Friday, November 11, 2011

To do list

I need a bigger WHITEBOARD... kan...kan.. huhuhu

Macam2 nak setelkan.. pening kepala hotak aku. Adoi.. Rasa nak muntah pikir benda2 nih.. Nih belum jadi menteri lagi.. Muahaha

Akibat dari minggu yang agak sibuk nih, semalam terpaksa request kat abang mlm smlm.
"Malam nih ayang masak nasi goreng je bolehhh??"

Hehehe.. Luckily encik pojie kite nih sporting.. "Abang belasah je ayangg.."

btw, 13.11 tu Sunday kan.. bukan Monday.. huh.

. Oh.. My Ayeim dah ada satu batang gigi.. Ini dia gambar Ayeim dipaksa tayang gigi..

Anyway, b positive. hidup ini indah. Sebab bila kita banyak tugas, banyak kerja.. makna kita nih seseorang yang berguna dan bermakna kepada semua orang di sekeliling kita.. Better b USEFUL than USELESS... pepatah sendirik...Hehehe..

Tuesday, November 1, 2011

More about my love one..

Hmm.. makin busy nampaknye.. busy ke malas? Update blog pun liat sgt. Napa ye..? Dulu tu rajin la juga walau tak seberapa..
Oh.. ZAIM.. Zaim anak saya dah 8 bulan.. Nikmatnye ada anak nih ALLAH saja yang tahu.

Tengok perkembangan zaim hari ke hari buat saya bersyukur dan tersentuh, anak adalah anugerah terindah dalam hidup. Memang sangat2 terindah. Kepada ibu-ibu di luar sana.. tahniah.. saya doakan semua ibu-ibu termasuk saya akan berjaya membentuk anak yang soleh, solehah, yang berguna, yang cerdik, berjaya dalam hidup, cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri.. Aminnn..

Tak sabar nak tayang gambar zaim yang sangat comel. Makin comel bila tengok.. Ee..Geram..
Dulu asyik geram ngan anak orang, nih dah anak sendiri.. berkali ganda geram tu.. Eheheh...

Flow gambar dibawah nih mcm vid.klip.. MAT JAIM & NYET2.. heheh...

Hehe.. Gigi zaim baru sebatang.. sakit oo kalau gigit orang. hehe.. tu saje kot. Nak suap zaim bubur nasi yang ibu zaim masak.. Rajin tak ibu zaim nih..??? Muaahaha...

Sunday, September 18, 2011

Selamat Hari Raya

alahai.. dah 18sept oo.. lambatnya nak cakap camat ari raya. apa boleh buat.. tugas isteri + ibu + cikgu + student-pjj (hambik ko...) buat aku semakin busy tiap hari. konon banyak sgt jawatan la tu.. belagak nye.. takpe2 itu belakang citer. Nak penting my raya this year sooooo happyyy..

Ade ammar zaim a.k.a MAT JAIM yg comel sgt, buat aidilfitri sgt bermakna. Lebih2 lagi raya nih balik johor.. Syok abisss bro.. Ekeke.. Zaim pulak always perform well kat mana-mana. Tambah best bila mat jaim dpt kumpul duit raya manyakk.. heheh.. ibu ayah dia lak over-acting..

Ok..ok.. esaimen yg harus disubmit 24hb tak siap lagi nih.. Hujung bulan 10 lak exam. Ntah ape aku nak jawab. Buat essay "i lop my jaim" blh tak.. Hehehe.

Tempek muka time raya ari tu la..

Thursday, July 21, 2011

Breasfeeding is a journey..

Salam..at first breastfeeding not an easy talk for first time mama like me. Meh share experience seorang amatur sepertiku..


Aku tergerak nak full breastfeed zaim selepas bersalin. Atau lebih tepat lepas pantang.

Maklum la.. waktu mengandung tak terdedah langsung pasal hal penyusuan nih. Teruk kan. Aku tak amik tahu pun.

Tapi bila join kelab kurang tidur sbb zaim nak ngempeng je.. Timbul perasaan unik. Ohh..perasaan seronok tgk anak menyusu. Happy tgk anak kenyang. Indah tgk anak tido nyenyak lepas susu dari badan kita. Dapat peluk anak seeratnya.. And i feel like a saviour sbb berjaya menenangkan tangisan dia by hungging and breastfeeding him..

So, seminggu nak naik keja baru la aku google cara2 nak handle EBM.. Kalau baru nak belajar, nampak sangat tak penah mengepam kan.. Huhu..

Akibatnya, aku takde buat stok pun sepanjang pantang. Beli pump pun last minute, so supply zaim fresh EBM. Maknanya pump hari ni, untuk supple esok-lusa

. Menyesal???

iye, sangat menyesal sbb tak rajin buat stok awal2 dulu. Mana la nak tahu. Takde sape bagitau aku pasal susu ibu nih boleh pump, boleh simpan dlm fridge. *hak tuiii takde sape.. nurse explain okey each time check perut tu..

Masa kene explain dgn nurse time pregnant aku tak ambil pot, sbb aku rasa tak kisah susu kan zaim dengan formula milk. Lagipun aku cuti bersalin 3 bulan. So, lepas tu dah bajet nak beli formula milk je.

Tapi bila 3 bulan dah berkepit ngan anak.. Bila tahu anak lapar nak susu, barulah terdetik nak belajar bagi anak susu badan sepenuhnya walaupun dah bekerja.

Sekarang zaim nak masuk 5 bulan sabtu nih. And aku merasa PUAS.. PUAS bila tengok zaim membesar dengan sihat dan cerdiknya dengan susu ibu. Syukur walaupun tak meriah susu ni.. sekali pump dpt 4-7oz.. Aku tetap syukur.. Sekurangya masih cukup untuk zaim.

Sehari aku pump 5 kali.. so dapat la dapat 20oz lebih. Bolehlah untuk bekalan zaim esoknya.

And one more, pengasuh zaim sangat memahami niat aku nak zaim bf. Best broo.. supportive walaupun housewife. Thank you kak nah..


Nak tayang lagi my superduper Chomey AMMAR ZAIM.. *tapi kat fesbuk, member2 komen hensom boy. kecik2 dah hensem ke manja ibu nih.. hihi


kiut tak zaim senyum.. *sweet*..
ibu baru balik sokannn.. sbb tu gelap gelita..ekeke.. zaim jugak yg hensem boy..
smile baby smile..muahhss
kene buli ngan ibu.. ehehe


So, pada semua ibu mengandung sekarang nih.. sokong la penyusuan ibu sepenuhnya. Beli la pump sebelum bersalin nih.. Sangat penting waktu pantang, sbb masa pantang la susu meriah okay..


Mungkin sekarang korang tak terasa sangat sbb belum mengalami "nursing moment" tu.. tapi once korang dah alami.. OMG.. best brooo... cayalah cakap aku nih.. hehehe..


apapun Happy Pumping to all mommies out there.. hihi

Tuesday, July 19, 2011

Hilang Nikmat Sementara..

Ahh.. Puan Shareeda sakit.. Puan Shareeda sakit... huhu

Hilang Nikmat Sihat...
Ye.. aku tgh deman selsema +PLUS+ sakit tekak +PLUS+ ulser mulut..
Entah apa punca la aku tak sihat nih.. Oh ada lagi.. kulit muka aku agak terbakor dan mengelupas..
Hmm.. mungkin sbb sepanjang minggu lepas adalah minggu aku berjemur kat padang. Sabtu lepas SUKAN TAHUNAN SEKOLAH.
Apalagi cikgu yang semangat tak hengat nih, beria melatih budak. Itu boleh dimaafkan lagi. Sekali kluar senarai AJK, aku jadi PENGURUS PESERTA.
Maka dengan tanpa was-was lagi aku wajib berjemur di tengah padang dari mula acara sehingga tamat.
Yang pentaing RUMAH MERAH yakni rumah sukan aku juara okey!!
Agaknya pasal tu kot aku demam selsema..
Tentang ulser mulut nih tak tahu la apa punca nye..

Sakit2 pun aku gagah jugak pergi keje.. buat kerja rumah semua.. superwoman kan.. hmm..
Luckily my superchomel AMMAR ZAIM nih always goodboy and senang jaga..
Oh.. IBU CAYANG KAMU MAT JAIM.. Muaahh..



eh. AYG CAYANG ABG jugak.. hihii
hehe.. glemer nama sekolah aku.. I standing in the middle tuu.. janji RUMAH MERAH JOHAN.. yeah...


taken on June5th,2011. My both heroes..


Doakan ibu zaim sehat yer..

Saturday, July 16, 2011

zaim oh zaim

Tengok tu.. 3 bulan tak hadpet..
Busy sgt la konon sejak2 jadi emak budak nih

Info terkini
-Zaim 4 months old
-Zaim in FULL BREASTFEEDING ye.. (bangga giler nih..)
-Zaim sdang sibuk meniarap dah golek kembali.. sambil kadang angkat montot dia..
Mmg takde masa nak blogging sbb zaim selalu nak perhatian. Tapi bila kat Babysitter blh pula bawak diri..
And dah 3 kali kot abg Fauzi jaga zaim sbb aku kena pegi skolah hari Sabtu. Abg Fauzi sgt suka jaga zaim, sbb again.. good boy je

Pic nih masa zaim 3 bulan lebih, kat kg Batu Pahat Johor.. Hehe.. Naik vespa dengan ayah..

Sunday, May 29, 2011

Susu Ibu adalah yang terbaik

Get back to work last week. Hmm.. sungguh runsing bila nak tinggalkan anak untuk pertama kali sejak dilahirkan.

Untuk pengetahun semua, sejak zaim berumur sehari.. aku tak penah tinggalkan zaim. NEVER. Ke mana saja aku bawa dia. Kadang mak aku pesan, "nak jalan2 pegi la.. ibu boleh jaga zaim". Tapi aku tak sanggup nak lepaskan zaim. Kalau boleh satu saat pun aku tak mahu rugi masa bersama zaim.

Padahnya, hari pertama kerja.. aku nangis kat sekolah. Cuba cover and pegi toilet padahal jam baru pukul 8 pagi.

Time drive nak pegi keja pun aku dah tahan2 sebak. Adoiii..

Pukul 9 pagi, ciknen rasa sakit, rasa bengkak. Lagi la sayu, teringatkan zaim yang fully breastfeed. Cepat2 pegi pump, alhamdulillah dapat 5 oz.. Rezeki Zaim.. Next session, pump around 12 tghari..4oz..

Zaim hanya minum susu ibu. Aku dah nekad nak usahakan fully breastmilk kat zaim. Syukurlah dah masuk 3 bulan, aku berjaya susukan sepenuhnya Zaim.

Balik keja pukul 1.35tghari, trus drive dgn hati berbunga nak jumpa anak.. 2.15ptg baru sampai umah babysitter(jiran sebelah jer pun..)

Kak Nah (babysitter) cerita; zaim nangis pukul 9 lebih.. puas pujuk.. minum susu byk jugak... dkt pukul 11 baru berenti nangis..

Sedihnya aku dgr. Kak Nah kata dia cuba seminggu dulu, kdg ada budak tak serasi kata dia.

After seminggu, zaim makin goodboy, susu yang aku bekal.. lebih kurang 5oz zaim akan habiskan kalau siang. Lega nya, Kak Nah pun setuju nak continue.. Kak Nah sangat memahami niat aku nak zaim hanya minum susu badan..

Zaim tido masa aku nak ambik dia. Aku terus kejut dan susukan dia. Love that moment so much. Lebih-lebih lagi bila zaim pandang ibu masa ngempeng. Hehehe...

Susu Ibu adalah yang terbaik.

Sunday, May 22, 2011

Kembali berkerja

Hmm.. tamatlah sudah cuti 3 bulan aku. Esok, 23 Mei, aku dah start keje semula. Aduh.. beratnya hati setelah 3 bulan ber-leisure dgn baby zaim, ber-happy hour, and tommorow masuk ngajar balik.

Tp ngajar pun seminggu je, lepas tu cuti sekolah 2 minggu, ngelat tak..?? ehehe... Susah hati nih tuhan je lah yang tahu. Walaupun my little hero nih tak kuat meragam sgt..Always kewl dan tenang je, but risau jugak nanti duduk ngan babysitter. Kot zaim cari ibu dia yg lebih manja nih.. ehehe

Esok balik 1.35tghari.. 1.34thagri aku nak duduk dpn punch card dah.. Boley??
Huaaa.. tak nak keje.... nak jaga zaim..
Ibu cayang zaim sgt2..

Thursday, May 19, 2011

Hari Ibu..

Sambut di Secret Recipes.. But aku lebih teruja tgk aksi zaim.. Comel.. Sporting jek.


Heheh.. rasanya zaim nih mmg suka klu bawak jalan2 kot. Nanti kita jalan2 lagi ye sayang...

Wednesday, May 18, 2011

My super COMEL hero..

Assalamlualaikum..
Salam satu Malaysia..

Iyaa, lama tak bersiaran kan. Maklumlah semakin busy sejak hidup bertiga ni. Kehadiran Ammar Zaim for both of us sangat-sangat lah menceriakan. Penyeri hidup kami. Betapa indah nya bergelar ibu kan..

Oh.. serba sedikit perkembangan zaim. Zaim nak masuk 3 bulan dah.. Dan satu yang paling best pasal zaim nih is SANGAT SPORTING bila bawak dia jenjalan. Gila besh okay..

Zaim just be quite.. tengok2 sekeliling.. mintak nenen jap, lepas kenyang.. either tidur or lepak chill..

Hehe.. but most of the time tidur..

Jarang sekali zaim meragam bila jalan2.
30 April lepas, kitaorang pergi Karnival Vespa di Kuala Kangsar Perak. Sepanjang 2 jam tengok show vespa tu, zaim tidur manjang. Adoi.. senangnya anak ibu nih..

Abg+Ayg = Zaim.. ekekek

Tengok.. betapa lenanya hero kecik aku nih

Ibu zaim posing kat vespa..

Hehe.. nyenyak kan zaim..

Pegi mana-mana pun mcm nih anak ibu.. Next i will update betapa excitednye zaim time mother's day. Zaim so kewl.. Muahhhsss..!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu buat Ibu saya tercinta.. Puan Zabedah Binti Sidek.. Terima kasih kerana telah.. mengandungkan along..melahirkan along..menyusukan along.. memberi kasih sayang pd along dan mendewasakan along.. Along sayang Ibu..

Wednesday, April 27, 2011

Perkembangan Zaim 2 bulan

Zaim makin handsome..
Hehehe..

Okaylah.. semua ibu mesti rasa baby dia comel and makin comel..
Sama la mcm zaim.. sangat comel..

pandai dah main buih kat mulut.. so kena pakaikan bib sbb habis basah baju zaim..
pandai dah hisap jari..chot..chot bunyi.. so tak boleh pakai mitten lg..
pandai dah tendang2,makin kuat dah kaki zaim. time mandi habis terpercik air..
pandai dah tarik2 baju ibu time menyusu.. tarik rantai ibu.. tarik rambut ibu...
pandai dah tengok ibu time menyusu..mata zaim besar.. klu lawan kelip mata sure ibu kalah..
pandai dah buat mcm2 bunyi.. ahuuu..hmmmm..aaauuuu... cute sgt dengan suara kecil zaim tu..
pandai dah tgk tv, kalau nak ambik gambar, pandai tgk lense okayyy..cerdiknya zaim...

banyak dah progress anak aku nih.. and happy bila tengok zaim explore new things day by day..

I Love You So STRONG Ammar Zaim..

Hasben jatuh tempat ke-2.. Ekekeke..

Saturday, April 23, 2011

Kongsi moments yg tak boleh lupa

Nak flash-back beberapa moments yg aku benar2 teringat time nak bersalin tu..

- Bila dah admit wad, start kontraksi ptg2, aku sms abang tanya apa doa nabi yunus dlm perut ikan..sbb itu doa yg orang nasihatkan baca semasa menahan sakit. mmg berkesan, rasa sakit berkurangan...
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

-Sepanjang malam, aku tak tidur sbb sakit, aku ber'sms' je dengan abg, sampai pukul 2-3 pagi.. dan kami bersms pasal perasaan gitu.. pasal ilapbeu la..pasal cayang2.. abg nak bg aku kuat.. nak aku bertahan demi anak yang bakal dilahirkan.. huhu..

-Before ke labour room, aku sms abang suruh datang. tapi tak sempat jumpa, aku dah ditolak ke wad bersalin.. time tu baru kul 10 pagi..

-Dlm wad brsalin, aku makin sakit sebenarnya, nurse bg semangat.. "kita nak bersalin nih kena ikhlas dik,nak lahirkan satu nyawa kan.. insyallah dipermudahkan..jgn fikir sakit tu ya.." aku ingat kata2 nurse tu.

-Sambil menahan sakit, aku set dalam otak.."ya allah, aku nak jumpa anak, nak jumpa anak ibu.." dan ulang2 baca doa La illaha illa anta...

Lepas bersalin:

-Pukul 4 lebih baru kluar labour room.. lama kan, padahal bersalin pukul 12.37 pm. Bila keluar, nampak abang dah tunggu. Ya allah, rupanya dari pukul 10 pagi tu abang tunggu sampai pukul 4 petang.. setianya abang fauzi aku nih..

-Abang nampak ceria dan sangat-sangat teruja tengok anak kami. And itulah wajah abang paling gembira aku tengok, mengalahkan gembira time kami bernikah dulu.. Series beb.. sangat-sangat lahhh heppinya abang time tu..

itu la a few moments yang aku tak akan lupa.. pengalaman indah dalam hidup.. bahagia dan nikmatnya bergelar ibu ni tak tergambar dengan kata-kata.. Syukran ya Allah..

Tuesday, April 19, 2011

Baru nak cerita pengalaman bersalin..

22 Febuari 2011

Pukul 6.00 pagi aku rasa basah, masa terkencing time tido. Pegi toilet tgk spender jernih je. Then blm sempat masuk bilik, kluar lagi air jernih. Nerbes la pulak. Tgk air kat lantai tu macam air biasa, tapi kluar tak banyak, org kata air ketuban macam air paip laju dia kluar. Pakai maternity pad then trus on internet search "air ketuban". Sempat lagi tu. Tiba-tiba time online, kluar lagi air, kali nih banyak, and basah sofa tu. Hmm.. aku masuk bilik, kejut abang. Abang kata nak pegi hospital tak. Aku kata tunggu siang sikit. Aku tak leh tido, takut katil basah and air kejap2 keluar dalam kuantiti yang banyak. Keje salin pad je.
Pukul 9 pagi bangun, breakfast then pegi hospital.

Check bukaan, baru 1cm. Uikkss.. air yang kluar tu konpem air ketuban nurse cakap.
Bila petang2 time aku kat wad, perut mula rasa kontraksi yang kuat. Waah, baru tahu apa itu kontraksi. Kuatnya sakit tu. Aku check time, every 5 minutes mmg sakit tuh datang.. So dah malam sikit, aku minta nurse check bukaan. Baru 2cm kata dia, Aduh, lamanya..
Sepanjang malam aku tak tido, sampai la ke pagi. Menahan sakit kontraksi. Huhuhu


23 Febuari 2011

Lebih kurang pukul 9 pagi, nurse datang, tanya napa tak mintak check bukaan. Aku kata rasa mcm tak sakit kat bawah, sakit perut je. Nurse pun ajak pegi check. Wahh.. dah 4 cm. Boleh pegi labour room dah.. Haa?? aduh, nak bersalin dah ke, aku makin nebes.
10 pagi lebih, aku ditolak ke labour room. Sambil menahan kontraksi, nurse urut belakang badan aku, aku mengiring ke kiri masa tu.. Tiba2 pukul 12 lebih.. aku kata, "saya rasa nak push dah nih". Nurse panggil doctor, doctor check.. okey dah bukak jalan.. Semua nurse kelam-kabut siapkan barang2 sbb aku kata tak tahan nak teran sangat. Then, push kuat2 12.37pm aku dengar.. Uwekkkkk.. Yeah, selamat sudah. Nurse lap2 baby and letak atas badan aku. Aku tengok baby yang sangat comel tu and cakap "Assalamualaikum anak ibu..."

Syukur...


Time melawat petang abang belikan muay sup @ sup bubur


My baby boy, sangat comelll..muahhhsss


Me with my baby.. Time nih badan sangat lah lemah. huhu


Hubby yang teruja, masuk bilik terus dukung baby. Lahir2 je mata baby dah bukak luas


Abang fauzi menukar pampers baby.. I love you abang!


Apapun pengalaman setiap orang berbeza-beza. Jangan jadikan pengalaman aku ini yang bakal korang rasa. Terima sebagai pengetahuan je. Ada orang senang nak bersalin, ada orang susah. Kalau aku, aku rasa aku agak mudah jugak nak bersalin. Mengandung pun takde teruk alahan, bersalin pun sakit macam kebanyakkan orang kot. Cuma PANTANG, horror gilerr.. Huaarghh, tak sanggup pantang, collapsed trus aku...

Saturday, April 9, 2011

Baju Tunang/Nikah untuk disewa

Sesuai untuk majlis tunang/nikah..
Sepasang baju lelaki dan perempuan
Kurung moden beaded
Warna Kuning air
sms only: 019-4648528 for info

Wednesday, March 9, 2011

Rezeki anak...

Alhamdulillah.. dapat jgk aku sambung study. Setelah bertahun-tahun apply.
At first tarikh daftar 12 Mac. Risau jugak sbb still dalam pantang.
Then latest news.. daftar 11 June 2011..
Syukurlah.. dapat guna cuti bersalin 3 bulan ini sebaiknya...
Rezeki anak...

Tuesday, March 8, 2011

Pantang vs Anniversary

Ulang tahun makin hampir..
6 hari lagi..



Aku.. dalam pantang..


Macamana nak sambut aniversary dlm pantang..??
Huhuhuh..

Tuesday, March 1, 2011

Akhirnya, saya telah bergelar ibu...

Name: AMMAR ZAIM BIN MUHAMMAD FAUZI
D.O.B : 23 Februari 2011
P.O.B : Hosp. Seberang Jaya Penang
Time: 12.37 p.m
Weight: 3.2 kg

Penantian yang terlebih due itu telah berakhir selepas sy selamat melahirkan putera comel itu.. Hihih.. Alhamdulilllah...

Pengalaman bersalin???
Saya tak dapat ceritakan sekarang sbb masih berpantang di rumah mentua (whatt?? yes, i dont lie.. i pantang cni okay..).Tunggu lah sy dah betul2 sehat yer. Luckily, sy tak kena induce or czer, sy berjaya melahirkan baby secara normal.. push..and push.. hihih..

Apapun thanks pada sahabat blogger2 yang mendoakan saya...
Syukur pada ALLAH S.W.T..

Sunday, February 20, 2011

Overdue la pulakkk..

Hm.. lebeh tarikh dah nih. Wat to do ekk..

Suppose to be 15hb lepas.. So bila dah lepas, doc bagi sampai 24hb, kalau tak bersalin pulak.. kena pegi hospital.. induce.. or czer.. Alahai..

Napa baby ibu tak mo kluar nih..

Okaylah, actually tarikh scan and tarikh aku kira sendiri TAK SAMA..

Aku kira 2 Mac 2011..coz last period 25 Mei 2010.. alih-alih time scan 1st time, dah jadi 15 Febuari 2011..

My cousin punya case pun sama, tarikh lain2, but doc tetap ikut tarikh scan tu. Last2, dia kena czer sebab dah masuk ubat pun bukaan hanya 1-1.5 cm..

Aku amalkan juga segala petua yang termampu nak bagi cepat bersalin tu.. Minyak selusuh.. Air kembang fatimah.. Surah Maryam.. Banyakkan Berjalan..

Semlm pun baru lepas tawaf AEON Seberang Perai.. Dua malam lepas Tesco.. sebelum tu.. shopping mall 1st Avenue kat penang.. Abis dah semua aku ronda, jalan2 dgn hubby. Syukurlah ada suami yang memahami.

Time jalan2 tu ada rasa macam menekan kat ari2 nih, lepas tu hilang. And then, malam2 ada contraction yang agak kuat, tapi hilang lagi... baby still aktif golek dlm tummy nih..

Kata orang sakit tu akan makin kerap.. makin dkt tempoh.. mcm 5 minit sekali.. aku nih.. mcm 3, 4 jam sekali..

Masih menanti.. dan menanti.. huhu..
Nak jumpa my baby boy....nak sangat...

Monday, February 7, 2011

Pengalaman di hospital...

BELUM...
Aku belum bersalin lagi..

Pergh, punyalah nervous sangat2 bila nurse dr klinik kesihatan suggestkan aku perlu masuk sepital.
Hmm..

1st Feb
- Lepas masuk barang dalam kereta, terus menuju ke Hosp. Bukit Mertajam
- Again, check bukaan dah 1 cm, tapi takde sakit2, cuma sakit pinggang.
- Salin baju pink tu, aku pun dpt katil
- Lengang gila sepital nih, 11 katil dlm wad, 4 orang je ada.
- Hubby pun kluar jap belikan jajan, milo, biskut untuk aku.
- Pastuh bila hubby dtg, comel je raga yang dia beli untuk bubuh barang2 tuh.
- Abang sangat sweet.. Mmmuaahh!!

Malam
- Doktor datang check, tanya itu ini..
- Aku punya sakit pinggang kejap ada kejap ilang
- Pelik.. contraction irregular, ari2 pun tak rasa.
- Blm nak bersalin nih, but still kene monitor jugak la..
- Baby inside okay je, golek sepuasnya seperti selalu

2nd Feb
- Abg dtg tengahari melawat
- Sakit pinggang melanda kembali.. nasib abang ada teman..
- Kawan dalam wad pesan cari2 la minyak, air selusuh.. bagi memudahkan bersalin.

Petang
- Aku terkejut ya amattt.....!!
- My MIL and brother in law datangggg...with hubby skali.
- Bawak minyak selusuh, air selusuh, telur ayam kampung, air teh O suam
- Haa... erk, MIl pesan, minum telur ayam kampung dengan air teh tuh..
- Kalau betul nak bersalin, terus sakit nak bersalin, kalau blm masa.. sakit2 akan ilang..
- Dengan kekuatan mental yang ada, aku hirup kan air bancuhan telur+teh O itu..
- Tidaaaakkkk!!! Korang mesti terbayang rasa kelazatannya kan.. uhuhuh

Malam
- Ibu aku tercayang pulak datang..
- Aku ceria + bersemangat...and siap request kat nurse and doc nak balik.
. - Aku tak sakit2 dah.. tapi nak tau doc kata ape..??
- Esok pagi aku akan dihantar ke hospital seberang jaya,sbb sana hosp. pakar..
- Hosp sana yg akan buat keputusan..
- Tak mauuu....

3rd Feb
- Seawal 8.30 pagi aku kena hantar ke Hosp Seberang Jaya.
- Siap disorong wheel chair padahal blh jalan elok je..
- Masuk situ pun sama, doc kata rahim dah terbuka 1cm, tak leh balik..
- Kena tahan 24 jam, kalau belum terbuka, nak masukan ubat kat anu tuh spy blh cepat buka jalan..
- Eiii.. mana boleh paksa2 kan, aku blm due, aku tak sakit.. geramnya...

Dkt sberang jaya, kurang skit kena monitor oleh nurse, CTG sekali je, check jantung pun sekali dua...

4th Feb
- Seramai 3 orang doktor pakar datang masuk bilik aku, dorang bincang2..
- Again i refuse masukkan ubat sbb tak sakit and belum due date..
- Okaylah, doktor semua setuju and check jantung baby, baby in good condition.
- If still no sign to deliver on 15feb nih, datang semula 24th feb..
- Yeah.. aku boleh balikkkk!! Terus call hubby suruh amik balik... suka nya!!!

Itu la pengalaman aku 4 hari 3 malam di sepital..
Okay la sepital gomen nih, nurse and doc semua baik.. ada yang cakap sbb ada GL so dorang layan la bebaik, entah lah..

Ramai kata, tunggu sakit bebetul baru pegi hospital..isk mana la nak tahu sakit betul tuh camna.. Bukannya kita penah rasa sakit bersalin..

Tapi lepas nih, boleh agaknya, sbb masa kat hosp, akak2 yang nak bersalin tuh tgk sangat2 kesakitan di bahagian2 tertentu.. so boleh dpt feel dah..camna tiba masa sebenar nak beranak..

Tuesday, February 1, 2011

doakan dakuuu.

today 1st februari..
Aku br balik check up perut 38 minggu..
smlm sakit pinggang gile2, so story la kat nurse tuh..
"ok, bukak sluar.. nak tgk dah bukak blm?"

Whaaatttt??
trus aku panik..
tanya nak buat ape.. nak buat mcmana.. bukak sluar abis ke??

Nurse tuh cool.
"Saya nih bidan,jgn risau.."

Tuuut..TuuuT...Eokkk...

"Oh, dah bukak satu cm dah.."

Tambah la aku panik..Biar betik dah terbuka.. Adoi.. Napa tak rasa ape.. Tak turun tanda pon..

Nasib hubby aku ada masa tuh, hubby pun dipanggil masuk dah diberitahu kejadian yang sebenar.

So, nurse suruh pegi hospital terus.. Lagipun baby dah gerak makin kerap..

Nurse kata, dia seluk pun lurus je, blh rasa dah.. Lepas tuh agak soft. Apa yang soft pun aku tak paham
Insyaallah dipermudahkan maksud dia..

Aku ajak hubby balik umah dulu. Rehat2 sbb aku tak rasa sakit. Isk,, blh ke mcm tuh. Pastuh, lepas zohor nanti br nak gerak..

Huhuh...
Doakan aku...

Saturday, January 15, 2011

Seploh..seploh...

Entri last week, lupa nak publish..


"Abang, dah 14 Januari ari nih.." saje bagi hints..

"A'ah, napa yang?" nak jugak tanye nape.. isk


"So, dah brape bulan dahh.." tak kuasa nak majuk, tetap nak tanya nih..

"Ohh. ENAM bulan..." mak aihhh... konpiden nye laki aku..

"Uissssshh.. sy pregnant 8 bulan lebih, takkan kita kawen baru ENAM bulan!!" terkejut gile laki jawab dengan selamba tau..

"Eh, ye ke.. brape bulan dah kite kawen??" terpaksa la cekgu nih wat kira2 dulu..

"10 months laaa, nape.. rasa mcm baru kawen lagi ke??" cewahh, mcm rasa sronok la tanya mcm nih..

"A'ahh.. Heheheh..." sambil sengih2 abg pojie i jawab, takkan ku lupa detik ini.. ekekekek

Takde celeb ape, kami tengok movie nih yang dah lama juga berada di pawagam.. baru teringin nak pi tengok. Not bad la. Nih kot last movie aku..

Wednesday, January 12, 2011

Baru balik checking..

Yup, my 35 weeks check perut..

Nurse kata perut kembung and keras dahh..
Maksudnya kepala baby dah makin kat bawah..
Kedudukan bayi dah hampir pintu rahim..
Rusuk dah pinggang i dah sengal2 baby tolak..
Maksudnya baby dah agak full dlm tummy..
I makin kerap kencing and iyak...
Maksudnya baby dah tolak pundi kencing and salur tut..
Perut dan peha dah sentuh bila duduk biasa..
Maksudnya perut dah jatuh..
Selalu rasa and nampak benjol2 perut bila baby gerak2 and tendang..
Maksudnya itu contraction kategori 'melawak'..
bila non stop and perut tegang itu contraction nak beranak dah..
Baby nak jumpa ibu daa


Nurse also bagitau, my kedudukan baby dlm perut nih.. insyaallah akan mudah nak bersalin..
Amin..

Nurse tanya gi keja driving ke?
i angguk

Nurse tanya beg baby and kelengkapan dah bubuh dalam keta ke..
i geleng..

Nurse sound mesra..semestinya sekrang barang2 utk labour room and buku merah sentiasa ada bersama..
Always!!

Oppss..beg tuh tersusun elok je dlm bilik.. so starting tomorrow kene angkut bubuh dalam keta lah..
Mana la i expect, due pun 15 Feb kan.. Baiklah.. baiklah..

What else aa??
Owh.. dlm buku merah, nurse komen..
"Ibu tidak pucat"
i suke
"Ada tanda2 bersalin"
i nebes..

< Tapi i still mampu drive..mengajar..kemas rumah..and masak2... syukurlah... And the best part.. hari2 member kat sekolah puji i comel walaupun pregnant and 8 bulan plus2... syukur again..

However,kita tak tahu Allah nak beri ujian dan dugaan bila kan...

P/s- Thanks to my love hubby Muhammad Fauzi yang sudi temankan i ke klinik tadi..
and yet, dah pilih nama utk bayi lelaki kami..;p

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru 2011

Salam Tahun Baru..
Aktivti on 1.1.11..
Tarikh pun dah cantek kan...



Sepanjang sabtu lepas, encek suami membawa saya membeli belah barangan bayi. Wahh.. sangat seronok la beli barang2 baby nih. Suka sangat tengok baju-baju yang comel-comel. Lepas tuh fokus saiz NEWBORN.

Banyak kami belajar and explore sama bila pasal baby nih. Seronok laahh.. Encek suami pun nampak excited.. Ehehe.. So far saya dah beli..

Baju baby 3 pasang
Mitten and booties 3 pasang
Lampin baby
Mandian baby
Lotion baby
Beg untuk baby
Selimut baby
Tuala baby
Alas tilam baby
Stokin baby

And macam2 lagi la.. sangat berbaloi berbelanja di hari tersebut sebab discount gile2. Year end sale kan.. macam 50% pastuh ada lagi tampal + 10%. Hehe.. Sakan yang bubuh dalam troli..Oh.. kami shopping di Jusco Queensbay Mall, Penang. Kebetulan sda pulak Barbie Show time tuh..

After shopping, abang bawa saya ke Tapak Pesta Pulau Pinang, dkt Sg Nibong. Best jugak, banyak barang2 di jual.

Tahun 2009 pun kami ada pegi, time tuh masih dalam tunangan lagi.This time tak de beli ape pun, just makan2 junk food and,.. aku naik benda nih....



Hehe.. cayalah mak buyung.. naik menda nih ngan hubby, leh nampak semua pemandangan di tapak pesta tuh..




and sekeping dua photo posing utk tayang perut.. 34 weeks olredi..