Monday, January 21, 2013

Kalender Resepi 2013 - Maggi

Wahh.. Tgh berbunga hati sbb dapat kalender beresepi nih.. Nak tau dpat dr mana... Semalam pegi beri barang dapur kat tesco.. Memula ambik sos tiram maggi saiz kecik je. Skali sampai satu corner, ada double pack sos tiram saiz besar, dpn tu ada kalender skali.. Rasa mcm memanggil2 pulak.. Aku pun bgtau mr.pojie .. " Abangg, nak tukar yang nih?? " Hehe..

Ada 12 resepi kesemuanya..Sbb 12 bulan kan setahun. So tiap sebulan ko hadap la satu resepi tu.. Hahah.. Maklumlah, sejak2 ada pemanggang ajaib nih, emosi untuk memasak semakin membuak-buak.. Puiiihh.. Aku share gambar2 resepi je.. Menarik Ooo...

Ikan Stim 

Bebola Ayam dengan Sawi Bok Choy Celur

Tauhu Periuk Belanga

Ayam Masak Cendawan

Brocoli Goreng dengan cendawan

Sotong Msak Cili Kering

Telur Gulung Sayuran dan Udang Kering
Udang Harimau Pedas

Daging masak Halia dan Daun Bawang

Sup Sui Kow Udang

Nasi Mangga


Tu diaaa.. best kan.. Sbb line tenet laju, aku upload semua 11 resepi.. tapi gambar je.. tertinggal nak snap 1 resepi. tajuk dia cendawan campur. Hehe..Jom dapatkan Kalender Beresepi ini.. Berbaloi-baloi..

Saturday, January 19, 2013

Pantang di rumah sendiri

Aku nih pantang rumah sendiri untuk anak ke-2. Why umah sendiri..
1st - Sebab sangat selesa ok.. Mcm omputih kata, there is no place like home!
2nd - Nama pun anak ke dua..so ada experience dah kan..
3rd - Agak sukar kalau pantang di tempat lain,sbb nak monitor hero yang sorang lg..
4th - Aku yakin dengan encik hasben yang boleh jaga aku.. tip top beb.. abg bayek sgt

Mulakan rutin dengan bangun pagi k..

8.30 pagi-
Panaskan air dlm periuk..rebus sekali uncang mandian herba amway tu.. Then mandi.. Siap mandi, sapu kan menatang param, pilis,minyak lepas tu pakai bengkung,jaket, stoking. Semua nak sapu2 tu ada dalam set bersalin amway gak.

9.00 pagi -
Sarapan pagi.. Memang la sarapan pagi kan.. ada sarapan malam ke? hahah.. okay2, aku suka milo/horlick cecah biskut kering je. Atau pun roti sapu mentega. Itu je bekpes aku berani time pantang. Kenyang ke tak.. paling kurang 5 keping biskut la aku telan.

9.30 pagi -
Panaskan tungku.. sambil tu mandikan baby kecil. Ohh.. love this moment.Sangat comel kan baby nih.. Lepas mandi susukan baby sampai tertido.. Then aku pulak bertungku..

11.00 pagi -
Time mcmnih baru zaim bangun.. Mandikan dia, sediakan bekpes dia. Golek2 ngan dia.. best gak sbb dah besar dah.. boleh la buli2 dia.. Hahah..

Rehat

12.30 tghari
Sediakan masak untuk tengahri. Untuk 1st week pantang, aku makan sup ikan haruan. Bila dah 2..3.minggu pantang, aku mkn la makanan pantang yg lain. Masak sendiri je.

Rehat..bla..bla..bla..

6.30 petang
Again rebus herba mandian untuk mandi petang and ulang mcm rutin pagi tu..
Takde masalah sgt pantang sendiri. Suami banyak membantu..
Orang kata nak tau suami kita sayang kite ke tak, masa pantang nih la nak test dia..
And, my suami lulus dengan cemerlang.. Ehehe..

Friday, January 18, 2013

Pengalaman Bersalin

True. Setiap pengalaman bersalin sesorang itu berbeza dari sebelumnya... (mcmalah anak dah ramai sgt)
Tapi kali ke-2 nih mmg lain. Aku turun darah. 1st dulu pecah air ketuban. So, aku dah rasa keduanya la..

2 Dis 2012 (Ahad)
Turun darah lepas subuh..so kejut suami, pukul 9 pagi baru pegi sepital. Sbb rasa just mild contraction.
Then bila masuk sepital, doktor check dah 4cm.. APakahHH?? padahal dr kereta ke wad, aku jalan selamba je, tak nak naik whell chair pun..
So, aku terus masuk labour room. Salam hubby dulu.. Muah muah sket.. hehe..
After that, aku dipantau dgn alat2 canggih sepital..Doktor kata kena pecahkan air ketuban.. Hmm.. Tak selesa langsung yer operasi pecahkan tu.. Pepaham je lah.. And yes.. my contraction every 5 minutes..
Time check..10.35 pagi dah.. Aku pun baca ayat Lahailla anta.. tu setiap kali perut sakit..
Tiba2 kul 11.00, aku bgtau nak push.. Nurse selak bawah.. Okay, dah nampak tanda..
so mereka bersiap sedia nak sambut baby aku.. Pushh..and pushh.. Pukul 11.10 pagi.. Lahirlah baby comel aku.. Alhamdulillah, mmg senang juga rasanya..
Bila aku kol hubby bgtau dah bersalin, dia terkejut!! Cepatnya.. heheh.. Kembang la pulak.. Rasa mcm hero pilem tamil..Hahah..
Doktor pun cakap, very fast la u.. admit je trus bersalin.. heheh..
My 2nd prince.. Welcome to the world dear..

Thursday, January 17, 2013

Pemanggang Ajaib Termurah!!


Ada sesiapa berminat pemanggang ajaib.. Original nih.. Ada dua saiz

RM 135 -kecil..

RM 175 - besar..

Kos Penghantaran PERCUMA!!PERCUMA buku resepi juga..

CIRI-CIRI:

* Mudah, ringkas dan menjimatkan masa terutama yang sibuk bekerja.

* Tanpa perlu membakar arang untuk sediakan bara api.

* Hasil dan kesedapan makanan yang dibakar asli seperti dibakar atas dapur arang

* Semua jenis lauk pauk, ikan, daging, ayam, seafood dan sebagainya.

* Boleh juga membuat kek, stick, kentang goreng, pasta, pizza dan makaroni bakar.

* Tidak melekat @ bersifat non-stick dan senang dikendalikan

*Boleh digunakan dgn dapur gas / elektrik korang.

Sila emel /sms saya kalau berminat yer..

NAMA:
TELEFON:
ALAMAT:
KUANTITI:


syarida393@gmail.com / 012-8244528