Sunday, March 7, 2010

Semakin Hampir..

7 Hari Lagi..

Kawin kemudian pindah. Itu biasa.
Pindah kemudian kawin. Itu luar biasa sikitlah.

Aku baru selesai berhempas pulas mengemas. Memandangkan aku akan terus tinggal bersama suami selepas bernikah, maka aku harus pack all my belongings, cleaning out my closet also my vehicle untuk dihantar melalui kapal laut menuju Pulau Pinang.

Sangat meletihkan.. Bayangkan seminggu nak kawin aku boleh gagah lagi packing2 semua ini. Rasa macam superwoman lah pulak..

aku tak tahu apa respon encek pojie bila nampak koleksi kasut ni..
kotak-kotak yang dipenuhi harta karun aku
lepas tuh, susun-susun dalam kereta nak hantar shipping company inilah company tersebut
Lebih kurang 2 minggu lebih baru barang-barang dan kenderaan aku akan tiba di Penang.. So just nice la lepas majlis di kedah kan..hopefully semua akan sampai dengan selamat.

Back to my Upcoming Big Day stories..
Everything going well. Semuanya cun saja. Makcik-makcik terbaik ada yang telah pulang ke kampung nak bantu persiapan. Macam tu jugak jiran-jiran berdekatan. Glad to hear and so thankful.

Aku akan fly ke johor pada 10hb ini.


dan.. aku TAK mampu mengulas lebih lanjut..

Friday, March 5, 2010

Berdoa Untuk Kebaikan...

9 days to go..
Bukan saya saja. Jaminan untuk semua bakal pengantin, anda pasti diajukan soalan-soalan seperti ini..

- apa perasaan ko skrg, semua dah siap ke..
- takut tak nak kawen..
- camne feeling nak kawen, mesti cuak kan..
- eh, tak nebes ke nak kawen nih..

Memang saya tak terjawab.

Ok, tipu saja, mestilah saya jawab. Takkan nak buat dek je kan. Tapi lepas bagi jawapan, saya selalu menghela nafas panjang. Macam nak release kan otak yang berfikir beberapa saat selepas memberi jawapan.

Yang terbaik bagi saya masa ini, hanya la berdoa. Berdoa untuk kebaikan. Lepas tu bertawakal setelah habisan berusaha dan berkerja keras untuk hari bersejarah itu.

Lepas itu confirm kerat jari punya la.. sure ada suara-suara sinis sebelum, semasa dan selepas majlis itu kan. Biarkan la.. Jangan ambil hati.

Sebab kalau diikutkan sekarang ini pun, dari pelbagai sudut pandang saya terdengar kata-kata itu. Tak la banyak mana, yang penting ada.

Jadi, balik pada main point. Berdoa saja la. Semoga semua yang dirancang, direstui dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Wednesday, March 3, 2010

Jemputan untuk Northern Region..



Ini majlis sebelah encik tunang. A week after mine. Saya tak rasa saya sempat mengirimkan kad undangan bagi majlis sebelah kedah ni.



So saya sertakan juga peta rumah bakal suami saya itu. Bloggers from northern region dijemput hadir ke majlis bertandang saya ya. (dah mintak izin pojie dah) Tema di sebelah sana biru turqoise.



Yang mengujakan pelamin, hiasan bilik, dan semuanya adalah semata-mata DIY from Pojie little sister; Liza. Memang berbakat besar Liza nih. Boleh la tuntut ilmu lepas ni. Saya cuma sewa baju, make-up sahaja. Sudi lah datang ya.. ;)

notakaki: Entry sekarang pendek-pendek je ni. Masa dah nak time.. Heheh

Tuesday, March 2, 2010

In rush..

Aku macam nak gile urus forwading kereta and barang aku ke semenajung. Payah and sangat banyak dokumen perlu di selesaikan. Terlalu banyak ok. Sampai aku skip lunch hari ni sebab nak kejar time ke sana sini.

Siriyes. Letih gila.
Tolong!!!! Tolong binakan jambatan dari sabah ke semenajung boleh tak???

Struggle beb..

I'm back. Okay, semalam kali terakhir aku berjumpa dengan encik tunang. Why..? Because after this i will meet him as MY HUSBAND. WHoooaaA..
Menyeramkan laa..(bebetul buat aku nervous bila terfikir)

Misi utama aku sewaktu di penang sukses.
1- Report duty at new school
2- Fitting outfit for bertandang
3- Cari rumah sewa

Misi 1.
Aku sangat gabra nak jumpa GURU BESAR (GB) sekolah baru aku tu. Sekolah terletak di area bayan lepas. Aku so gabra sebab nak mintak tangguh mula bertugas atas alasan nak setel kan urusan pindah barang dari sabah. Padahal aku nak KAHWEN.. But, syukurnya GB tu agak sporting. Takde hal pun and bagi aku release approximately 2-3 weeks. Best tak..

Misi 2
Ok, ini agak sentap. Baju bertandang aku agak tak selesa la. Macam bukan ambik ukuran badan aku je. Lepas tu a bit seksi. Dah lari sikit dari design asal aku nak. Alternatif; terpaksa cari inner turtle neck ye. Itu pun kalau sempat cari. Bengang betul la.

Misi 3
Aku dah encik tunang dah sepakat nak menetap di seberang jaya. Kira in between from our work place. So takda la drama hantar-jemput ke tempat kerja sebab arah bertentangan. Tsk.. However, rumah sewa agak banyak kat sana. Banyak juga yang kami jumpa dalam bajet. Aku serahkan encik tunang nak confirm mana satu, and i noticed he very the excited okay time hunting rumah sewa. Heheh.. Dah ada ciri family man nih.. *wink