. I book via the official website. And it is more cheaper. Kalau tak 200++.. Tapi i bayar RM94.50 only for on night. Jimat kan..but exclusive the breakfast lah.. Other than that, semua best.

Let see my tummy..

ini pandangan depan. but kurang nampak kan. ada dah kot bulat2 skit.. kan??
okay. side profile pulak. kehkehkeh.. kan, dah terbentuk perut ku yang buyung..
close-up sikit.. tadaaa.. suke nye.. i pregnant beb.. i gonna be mummy soon.. ahaks..
alahai.. sementara i sibuk klik2 gambar perut, cik abang i, sedang busy membancuh kopi untuk dirinya..
wah.. nampak ensem hubby i. mmg ensem pun.. kiss sket.. muahhss.
pose nih bulih buat iklan kopi.. kopi jantan..tongkat ali.. radix.. ke kopi janda.. hihih
ini lah kami berdua. hehe..


Next, i akan upload picture time kat bukit merah nih pulak k. Memang best holiday kat cni. Highly recommended. But if u all nih suka aktiviti yang sikit adventure and exploring laa.. Sbb itu yang byk terdpt kat cni..

Tuesday, September 28, 2010

Sabah trip..

Kali ini, nak tempek gambar je. Rasanya dah lama tak bubuh muka sendiri. Nak share sedikit gambar kami, waktu pi jalan2 kat sabah bulan 8 ari tuh..
Pokok-pokok dijual di Gaya Street
Ikan laga pun ade... mcm2 kaler..
Eheh..agak2 topi nih sesuai nak pakai kat mane ek??
She sells seashells at the sea shore.. ;p
Abang Pojie posing at entrance Gaya Street
Me pulak posing. Tapi time tu tak kena, ada pulak apek cina enterframe
Pantai Tanjung Aru..

Thursday, September 23, 2010

Maternity Jeans..

Lately, ape je aku pakai skrg.. Semua mcm uncomfort la.. I mean yg half bottom punya part. Memang kena beli seluar yang sesuai kan.. Ingat nak beli baju preggy mummy tapi perut kecik lagik. Baru 4 bulan.. Aku nih dah la spesis sekeping je, so tak berapa nampak la tummy tuh.. The slight bump is there but not that visible yet *I think*. Tiba-tiba jumpa pulak jeans yg direka khas untuk pgeggy mummy nih.. Aduh,, nampak best je kalau pakai.. But still blh bergaya kan..

Wednesday, September 22, 2010

Mitos-mitos jantina baby ku

Hmm.. lamanya tak menaip. Tak terlambat kot nak wish Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua pengunjung blog aku nih.

Start jumaat lepas (17/9) aku dah mula kerja semula. Setelah cuti skolah yg panjang selama 2 minggu. Besh gile and aku sesungguhnya tak puas nak raya.. Series nih.. Mengalahkan budak2.. buat malu je kalau anak murid tahu.

Tapi sabtu aku dilanda 'mabuk'. Aduh, entah kenapa bangun pagi kepala macam baru lepas diketuk dengan objek tumpul. Lepas tu pening, muka pucat macam zombie. Perut pula rasa cramping. ari-ari rasa ngilu.

Tak tahan dengan situasi tuh, aku pun ajak hubby pegi klinik. Nak check ape tak kena. Like always, doc kata biasa la.. alahan mengandung la tuh. Siap penegasan lagi.. "Sangat biasa tu.."

Ceh. aku pun mintak scan nak tengok pen-development baby comel aku nih.. Tadaa.. baby aku maluuu..

Mula-mula baby dalam kedudukan melintang. Macam landing bayek punya.. kepala belah kanan perut aku.. Lepas tuh doc bagitau, ni kepala, jantung, badan , kaki.. Tiba-tiba baby tuh pusing baik punye time doc nak ukur kaki dia. Isk.. geli kot.

Lepas tu dia tayang belakang badan dia macam dlm gambar scan tuh. Aku gelak pulak..Abg pojie pun suke first time dia nampak scan and movement baby tuh. Doc kata baby tgh aktif nih, pasal tuh kot aku rasa ngilu, senak and tak selesa kat perut.

Bila tanya jantina, doc kata tak leh tahu lagi. Cuma ada jugak terdetik dalam naluri nih.. baby boy kot. Entahlah.. banyak sangat mitos2 orang pasal baby aku..

1- jiran sebelah rumah ada baby pompuan umur 2 tahun. Asal aku balik keje je,jiran tomey aku nih akan keluar dan ajak aku sembang bahasa alam dia yang hanya dia je paham. hehheh.. mak dia kata, 'pompuan kot baby kamu nih, sbb tuh anak akak nak kawan'

2- kazen aku baru je melahirkan baby, dah masuk 2 bulan.. lepas tuh dia saja suruh aku dukung tengok baby heppy ke tak. then, baby tuh gelak2. "haa.. lelaki la tuh, baby pompuan kalau suka kat ibu mengandung mesti baby dlm perut tuh lelaki, macam attraction la.." pulak dahhh

3- another kazen pulak.. kata aku agak lesu, selebet je sbb anak dalam perut tuh lelaki, puncanya ibu dah puas berhias,, pasal tuh masa pregnant nampak selekeh je.

4- member kat skolah kata, aku nampak lesu jugak, so anak dalam perut tuh pompuan.. sbbnye, beby pompuan dah amik seri ibu dia.. aduyai...

Macam-macam kan... tak tahu lah masa tuh yang betul. Aku pun tak kisah boboy atau gegirl. Janji dia sihat dan selamat... Amin..

Thursday, August 26, 2010

Dilema raya

Hmm.. dah paham2 la kan. 1st time in life nak raya dua tempat. Bukan alang-alang pulak tu. Sorang kedah, sorang johor. Bayangkan mcamana nak ejas.

Isu pertama - Abg poji tak dapat cuti raya. Kena standby..20/9 baru dpt cuti,,
Isu kedua - MIL suruh bg aku balik raya sorang, dia sporting je,,plus kesianlah kat aku jarang jumpa mak ayah kan..
Isu ketiga - Aku berbelah bahagi nak balik raya sorang ke camne.. nak tunggu abg Poji memang tak leh la, sbb skolah dah start 17hb. Dia lak start cuti 20hb.
Isu keempat - Ibu aku tak bagi balik dulu, balik la raya kedua ke, ketiga ke.. padahal raya pertama, abg poji KEJE.. apa kes aku dok umah sorang2 di pagi syahwal yang syahdu itu..
Isu kelima- Nenek kat kampung pun dah tanya berkali-kali bila aku nak balik raya nanti. Sumpahh.. tak tipu punya...aku adalah cucu kesayangan nenek..

Sampai sekrang blm buat keputusan muktamad.

Tuesday, August 17, 2010

Puasa tidak jejas ibu mengandung.

Ahad lepas, lepas bukak puasa. Aku tengok Buletin Utama TV3. Yeeppp.. Dorang wat cover tajuk nih. Aku yang excited lebih. Sebab kajian yang dibuat nih termasuklah saintis luar negara yang menyatakan Puasa Tidak Jejas Ibu Mengandung.. macam aku lah tu! Heheh.. memang tidak menafikan so far aku boleh berpuasa. Takde alahan sangat. Dapat bertahan. Seronok sangat. Alhamdulillah..

Kandungan dah masuk 14 minggu.. Hm... aku rasa aku punya jalan pun dah lain macam la. Ekekeke... Tak tahu la perasaan aku sendiri ke.tapi bila berjalan rasa mcm badan and perut ke depan sikit. Hahaha..

My Hubby.. hehe.. hubby every day akan usap perut aku. Dia dok sembang la konon ngan baby in my tummy nih. Saja pre-test supaya baby nih nanti dah keluar dia kenal suara ayah dia.. Cewahh..

Oh ya.. aku dah mula minum susu ENFAMAMA.. Mahal gak, RM53.80 harga dia. Aku beli perisa coklat. Sedap la jugak.. So sebelum tido aku akan minum. And every time after sahur aku makan pil acid folic tu.
Source - Ceeramoon


Ohh.. Bercerita mengenai bukak puasa pula..Memandangkan tekak still takleh terima nasi. Aku makan la macam mee, mihun or kuey tiow. Semalam aku masak Kuey Tiow Ladna. Perghh.. Sedap nye.. Sendiri angkat bakul nih. Itu pun masak tanpa taste sbb puasa kan. Pun sedapp.. Hubby kata.. "pas nih ayang masak pejam mata je la.." heheheh..

Thursday, August 12, 2010

Dah nampak dah..

Salam.. ini my 1st scan. Hehe.. on 13 weeks...
saya check isnin lepas...
Alahai.. comeynye my angel..



dDh nampak kan kedudukan my angel..
Cute sangat.. heheh..lepas tu my angel sangat baik tau. Dia faham ibu dia puasa. Dia tak de meragam. Tak wat hal. Tak wat ibu pening. Tak wat ibu muntah.. Baiknya anak ibu ni..

My angel.. sampai 30 ramadhan kita puasa sama2 ye. Cayang dia... Muahhss..

Wednesday, August 11, 2010

Bagaimana sahur anda tadi?

Hehe..

Pagi td saya bangun awal gile. Pukul 4.15 pagi. Awal la kot pada saya. Saya tengok dapur umah orang lain semua gelap lagi. Hehehe.. Pengalaman saya yang pertama nih. Bangun awal pagi sebagai seorang isteri yang akan masak untuk suami untuk bersahur. Harus la excited kan..

Saya masak nasi goreng ayam je. Goreng telur. Buat air milo. Sedapnye bersahur pagi tadi bersama suami tersayang di sisi.

Walaupun ada baby dalam perut. Saya nak berusaha puasa. Harap-harap dapat penuh tahun ini. Sangat seronok kan. Tapi kalau tak mampu, saya redha. Kesihatan kandungan pun kena jaga kan.

Entah apa saya nak masak berbuka puasa nanti. Saya nih tak reti nak masak kalau tak boleh taste masakan tu. Amatur lagi..Macamana ye.. Try je la nanti. Tak pun beli je kat bazar. Abg pojie mesti paham kan. Nak text abg pojie dulu.. tata..