Monday, January 21, 2013

Kalender Resepi 2013 - Maggi

Wahh.. Tgh berbunga hati sbb dapat kalender beresepi nih.. Nak tau dpat dr mana... Semalam pegi beri barang dapur kat tesco.. Memula ambik sos tiram maggi saiz kecik je. Skali sampai satu corner, ada double pack sos tiram saiz besar, dpn tu ada kalender skali.. Rasa mcm memanggil2 pulak.. Aku pun bgtau mr.pojie .. " Abangg, nak tukar yang nih?? " Hehe..

Ada 12 resepi kesemuanya..Sbb 12 bulan kan setahun. So tiap sebulan ko hadap la satu resepi tu.. Hahah.. Maklumlah, sejak2 ada pemanggang ajaib nih, emosi untuk memasak semakin membuak-buak.. Puiiihh.. Aku share gambar2 resepi je.. Menarik Ooo...

Ikan Stim 

Bebola Ayam dengan Sawi Bok Choy Celur

Tauhu Periuk Belanga

Ayam Masak Cendawan

Brocoli Goreng dengan cendawan

Sotong Msak Cili Kering

Telur Gulung Sayuran dan Udang Kering
Udang Harimau Pedas

Daging masak Halia dan Daun Bawang

Sup Sui Kow Udang

Nasi Mangga


Tu diaaa.. best kan.. Sbb line tenet laju, aku upload semua 11 resepi.. tapi gambar je.. tertinggal nak snap 1 resepi. tajuk dia cendawan campur. Hehe..Jom dapatkan Kalender Beresepi ini.. Berbaloi-baloi..

Saturday, January 19, 2013

Pantang di rumah sendiri

Aku nih pantang rumah sendiri untuk anak ke-2. Why umah sendiri..
1st - Sebab sangat selesa ok.. Mcm omputih kata, there is no place like home!
2nd - Nama pun anak ke dua..so ada experience dah kan..
3rd - Agak sukar kalau pantang di tempat lain,sbb nak monitor hero yang sorang lg..
4th - Aku yakin dengan encik hasben yang boleh jaga aku.. tip top beb.. abg bayek sgt

Mulakan rutin dengan bangun pagi k..

8.30 pagi-
Panaskan air dlm periuk..rebus sekali uncang mandian herba amway tu.. Then mandi.. Siap mandi, sapu kan menatang param, pilis,minyak lepas tu pakai bengkung,jaket, stoking. Semua nak sapu2 tu ada dalam set bersalin amway gak.

9.00 pagi -
Sarapan pagi.. Memang la sarapan pagi kan.. ada sarapan malam ke? hahah.. okay2, aku suka milo/horlick cecah biskut kering je. Atau pun roti sapu mentega. Itu je bekpes aku berani time pantang. Kenyang ke tak.. paling kurang 5 keping biskut la aku telan.

9.30 pagi -
Panaskan tungku.. sambil tu mandikan baby kecil. Ohh.. love this moment.Sangat comel kan baby nih.. Lepas mandi susukan baby sampai tertido.. Then aku pulak bertungku..

11.00 pagi -
Time mcmnih baru zaim bangun.. Mandikan dia, sediakan bekpes dia. Golek2 ngan dia.. best gak sbb dah besar dah.. boleh la buli2 dia.. Hahah..

Rehat

12.30 tghari
Sediakan masak untuk tengahri. Untuk 1st week pantang, aku makan sup ikan haruan. Bila dah 2..3.minggu pantang, aku mkn la makanan pantang yg lain. Masak sendiri je.

Rehat..bla..bla..bla..

6.30 petang
Again rebus herba mandian untuk mandi petang and ulang mcm rutin pagi tu..
Takde masalah sgt pantang sendiri. Suami banyak membantu..
Orang kata nak tau suami kita sayang kite ke tak, masa pantang nih la nak test dia..
And, my suami lulus dengan cemerlang.. Ehehe..

Friday, January 18, 2013

Pengalaman Bersalin

True. Setiap pengalaman bersalin sesorang itu berbeza dari sebelumnya... (mcmalah anak dah ramai sgt)
Tapi kali ke-2 nih mmg lain. Aku turun darah. 1st dulu pecah air ketuban. So, aku dah rasa keduanya la..

2 Dis 2012 (Ahad)
Turun darah lepas subuh..so kejut suami, pukul 9 pagi baru pegi sepital. Sbb rasa just mild contraction.
Then bila masuk sepital, doktor check dah 4cm.. APakahHH?? padahal dr kereta ke wad, aku jalan selamba je, tak nak naik whell chair pun..
So, aku terus masuk labour room. Salam hubby dulu.. Muah muah sket.. hehe..
After that, aku dipantau dgn alat2 canggih sepital..Doktor kata kena pecahkan air ketuban.. Hmm.. Tak selesa langsung yer operasi pecahkan tu.. Pepaham je lah.. And yes.. my contraction every 5 minutes..
Time check..10.35 pagi dah.. Aku pun baca ayat Lahailla anta.. tu setiap kali perut sakit..
Tiba2 kul 11.00, aku bgtau nak push.. Nurse selak bawah.. Okay, dah nampak tanda..
so mereka bersiap sedia nak sambut baby aku.. Pushh..and pushh.. Pukul 11.10 pagi.. Lahirlah baby comel aku.. Alhamdulillah, mmg senang juga rasanya..
Bila aku kol hubby bgtau dah bersalin, dia terkejut!! Cepatnya.. heheh.. Kembang la pulak.. Rasa mcm hero pilem tamil..Hahah..
Doktor pun cakap, very fast la u.. admit je trus bersalin.. heheh..
My 2nd prince.. Welcome to the world dear..

Thursday, January 17, 2013

Pemanggang Ajaib Termurah!!


Ada sesiapa berminat pemanggang ajaib.. Original nih.. Ada dua saiz

RM 135 -kecil..

RM 175 - besar..

Kos Penghantaran PERCUMA!!PERCUMA buku resepi juga..

CIRI-CIRI:

* Mudah, ringkas dan menjimatkan masa terutama yang sibuk bekerja.

* Tanpa perlu membakar arang untuk sediakan bara api.

* Hasil dan kesedapan makanan yang dibakar asli seperti dibakar atas dapur arang

* Semua jenis lauk pauk, ikan, daging, ayam, seafood dan sebagainya.

* Boleh juga membuat kek, stick, kentang goreng, pasta, pizza dan makaroni bakar.

* Tidak melekat @ bersifat non-stick dan senang dikendalikan

*Boleh digunakan dgn dapur gas / elektrik korang.

Sila emel /sms saya kalau berminat yer..

NAMA:
TELEFON:
ALAMAT:
KUANTITI:


syarida393@gmail.com / 012-8244528

Friday, December 28, 2012

Besday dalam Pantang..

Yeah.. salam siaran.. Ini ahli baru keluarga aku.. Jangan diherankan kalau agak ekspress.. Anak tu anugerah.. Rezeki dari-Nya..

Name: Annas Zikry bin Muhammad Fauzi
D.O.B : 02.12.12
P.O.B :Hosp. Seberang Jaya, Pulau Pinang
Time : 11.10 am
Weight : 3.56 kg
Lenght :51 cm
Normal Labour
Alhamdulillah.. Allah permudahkan semua urusan.. Sakit dalam sejam lebih.. masuk wad dkt kul 10 pagi, check dah 4 cm bukaan seviks.. Dalam 11.10 berjaya push baby yang tembam dan comel nih..
And syukur my 1st hero Ammar Zaim sayanggg adik dia.. Asyik kiss muahh muah.. Just time nak breastfeed tu Ammar Zaim mcm jeles la.. tapi share2 jugak.. Heheh..
Ahhh... lama tak memblogging ek.. Oh ya.. today 28 Disember, hari lahir aku ke 29 tahun.. bertambah dah usia.. amalan bertambah jugak ke.. ???
Selamat Hari Lahir untuk diri aku.. sambut besday dalam pantang.. sgt TIDAK syok okay!!

Friday, November 11, 2011

To do list

I need a bigger WHITEBOARD... kan...kan.. huhuhu

Macam2 nak setelkan.. pening kepala hotak aku. Adoi.. Rasa nak muntah pikir benda2 nih.. Nih belum jadi menteri lagi.. Muahaha

Akibat dari minggu yang agak sibuk nih, semalam terpaksa request kat abang mlm smlm.
"Malam nih ayang masak nasi goreng je bolehhh??"

Hehehe.. Luckily encik pojie kite nih sporting.. "Abang belasah je ayangg.."

btw, 13.11 tu Sunday kan.. bukan Monday.. huh.

. Oh.. My Ayeim dah ada satu batang gigi.. Ini dia gambar Ayeim dipaksa tayang gigi..

Anyway, b positive. hidup ini indah. Sebab bila kita banyak tugas, banyak kerja.. makna kita nih seseorang yang berguna dan bermakna kepada semua orang di sekeliling kita.. Better b USEFUL than USELESS... pepatah sendirik...Hehehe..

Tuesday, November 1, 2011

More about my love one..

Hmm.. makin busy nampaknye.. busy ke malas? Update blog pun liat sgt. Napa ye..? Dulu tu rajin la juga walau tak seberapa..
Oh.. ZAIM.. Zaim anak saya dah 8 bulan.. Nikmatnye ada anak nih ALLAH saja yang tahu.

Tengok perkembangan zaim hari ke hari buat saya bersyukur dan tersentuh, anak adalah anugerah terindah dalam hidup. Memang sangat2 terindah. Kepada ibu-ibu di luar sana.. tahniah.. saya doakan semua ibu-ibu termasuk saya akan berjaya membentuk anak yang soleh, solehah, yang berguna, yang cerdik, berjaya dalam hidup, cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri.. Aminnn..

Tak sabar nak tayang gambar zaim yang sangat comel. Makin comel bila tengok.. Ee..Geram..
Dulu asyik geram ngan anak orang, nih dah anak sendiri.. berkali ganda geram tu.. Eheheh...

Flow gambar dibawah nih mcm vid.klip.. MAT JAIM & NYET2.. heheh...

Hehe.. Gigi zaim baru sebatang.. sakit oo kalau gigit orang. hehe.. tu saje kot. Nak suap zaim bubur nasi yang ibu zaim masak.. Rajin tak ibu zaim nih..??? Muaahaha...

Sunday, September 18, 2011

Selamat Hari Raya

alahai.. dah 18sept oo.. lambatnya nak cakap camat ari raya. apa boleh buat.. tugas isteri + ibu + cikgu + student-pjj (hambik ko...) buat aku semakin busy tiap hari. konon banyak sgt jawatan la tu.. belagak nye.. takpe2 itu belakang citer. Nak penting my raya this year sooooo happyyy..

Ade ammar zaim a.k.a MAT JAIM yg comel sgt, buat aidilfitri sgt bermakna. Lebih2 lagi raya nih balik johor.. Syok abisss bro.. Ekeke.. Zaim pulak always perform well kat mana-mana. Tambah best bila mat jaim dpt kumpul duit raya manyakk.. heheh.. ibu ayah dia lak over-acting..

Ok..ok.. esaimen yg harus disubmit 24hb tak siap lagi nih.. Hujung bulan 10 lak exam. Ntah ape aku nak jawab. Buat essay "i lop my jaim" blh tak.. Hehehe.

Tempek muka time raya ari tu la..

Thursday, July 21, 2011

Breasfeeding is a journey..

Salam..at first breastfeeding not an easy talk for first time mama like me. Meh share experience seorang amatur sepertiku..


Aku tergerak nak full breastfeed zaim selepas bersalin. Atau lebih tepat lepas pantang.

Maklum la.. waktu mengandung tak terdedah langsung pasal hal penyusuan nih. Teruk kan. Aku tak amik tahu pun.

Tapi bila join kelab kurang tidur sbb zaim nak ngempeng je.. Timbul perasaan unik. Ohh..perasaan seronok tgk anak menyusu. Happy tgk anak kenyang. Indah tgk anak tido nyenyak lepas susu dari badan kita. Dapat peluk anak seeratnya.. And i feel like a saviour sbb berjaya menenangkan tangisan dia by hungging and breastfeeding him..

So, seminggu nak naik keja baru la aku google cara2 nak handle EBM.. Kalau baru nak belajar, nampak sangat tak penah mengepam kan.. Huhu..

Akibatnya, aku takde buat stok pun sepanjang pantang. Beli pump pun last minute, so supply zaim fresh EBM. Maknanya pump hari ni, untuk supple esok-lusa

. Menyesal???

iye, sangat menyesal sbb tak rajin buat stok awal2 dulu. Mana la nak tahu. Takde sape bagitau aku pasal susu ibu nih boleh pump, boleh simpan dlm fridge. *hak tuiii takde sape.. nurse explain okey each time check perut tu..

Masa kene explain dgn nurse time pregnant aku tak ambil pot, sbb aku rasa tak kisah susu kan zaim dengan formula milk. Lagipun aku cuti bersalin 3 bulan. So, lepas tu dah bajet nak beli formula milk je.

Tapi bila 3 bulan dah berkepit ngan anak.. Bila tahu anak lapar nak susu, barulah terdetik nak belajar bagi anak susu badan sepenuhnya walaupun dah bekerja.

Sekarang zaim nak masuk 5 bulan sabtu nih. And aku merasa PUAS.. PUAS bila tengok zaim membesar dengan sihat dan cerdiknya dengan susu ibu. Syukur walaupun tak meriah susu ni.. sekali pump dpt 4-7oz.. Aku tetap syukur.. Sekurangya masih cukup untuk zaim.

Sehari aku pump 5 kali.. so dapat la dapat 20oz lebih. Bolehlah untuk bekalan zaim esoknya.

And one more, pengasuh zaim sangat memahami niat aku nak zaim bf. Best broo.. supportive walaupun housewife. Thank you kak nah..


Nak tayang lagi my superduper Chomey AMMAR ZAIM.. *tapi kat fesbuk, member2 komen hensom boy. kecik2 dah hensem ke manja ibu nih.. hihi


kiut tak zaim senyum.. *sweet*..
ibu baru balik sokannn.. sbb tu gelap gelita..ekeke.. zaim jugak yg hensem boy..
smile baby smile..muahhss
kene buli ngan ibu.. ehehe


So, pada semua ibu mengandung sekarang nih.. sokong la penyusuan ibu sepenuhnya. Beli la pump sebelum bersalin nih.. Sangat penting waktu pantang, sbb masa pantang la susu meriah okay..


Mungkin sekarang korang tak terasa sangat sbb belum mengalami "nursing moment" tu.. tapi once korang dah alami.. OMG.. best brooo... cayalah cakap aku nih.. hehehe..


apapun Happy Pumping to all mommies out there.. hihi

Tuesday, July 19, 2011

Hilang Nikmat Sementara..

Ahh.. Puan Shareeda sakit.. Puan Shareeda sakit... huhu

Hilang Nikmat Sihat...
Ye.. aku tgh deman selsema +PLUS+ sakit tekak +PLUS+ ulser mulut..
Entah apa punca la aku tak sihat nih.. Oh ada lagi.. kulit muka aku agak terbakor dan mengelupas..
Hmm.. mungkin sbb sepanjang minggu lepas adalah minggu aku berjemur kat padang. Sabtu lepas SUKAN TAHUNAN SEKOLAH.
Apalagi cikgu yang semangat tak hengat nih, beria melatih budak. Itu boleh dimaafkan lagi. Sekali kluar senarai AJK, aku jadi PENGURUS PESERTA.
Maka dengan tanpa was-was lagi aku wajib berjemur di tengah padang dari mula acara sehingga tamat.
Yang pentaing RUMAH MERAH yakni rumah sukan aku juara okey!!
Agaknya pasal tu kot aku demam selsema..
Tentang ulser mulut nih tak tahu la apa punca nye..

Sakit2 pun aku gagah jugak pergi keje.. buat kerja rumah semua.. superwoman kan.. hmm..
Luckily my superchomel AMMAR ZAIM nih always goodboy and senang jaga..
Oh.. IBU CAYANG KAMU MAT JAIM.. Muaahh..



eh. AYG CAYANG ABG jugak.. hihii
hehe.. glemer nama sekolah aku.. I standing in the middle tuu.. janji RUMAH MERAH JOHAN.. yeah...


taken on June5th,2011. My both heroes..


Doakan ibu zaim sehat yer..