Saturday, October 10, 2015

Semenjak Ketinggalan mu..

Lama..Bertahun.. Kembali mengarang rasa kekok pulak. Rindu zaman aktif berblogging.
Sekarang, masa itu ada,tapi tak bijak memanfaatkan. Tak cerdik membahagikannya. Silap sendiri. Ayat klise takde masa tu sangat tak masuk akal kan. Perkara sangat mustahil ialah 'Takde Masa". Manusia memang suka cari alasan.  Okay, intro merapu sangat nih.

Life- masih meneruskannya dengan lancar dan teratur. Pencapaian terkini, dah menetap rumah sendiri sejak May,2015. Alhamdulillah, tak menyewa lagi. Cuma rumah agak jauh dari tempat kerja. Ulangkali dah mohon tukar sekolah, asyik tak diluluskan. 6 tahun mengisi permohonan tukar,tak pernahnya lulus. Belum rezeki agaknya.

Anak- Ammar dan 4 tahun 8 bulan.. Annas 2 tahun 10 bulan. Alhamdullillah anak2 dikurniakan kesihatan yang baik. Pandai banyak anak2 aku. Sangat gembira tengok anak2 membesar.

My Study- Finally, dah abis study dan bakal grade Disember nih. Berhajat nak sambung master. Membuak-buak semangat nih. Harap tercapailah hajat di hati. Nape ntah suka nak belajar sangat. Bukan cerdik pun, bengap boleh tahan.. Hmm..

Moga bertemu di lain coretan. I do miss u much my blog. Tata...