Wednesday, April 27, 2011

Perkembangan Zaim 2 bulan

Zaim makin handsome..
Hehehe..

Okaylah.. semua ibu mesti rasa baby dia comel and makin comel..
Sama la mcm zaim.. sangat comel..

pandai dah main buih kat mulut.. so kena pakaikan bib sbb habis basah baju zaim..
pandai dah hisap jari..chot..chot bunyi.. so tak boleh pakai mitten lg..
pandai dah tendang2,makin kuat dah kaki zaim. time mandi habis terpercik air..
pandai dah tarik2 baju ibu time menyusu.. tarik rantai ibu.. tarik rambut ibu...
pandai dah tengok ibu time menyusu..mata zaim besar.. klu lawan kelip mata sure ibu kalah..
pandai dah buat mcm2 bunyi.. ahuuu..hmmmm..aaauuuu... cute sgt dengan suara kecil zaim tu..
pandai dah tgk tv, kalau nak ambik gambar, pandai tgk lense okayyy..cerdiknya zaim...

banyak dah progress anak aku nih.. and happy bila tengok zaim explore new things day by day..

I Love You So STRONG Ammar Zaim..

Hasben jatuh tempat ke-2.. Ekekeke..

Saturday, April 23, 2011

Kongsi moments yg tak boleh lupa

Nak flash-back beberapa moments yg aku benar2 teringat time nak bersalin tu..

- Bila dah admit wad, start kontraksi ptg2, aku sms abang tanya apa doa nabi yunus dlm perut ikan..sbb itu doa yg orang nasihatkan baca semasa menahan sakit. mmg berkesan, rasa sakit berkurangan...
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

-Sepanjang malam, aku tak tidur sbb sakit, aku ber'sms' je dengan abg, sampai pukul 2-3 pagi.. dan kami bersms pasal perasaan gitu.. pasal ilapbeu la..pasal cayang2.. abg nak bg aku kuat.. nak aku bertahan demi anak yang bakal dilahirkan.. huhu..

-Before ke labour room, aku sms abang suruh datang. tapi tak sempat jumpa, aku dah ditolak ke wad bersalin.. time tu baru kul 10 pagi..

-Dlm wad brsalin, aku makin sakit sebenarnya, nurse bg semangat.. "kita nak bersalin nih kena ikhlas dik,nak lahirkan satu nyawa kan.. insyallah dipermudahkan..jgn fikir sakit tu ya.." aku ingat kata2 nurse tu.

-Sambil menahan sakit, aku set dalam otak.."ya allah, aku nak jumpa anak, nak jumpa anak ibu.." dan ulang2 baca doa La illaha illa anta...

Lepas bersalin:

-Pukul 4 lebih baru kluar labour room.. lama kan, padahal bersalin pukul 12.37 pm. Bila keluar, nampak abang dah tunggu. Ya allah, rupanya dari pukul 10 pagi tu abang tunggu sampai pukul 4 petang.. setianya abang fauzi aku nih..

-Abang nampak ceria dan sangat-sangat teruja tengok anak kami. And itulah wajah abang paling gembira aku tengok, mengalahkan gembira time kami bernikah dulu.. Series beb.. sangat-sangat lahhh heppinya abang time tu..

itu la a few moments yang aku tak akan lupa.. pengalaman indah dalam hidup.. bahagia dan nikmatnya bergelar ibu ni tak tergambar dengan kata-kata.. Syukran ya Allah..

Tuesday, April 19, 2011

Baru nak cerita pengalaman bersalin..

22 Febuari 2011

Pukul 6.00 pagi aku rasa basah, masa terkencing time tido. Pegi toilet tgk spender jernih je. Then blm sempat masuk bilik, kluar lagi air jernih. Nerbes la pulak. Tgk air kat lantai tu macam air biasa, tapi kluar tak banyak, org kata air ketuban macam air paip laju dia kluar. Pakai maternity pad then trus on internet search "air ketuban". Sempat lagi tu. Tiba-tiba time online, kluar lagi air, kali nih banyak, and basah sofa tu. Hmm.. aku masuk bilik, kejut abang. Abang kata nak pegi hospital tak. Aku kata tunggu siang sikit. Aku tak leh tido, takut katil basah and air kejap2 keluar dalam kuantiti yang banyak. Keje salin pad je.
Pukul 9 pagi bangun, breakfast then pegi hospital.

Check bukaan, baru 1cm. Uikkss.. air yang kluar tu konpem air ketuban nurse cakap.
Bila petang2 time aku kat wad, perut mula rasa kontraksi yang kuat. Waah, baru tahu apa itu kontraksi. Kuatnya sakit tu. Aku check time, every 5 minutes mmg sakit tuh datang.. So dah malam sikit, aku minta nurse check bukaan. Baru 2cm kata dia, Aduh, lamanya..
Sepanjang malam aku tak tido, sampai la ke pagi. Menahan sakit kontraksi. Huhuhu


23 Febuari 2011

Lebih kurang pukul 9 pagi, nurse datang, tanya napa tak mintak check bukaan. Aku kata rasa mcm tak sakit kat bawah, sakit perut je. Nurse pun ajak pegi check. Wahh.. dah 4 cm. Boleh pegi labour room dah.. Haa?? aduh, nak bersalin dah ke, aku makin nebes.
10 pagi lebih, aku ditolak ke labour room. Sambil menahan kontraksi, nurse urut belakang badan aku, aku mengiring ke kiri masa tu.. Tiba2 pukul 12 lebih.. aku kata, "saya rasa nak push dah nih". Nurse panggil doctor, doctor check.. okey dah bukak jalan.. Semua nurse kelam-kabut siapkan barang2 sbb aku kata tak tahan nak teran sangat. Then, push kuat2 12.37pm aku dengar.. Uwekkkkk.. Yeah, selamat sudah. Nurse lap2 baby and letak atas badan aku. Aku tengok baby yang sangat comel tu and cakap "Assalamualaikum anak ibu..."

Syukur...


Time melawat petang abang belikan muay sup @ sup bubur


My baby boy, sangat comelll..muahhhsss


Me with my baby.. Time nih badan sangat lah lemah. huhu


Hubby yang teruja, masuk bilik terus dukung baby. Lahir2 je mata baby dah bukak luas


Abang fauzi menukar pampers baby.. I love you abang!


Apapun pengalaman setiap orang berbeza-beza. Jangan jadikan pengalaman aku ini yang bakal korang rasa. Terima sebagai pengetahuan je. Ada orang senang nak bersalin, ada orang susah. Kalau aku, aku rasa aku agak mudah jugak nak bersalin. Mengandung pun takde teruk alahan, bersalin pun sakit macam kebanyakkan orang kot. Cuma PANTANG, horror gilerr.. Huaarghh, tak sanggup pantang, collapsed trus aku...

Saturday, April 9, 2011

Baju Tunang/Nikah untuk disewa

Sesuai untuk majlis tunang/nikah..
Sepasang baju lelaki dan perempuan
Kurung moden beaded
Warna Kuning air
sms only: 019-4648528 for info