Tuesday, December 29, 2009

sambung skit...Regarding Previous Entry..

Memanglah letih membuat urusan. Bayangkan.. *Saya orang johor dan bekerja di Sabah. En.tunang orang kedah dan bekerja di air-force Butterworth. Itu sebenarnya punca yang saya macam exausted dengan segala hal.

Time is running la konon. But anyhow, makin kami buat persiapan.. rasa macam makin jatuh cinta. Boleh macam tu..?? Gedik tak..

Kira macam makin saya rasa dia memang pilihan yang tepat. Same goes with him. Dua tahun lepas saya penah tanya Yana..

Saya: yana, ko tak letih ke urus hal2 nih..busy je aku tgk.
Yana: tak la..oklah..letih memang letih, but ko mesti rasa seronok2 jugak tau..

Aku tak paham sangat masa tu. Sekarang dah paham sikit. Bila bincang2 dengan cik abang.. Itu dah setel..Ini dah setel.. Masing2 senyum lega+puas.

Namun perjuangan masih perlu diteruskan ye.. Heheh..

Lagi dua bulan je..huhuh..

p/s-* kami berkenalan di sebuah majlis perkahwinan kawan di labuan..semasa tu en.tunang masih bertugas di base air-force situ..

Semalam besday saya..

Besday saya semalam.
28 Disember.
Mr. Fauzi bagi bunga kat saya.
Saya suka sangat.
Buat masa ini, kami sedang urus borang.
Baru saya tahu susah juga nak kawin.
Kami berdua dah beli cincin.
Saya suka cincin saya tu..cantek.
Itu saja.. Yang lain2 dah banyak jugak setel.
Saya penat+pening buat preparation.
No wonder la ramai orang mesia kawin kat siam...oppss..
Apapun saya tetap excited dan gumbira...
Tata..

Sunday, December 6, 2009

Progresssssss....

Sejak dari cuti sekolah bermula.. Aku tak berhenti nak wat persiapan. Maklumlah.. diri sendiri jadi wedding planner.

Actually aku baru lepas attend kursus perkahwinan. Lega sebab dah boleh move to next step. Boleh tahan best la jugak kursus kat kedah nih. Orang utara mesti tau kan Hasani Management. Tak boring sangat. Okay2 jela la..

Semalam pula, aku dan encik tunang dah konpem deposit dengan butik dan amik pakej for majlis bertandang. Dan jangan jeles ek.. again baju baru..ukur2 badan.. tambah RM50 saja. Caya tak?? Teruja nye.. Heheh

Butik kat sungai petani nih pon best. Memang servis mesra, aku pun selesa. Oh.. sesiapa nak alamat butik kat parit raja tuh..

DE SINGGAH BRIDAL GALLERY
No 1A, Jalan Raja 1, Taman Sri Raja,
Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor.
emel: dsinggah@gmail.com
tel:019-7199055

Mention la sket nama aku ek.. kalau gi sana.. hehe..

Dalam minggu depan aku nak urus pulak material nak wat hantaran. Jangan salah sangka pulak kata aku yang buat. Heheh.. Ibu, auntie,cousins yg tolong nanti. Aku just tunjuk gambar nak gubah mcm nih..Boleh mcm tu..? hehehe...

Oh ya, thanks to Nad and Afidah yang hantar wedding kad tu. Sorry Nad, big-day u sama dengan hari kursus i. Maaf yek..

Kadang aku rasa gelojoh sangat nak siapkan itu ini. But, memang aku gelojoh. Sebab aku cuti sebulan (cuti sekolah kan..)

Kalau boleh, aku nak senang hati bila bukak sekolah nanti, ceria je jumpa budak2. Thats y la aku pulun abis nih. Encik tunang cadang nak amik cuti seminggu tau.. Sweet kan dia..:)

Saturday, November 28, 2009

Design baju..

Dah mula jarang blogging sebab dah banyak peningkatan persiapan perkahwinan. So heppi. Lega..

Satu benda yang aku nak story sikit, bridal boutique tu nak buat baju baru untuk me and fiance waktu sanding. Without extra-payment. Best kan.. Dia yang offer. Suka sangat.

Kalau la bridal tu ada website. Memang aku promote kat sini. Tapi takde. Ini bridal yang baru bukak cawangan kat parit raja batu pahat. Main office dia kat JB. Hehe.

Plus..nampaknya butik pengantin nih pun mcm mngerti je kemahuan majlis aku.. Harap2 tepat la telahan aku nih kan..

Dua hari lepas deposit..terus dia beli kain. Cuma aku tak tahu nak mintak dia designkan mcmana..Banyak weakness part yang harus disembunyikan nih..aku pun mengoogle..heheh

Monday, November 23, 2009

Sorry..again???

Memandangkan dah bermula cuti sekolah..aku memang sangat busy nak complete kan hal-hal keja on last week. Memang tak sempat nak update blog and visit other blogs. And aku buat kesalahan besar again..and again.

For the 2nd time tau. Bukan kali pertama aku buat salah ni.. aku tak tahu apa jenis manusia la aku nih. Memang kalau diikutkan, aku patuh dijatuhkan hukuman. Tiada kompromi.

Aku dengan tanpa sedikit terperasan... boleh terlupa.. aduh.. malunya nak mengaku. Baiklah.. aku nak mengaku jugak.. sebagai pengajaran buat diri aku.. AKU LUPA BESDAY ENCIK FAUZI!!!

Kejam tak?? kejam kan. Sumpah aku tak perasan sengaja. His birthday on 20thNov-Friday. Dah hari sabtu baru aku macam bengong2 sms Fekri(adik dia), Fauzan(abg dia)..ask when his besday dan dengan harapan tak terlepas. Padahal nasi dah jadi bubur.

Aku memang tak patut kan. Dah la last year, pon lupa. Napa ye susah nak ingat. DUA PULUH NOVEMBER... DUA PULUH NOVEMBER..

Apa terjadi selepas itu???

Aku pun menyusun ayat-ayat cinta baik punye.. ikhlas lagi tulus.. mintak ampun banyak2. Huh..agak sukar pula nak memujuk encik tunang. Bukan alang-alang punya silapkan..Kalau aku, mau merajuk seminggu kot.. Tapi siries.. aku menyesal sangat..

Maafkan saya, abang...

Illustrasi Hiasan - kek tahun lepas..

Monday, November 9, 2009

tempat barang hantaran..

How about white ceramic square plate..?

Bubuh barang hantaran atas tuh, then tambah bunga beberapa kuntum bersama taburan petals sket. Ok ke??

Tak bahaya ke ek?? Kalau ganti melamine nampak sangat pulak kan..

Lepas tu, boleh guna balik as hiasan rumah kan. Wat bubuh makanan ke.. Baru multi-purpose rite..? hihihi

Sunday, November 8, 2009

Pasang balai..

Kalau orang kampung dulu-dulu panggil balai. So, nak tau meriah tak meriah majlis tuh, dorang gebang la brapa balai kena pasang. Takde beza pun dengan maksud kanopi kan.

Cuma majlis sekarang dah lebih teliti dengan susun atur interior dan kombinasi kaler untuk kanopi. Walaupun kat kampung2. Lebih lagi gabungan underlayer canopy, scallop la, banquet la, alas meja and maybe sentuhan centerpiece yang memberi the big view untuk wedding itu.

Haa.. kalau ada meja makan damai utk pengatin tu, punn mesti nak matching jugak ngan semua tuh kan.

Kalau yang ada upah wedding planner, boleh la orang itu decorate and visualize kan hiasan canopy kan. Macam aku nih, terpaksa nya mengimaginasikan canopy aku supaya boleh 'hidup'. Kalau mintak tolong encik google pun ok kan. Sana pun banyak source untuk ditirupakai.

Bagi aku, nak selamat pakai je kaler putih as main color. Pastuh jangan lebih tiga kaler.. Eleh,bakal pengantin sekarang nih kan berangan nak majlis ala-ala english theme/omputih/matsalleh. Betoi tak.. Pasal aku pun ada ter-influence gak dengan style dorang. Mcm simple but sweet je kan.

Hitam itu menawan. Boleh tahan jugak gabungan White+Black+Gold kan...



Untuk para peminat purple. Tapi centerpiece dia tinggi sangat la.. hehe



Peach. Cantik jugak kan.. Redup je mata memandang



Tu dia.. fanatik pink.. heheh



Lagi tidy kalau tak pakai banquet chair kan. Nak try kerusi mcm nih lahh...



Semua source dari Google. But ada satu website menarik nih banyak info. Macam biasa lah website omputih yek. Jom visit.. Picit je banner di bawah nih.

.

Thursday, November 5, 2009

Aku yang makin malas blogging

Inilah orang yang malas itu
Actually keadaan laptop atau bahasa kewl "lappy" milik aku nih yang sengal tak tentu masa. Memang kronik sangat dah. Sekarang nih anti-virus bukan lagi expired. Dah memang lesap, tak tau hilang mana anti-virus aku.

So nak online2 pun aku takde mood. Lebih pada kerja-kerja menaip je aku buat bila bukak laptop nih. Hmm.. aku punya mood untuk preparation pun mcm dah kureng. Boley mcm tu..??

Napa ntah.. Mungkin too much idea and tak tau mana nak mula.

Kes dia mcm nih, let say aku dah berkenan sesuatu 'subject' tu, tapi aku asyik tangguh2 nak carry on sebab takut nanti jumpa lagi yang lagi cantek. Yang lagi murah ke. Maka, aku nih kira ambil masa yang lama nak stick dengan keputusan sendiri. So apa kata you all?? Huhuh..

Kira tak boleh la nak finalize anything. Maybe last minute decision is the best kot utk orang yang berpikiran mcm aku nih.

Cuma barang hantaran je yang dah complete tuh,aku tak mau usik2. Walaupun dalam hati asyik tak tahan tgk barang2 baru nih kena 'perintah berkurung' lagi oleh tuan punya. Hahah..

teaser sket - antara barang yang aku tak tahan tu..

Saturday, October 17, 2009

Lagu yang sweet..

Lirik Malam Ini - Bo Amir Iqram

Malam ini
malam pertama kita ditemani kelembutan cahaya rembulan
perasaan indah memanggil namaku untuk menyintai mu

Malam ini
kehadiranmu membawa seribu makna baru untuk hidupku
dirimu memberi cinta yang selamanya

Suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan
dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

Malam ini
puisi yang terindah terbaca setiap saat ku bersamamu dan
kaulah puitis hatiku yang ukirkan senyuman di wajahku

Malam ini
ku serahkan segalanya untuk wanita impianku dan
bidadari dari syurga cintaku hanyalah untukmu
suaramu
bergema di hatiku
mungkin untuk selamanya dan dirimu
bertakhta di hatiku dari pandangan pertama

Malam ini
malam pertama segala hasratku adalah untuk kebahagiaanmu
perasaan dari syurga untuk sehidup semati
denganmu...


Aku pun tak pasti penyanyinya. Mungkin indie. Selalu dengar kat X-fresh.

Dengan petikan gitar yang ala acoustic during intro, itu yang buat aku makin nak investigate lirik and mp3 lagu ni. And kalau la cik abang aku dapat nyanyi lagu ini time our big day ke, memanglah amat romantis.

But, berangan je la kot. Jangan dilupa bakal hubby awak tu series plus pemalu. Nama nak nyanyi jiwang2 depan public, in your dream ye cik shareeda. Jamming ngan band sendiri tuh bolehlah kot.

Anyhow, lagu nih mmg sweet, and the lyric pun besh sangat. Suka.. ;)

Kalau sudi nak share minat itu bersama saya.. layankan lagu ni di youtube KLIK SINI

Tuesday, September 29, 2009

Tak puas raya..

Mungkin agak basi, tapi nak cerita pasal raya jugak..
Manis juga beraya dengan gelaran tunangan orang ini. Kadang tersengih kegedikan bila kena usik2 pasal kawen. Gatai noo... Huh.. bak kata omputeh.. 'cut the crap'..

Raya??? Okay-okaylah jugak. Lebih banyak melayan tetamu. Jaga nenek. Dan paling touching bila ibu asyik kata kali nih last la aku beraya as single person. Tahun akan dtg I'm Not Single dah..

Tak tahu tahun depan dapat ke salam ampun maaf ibu ayah pada pagi 1 syahwal tu. Kot-kot la kena beraya belah utara dulu. Bab itu aku tak mau fikir sangat, nanti sentap pula jiwa sensitif aku.

Seterusnya, punca saya tak lama update blog sebab... kabel kamera saya ilang. Tak ingat la simpan kat mana. So berkulat la gambar2 raya tuh dalam kamera. Silap sendiri la tak wat setting simpan gambar kat memory card. Harap2 boleh jumpa..

Wednesday, September 16, 2009

Alkisah Janda Beranak Tujuh

Sunday, September 13, 2009

Terkini tapi tak sensasi..

Eheeee... Lama gila tak update kan. Pemalas sunggoh. Nampaknya lebih sesuai tukar "cekgu yang bayek" kepada "cekgu yang malas".Okaylah.. saya bukan malas ya. Saya busy.

Lepas mengawas UPSR di sekolah pedalaman yang perlu melalui jambatan gantung ala taman negara itu, memang saya low battery+collapes setiap kali pulang rumah. Walaupun hanya 18 calon sahaja yang seat exam tersebut.

Liku-liku perjalanan amat mencabar. Percayalah..



Preparation kawen2 pun jadi pending.Lagipun dah masuk 23ramadhan. Haruslah lebih busy pasal raya2 kan.

Seperti cik naddynad, i also had to cut my budget on duit raya. Mujurlah anak sedara tak ramai. Ramai tak ramai, first come first serve lah. Boleh ke mcm tu.. Lari konsep lah aku nih.

Nak tambah sikit jugak stori kawen2, satu perkara yang boleh membuatkan aku lega, hunting for hantaran dah almost complete. Hehe.. Mana boleh complete betul sebab macam kek ke buah ke, itu takkan nak beli 6 bulan awal. Pendek akal namanya..

One more, saya ada berita gembira untuk diri saya tau..Beberapa jam lepas mengisi permohonan untuk pindah itu, i receive a call from someone yang kenal gitu-gitu je la.

Tak disangka, someone tu antara orang penting yang menguruskan pertukaran guru. He said dah terima my online application tu and mintak aku follow next procedure.

See!!, kabel datang cari aku, bukan aku yang mencari kabel. Honestly, aku tak tahu pun dia naik pangkat dah..

Syukur la jugak, dia kata cuba nak tolong, itupun kalau ada kekosongan kat area yang aku apply. Berkat doa rakan-rakan bloggers jugak kan.

Harap kalau aku stori kat sini tak kena band ke or blacklist ke kena soal siasat ke apa2 ke. Takut-takut berani juga nih..Hehe..

My flight to JB on Sept,18. Tak sabar nya..

Sunday, September 6, 2009

Exam upsr..

Gagal lagi untuk memboloskan diri. Hari-hari aku berdoa tak akan dilantik menjadi pengawas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Tapi untuk kali ke-5,(dari start keja), tetap juga nama aku dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjaga exam UPSR 2009 nih. Dapat pula sekolah tahap hulu, siap menyeberangi sungai lagi. Aduyai...

Memang la jaga exam, salah satu ke-best-an nya, dapat claim yang agak masyuk (tambahan sekolah pedalaman). Tapi aku bosan la jaga exam. Sepanjang tempoh tu, kena dok melilau..perati budak.. tak boleh buat apa.

Pastuh dah beberapa kali juga aku jadi pengawas Sijil Pelajaran Malaysia. Ini lagi bosan tahap dewata. Ada yang paper sampai 2..3 jam. Membawa sampai ke petang lagi. Tak ke bosan aku nak menunggu.

Dapat pula ketua pengawas yang cerewat. Nak baca magazine ke, newspaper ke, pon kena sound. Hampagas betul.

Guru lain yang tak kena lantik jadi pengawas, sedap-sedap berehat sepanjang tiga ari tu. Hmm.. Tak pa, sabar shareeda. Ko bayangkan je claim yang ko dapat tapi dorang tak dapat.

Kalau ada silent reader yg underage and nak ambil peksa UPSR 2009 nih, cekgu ucapkan Good Luck okey!

Saya yang menurut perintah,

(^;^)



Notakaki: Baru lepas isi permohonan pertukaran guru antara negeri. doakan saya yek.

Wednesday, September 2, 2009

Sembang pasal hantaran

"Awak, ingat nak tukar la handbag tu,nak menda lain, boley la ekk.."(dengan bunyik johorian)

"Awat nya nih, tak suka ka..??" (dengan slanga kedah yang pekat)

"Handbag tu buat utk raye boleh tak? cantik la..tak tahan nak pakai.." (dengan nada memujuk)

"Dah tu nak tukaq apa?"

"Tukar clutch boley?"

"Menatang apa clutch tu, clutch kereta saya tau la.."

"Macam purse, long purse tu, tapi mcm vougue lagi la.."

"Ohhoo,, habaq la dompet pompuan.. bulih lah.. mana2 awak.."
"Kalau mcm tuh saya pun nak tukaq la, tak mau la kasut tuh.."

"Erk.. awak nak ape?"(dada mula berombak..)

"Rayban."

Gulp..



Sporting and supportive jugak encik tunang. Dalam masa sama pandai demand. Okaylah kan, mesti ada give and take.

Lagipun kasut dan handbag tu bersaiz besar. Biarlah konsep hantaran aku kami untuk majlis nikah nanti yang kecil tapi bergaya. Kiki Lala. Wahh....

Mula meng-google image clutch. Tapi memang lawak. Try taip word 'clutch' memang keluar pasal hal clutch pedal dalam sistem kereta. Heheh.. kena adjust skit

Roberto Callivi

Dior

burberry

roberto calvalli

coach

Normally clutch selalu di bawa majlis2 tertentu. Terutama majlis ala grammy award with evening dress gitu. But kalau buat hantaran pun still sesuai tau. Contoh nya..

Credit : rose-nani.blogspot.com

Monday, August 31, 2009

Happy Birthday Malaysia.. Patriotik Lama..

First time ada gambar goyang-goyang nih.. suke..
Ini favourite song aku time sambut merdeka zaman persekolahan.. Tahun 90-an lebih kurang.. Kalau ingat mari nyanyikan bersama.. Tak tau tajuk, aku bagi tajuk sementara-

Lagu Patriotik Lama (Bukan Tajuk Sebenar)
Malaysia, Malaysia
Negara yang jaya
Malaysia, Malaysia
Bebas dan merdeka
Seluruh rakyat berpadu, bersatu
Menentang angkara murka
Kami ingin berdamai
Di antarabangsa
Dengan sorak sorai gembira
Di seluruh negara
Malaysia sudah berjaya
Aman makmur dan sentosa.

Friday, August 28, 2009

...

Where to start.. OMG, im stil in pain. yup tooth pain. Gum to swell cause by my wisdom tooth. During these four days dude, nothing i can feel except extremly painfull.

Get more hurt even to swallow my amylase enzyme ..

Apalagi nak makan. Selembik makanan pun aku tak mampu telan. Bubur pun tak sampai suku mangkuk.

Okay, DUGAAN di bulan ramadahan. Sehingga di tarik nikmat berpuasa, berbuka, makan dan minum.. tidak ketinggalan bercakap termasuk tidur. Aku amat preasure dengan keadaan semua ini.

Ubat dah berbelas biji aku telan. Doktor bilang kena tunggu bengkak itu surut. Kemudian baru boleh dioperate gigi bongsu itu. Tak boleh buat apa selain tahan sahaja kesakitan ini.

Aku dah cuba pelbagai petua..
-kumur air garam
-sapu asam jawa di pipi
-letak/kunyak cengkih
-tampal koyok
-bungkus ice cube dengan tisu dan tekap

Jelasnya, ini kali pertama aku sakit gigi sebegini teruk. Aku tak penah ada gigi berlubang. Aku tak penah cabut gigi di dental clinic. Pernah juga bengkak gusi, tapi kurang 24 jam. Telan ubat baiklah terus. Hanya ke dentist untuk scalling.

Orang kata sakit gigi no.3 paling sakit di dunia.
Orang kata ada tiga penyakit yang paling menyakitkan dalam dunia..
i- Sakit ketika dicabut nyawa
ii- Sakit ketika melahirkan anak
iii- Sakit gigi

Orang kata lagi, kadang-kala musibah yang menimpa itu mungkin adalah balasan bagi perbuatan kita yang lalu. Kesilapan yang lalu. Dosa yang lalu. Slalu kan dengar orang kata 'Tuhan bayar CASH'.

Dan,orang kata lagi, bila kita diuji, diturunkan penyakit dari ALLAH S.W.T berarti Dia sedang menguji hambanya. DIA mengingatkan kita untuk mengingati DIA. Aku redha..

Wednesday, August 26, 2009

DIY your shoes..

Ini hasil design DIY shoes aku.. Caya tak..?

Ok, aku tipu saja. Aku main (blh ka main?) benda ni di NinaShoes. Syok juga.. Try la..



notakaki - gigi masih sakit.. auuchh..

Tuesday, August 25, 2009

Sakitnya..



Hari nih saya tak dapat puasa. Kesakitan yang teramat sangat.

Saya sakit gigi.

Mula-mula rasa rugi, tak mau bukak puasa. Tapi memandangkan kesakitan yang menusuk-nusuk, saya terpaksa makan ubat.

Sedih. Masih rasa sakit lagi. Aduh.. Tolong..

Monday, August 24, 2009

Monogram Invitation Card

A monogram is a motif made by overlapping or combining two or more letters or other graphemes to form one symbol.-Source-

Adore this kinda design and i also want to implement it on my invitation wedding card. Terlalu layan Martha Stewart punya pasal.

Nampak simple saja.Seperti kad undangan catriona ross nih.



So, our initials are S & F.. Tapi aku suka lagi F & S sebab kalau F dulu lagi cun kot.

Eh, mana boleh kan, mestilah nama perempuan dulu sebab ini majlis pihak perempuan. Alahai,aku nih pun, itu pun nak jadi isu.

Satu question mark muncul , kenapa ya kad jenis ini kadang much more expensive dari kad-kad yg full color and design tuh..

Happy School Holiday To Me.. hihihi

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadahan..



Selamat Menunaikan Ibadah PUASA...



Thursday, August 20, 2009

Gedik in da house..

Sepanjang minggu ni ada ujian satu sekolah. So, sambil jaga test , aku round la sekeliling kelas. Kemudian mata tertumpu pada english corner kat belakang kelas.

Hmm.. Divider kelas pon playwood lusuh saja. Bukan dinding konkrit ya.

Jadi..
Anda klasifikasikan tahap ke-gedik-an saya apabila boleh terlintas nak snap gambar ini

Current Mood : Syok sendiri.. heheh


Kalau rajin nak jawab soklan tu pun bulih juga..

Wednesday, August 19, 2009

Panorama- Babagon Dam









Aku mencapture gambr ini pada Saturday August,15 2009. Ini ialah Empangan Babagon. Water supply for entire KK city.

Situated not far from my working place.After 5 tahun mengajar baru la aku berkesempatan ke babagon dam yang hanya beberapa meter saja jauhnya. Kebetulan masa ni ada pertandingan memancing.

First thing kepala otak aku pikir apabila nampak kawasan ni "cun nya kalau buat outdoor shoot kat sini". Hehe..

Melalui wikimapia pun boleh nampak empangan ini dan kalau scroll bawah sikit boleh jumpa sekolah aku.
Di sini lah tempat permainan murid-murid aku.

Tuesday, August 18, 2009

Ini Assignment Saya

Tajuk assignment : Cari picha yang berkaitan dengan kaler tema.
Bibliografi: En.Google

Sendiri bagi assignment pada diri. Hehehe


Tukang periksa dan komen : Bloggers sekalian.. ;)

Sunday, August 16, 2009

Work in Progress


Boleh ke dibanggakan.Banyak kuntum dah aku hasilkan. Purpose DIY: still kabur lagi. Mungkin juga sekadar isi masa lapang. Mungkin juga selit di hantaran. Konon nak buat pomander ball tu.

Kadang-kadang aku risau kalau aku nih hanya hangat-hangat tahi chicken. Beria men-DIY lepas tu terhenti di tengah jalan. Maklumlah, kalau dah banyak + penat = malas.

Tolong serapkan semangat bakal pengantin pada saya boleh tak? Tolong kritik juga.

About door gift aku ada jugak planning. Bersedia la anak murid sekalian. Akan aku kerah tenaga kamu menggunting dan membina favour boxes selepas UPSR nanti. Bila lagi nak balas jasa cikgu bayek nih kan..?

Just simple triangle gift box. Contoh seperti di bawah. Cuma perlu sedikit deko lagi la kan.

Peringatan: ini sekadar percubaan sahaja. Jangan meletakkan harapan tinggi akan bertemu contoh-contoh DIY ini di wedding saya. Again, maybe sekadar warm-warm chicken shit.

Wednesday, August 12, 2009

Blogger Boy..

Thursday 8tv 9.30pm
or
Catch up TV at www.8tv.com.my

Try lah tengok, dijamin takkan menyesal.. sangat besh.. ;p


*ikhlas dari saya yang addicted

Voucher to be given away..


I received from my friend last months. Dont know what to do lah with these 10 pieces of vouchers. Hotel nih 4 or 5 star kot.

Normal rate around RM150 above. But this voucher entitled you to spend 2 days and 1 night only at RM98.00.Package is valid until December 31,2009.

Sesuai lah sesiapa nak berhoneymmon kat KK kan. Hotel is situated at One Borneo. The largest hypermall in borneo.

This voucher includes discount makan kat restoran and shopping discount juga. Berbaloi kan..

Monday, August 10, 2009

Outfit Sanding

Saya berangan sangat nak pakai baju sanding, yang labuh tu. Layah panjang. Reason; saya nak cover bumper yang agak plus size nih.

Huhuhu.. Memang saya risau sangat bab tu. Saya pun tambah runsing bila ada beberapa akak sepupu yang tegur kenapa sy nampak makin tembam dan berisi baru-baru ini.

Soalan yang mengerikan bagi bakal pengantin kan. Silap sendiri jugak makan tak hengat donia. Hmm.. hopefully pemilihan baju panjang dan labuh sebegini dapat membantu.

Ke nampak sarat sangat ya??