Thursday, December 30, 2010

Sedang sarat..

Huh.. dah masuk 33 minggu..
baru pegi check up yesterday..
tapi perut i nih kecik skit kot..
tinggi rahim 31 minggu saje..
but nurse kata ok, semua takda masalah..

Situasi i sekarang.. my tummy selalu keras2..
bila baby gerak2.. tendang2.. moving2..
aduhh.. memang aktif.. gerakan baby pun sangat mantap..
syukurlahh.. baby sihat..

Cuma bila malam tiba..
baby makin aktif.. i selalu susah nak tidur..
next week dah mula buka sekolah..
harus tidur awal..
ntah la.. sekarang nih pun tidur kurang nyenyak...
asyik2 terjaga bila baby gerak kuat
tulang pinggang and all my back bones sangatlahhhh sakit..
rasa lenguh, rasa sengal, rasa mcm baru lepas pikul barang...
betul2 sakit..

Apapun, i still gagahkan diri buat semua keja selagi mampu..
memang i ngaku i paksakan diri i..
masak, basuh, kemas rumah.. etc..
tak sanggup terbaring sja walaupun sakit..
nanti rasa bersalah pulak..

Okaylah. itu sja..

Monday, December 20, 2010

Postnatal Care Set

credit: Hysha'blog


Untuk persedian set lepas bersalin aka berpantang..my MIL rekemen kan Amway set nih.. And i pun buat la research sejauh mana produk nih bagus dan baik utk ibu2 yang sedang berpantang.

After searching.. okay la.. banyak yg bagi good feedback. And dorang suggestkan juga product nih bcoz tak de jamu2 sbb semuanya dlm bentuk kapsul...
Okay, konpem nak nih jugaaakk..

Refer dari dorang..a few good feedback itu

The Bella'Blog
Simply Aish Blog

Yang nih testimonial pelanggan yang pakai...
Tropicalherbs42 Blog

Monday, December 13, 2010

Baju Mengandung Saya...

30 weeks daaa..


Belum beli sebarang barang bayi. Hmm.. Abang dah beberapa kali ajak pergi, tapi aku asyik tangguhkan. Mungkin aku lagi exaited nak beli baju preggy. Maklumlah, perut baru agak kelihatan.. Memang semangat sangat la nak beli baju2 dress or shirt yang sesuai.

Hm.. kawan encek pojie ada bgtau, kalau nak beli barang bayi, beli yang asas dulu. Macam diapers, botol, pam, baju, brg mandi bayi.

Jangan membazir beli macam2, dia cerita masa 1st baby dia dulu, mmg exaited beli segala barang. Last2, banyak yang tak pakai. Membazir la pulak. So, member tuh nasihatkan beli sikit2, bila perlu, baru beli lagi. Boleh pakai ke suggestion tuh..??

Ohh..nak share beberapa dress yang dah saya beli. Beerangan nak pakai bila bukak sekolah tahun depan.. Awww.. bestnye, dah boleh pakai baju itu pegi keje.. Sukaaa sangat....

Dah tangkap lima helai...


Ready to be hang inside my closet.. hihihi


Testing and seterusnya merasmikan baju ini...


During my hubby's pren punya wedding, tgk pengantin pompuan tuh.. comey kan..

Saturday, December 4, 2010

It's A Boy

Well.. after 28weeks baru doc confirm kan baby boy..
Pelik kan.. biasa baby boy senang nak nampak..
Tapi dah banyak kali scan, baby asyik tunjuk belakang badan dia..dats y la tak boleh nak confirmkan lagi..
Yang paling heppi sure la my hubby..
Siap berangan nak ajar our baby boy main football..and membawa MALAYSIA menyertai WORLD CUP suatu hari nanti.. Tingginya cita-cita cik abang aku nih..
Apapun aku redha, boy or girl as along baby sihat..
Ahaaa.. dah boleh shortlist kan nama kan.. Hihihi

Tuesday, November 30, 2010

Kisah naik flight..

Harap-harap takde la pramugara/ri Air Asia jadi follower atau silent reader ek.. heheh..

Last week 24th Nov, aku travel pegi Sabah alone. Time tuh dah baby dalam tummy 28th weeks olredi. Tapi aku bitau baru 23th weeks, sbb kan, dulu aku penah tanya orang AirAsia, dia kata 28th weeks above kena ada surat doktor.

Kebetulan a day before tuh, aku pegi chekup perut. Masa tanya doktor, boleh doktor tu kata tak nak keluarkan surat sbb tak nak tanggung risiko. "awak dah 7 bulan, kalau mengandung nih apa-apa pun blh jadi.." Geram nye aku.

But, tu hak doc tu kan. Takkan aku nak bantah pulak.

SO dats y la aku kelentong kata baru 23th weeks masa kat kaunter chek in tu. Then next week aku nak fly back to Penang. So kandungan dah masuk 30th weeks. Aku tak sure nak mintak surat doktor ke camne. Perut agak besar jugak. Dah boleh pakai dress preggy tu.

Then member2 ramai kata, perut je naik, body menten je. Huh..harap-harap aku tak payah la berusaha teruk nak diet lepas deliver nanti.

Baby aku makin active skrang nih, suka betul gerak-gerak and kicking ibu dia.. hihi.. sweet nye....

Thursday, October 21, 2010

Karnival Pengantin..

Huhuh.. entry pendek. Entah kenapa malas atau busy nak memblog sejak akhir2. But, memang banyaakkk story nak share. Recently, my baby makin active. Kicking and moving dalam peyot ibu dia. Lebih2 lagi kalau terhimpit.

Situasi terhimpit, mcm time menulis,makan, duduk yang agak tunduk.. dia sibuk nak gerak kat dalam, baby nak ibu duduk tersandarrrr je. Hehehe.. Nak selesa kot.. Apapun ini ada info karnival pengantin. Check it out the info dalam poster berikut okay..

Monday, October 11, 2010

Mood boring..

Hmm.. seriously aku dlm mood boring. Hari nih abg balik keja lambat lagi. Ada night flying. Aku pun tak berapa nak faham kerja abg. Ada on-call, ada standby, night flying, persop.. etc. Abg fauzi kerja di base TUDM Butterworth.. kira hubby aku nih technician aircraft kat ctu. Jadi ada terkadang abg balik sampai pukul 8..9.. malam. Dah la aku nih kerja sekerat hari je. Kul 2 lebih dah sampai umah. So being alone at home sangat lah membosankan okay.. Huhuhu.. Kadang-kadang kena busykan diri, konon2 basuh2 baju, kemas2 almari, vacum2 rumah. Tapi bila dah siap, jadi boring balik.. Aduhai.. Cuma bukan la sepanjang masa abg fauzi pack dngn jadual keja. Ada la musim2 tertentu. Harap2 dah ada baby nanti blh la hilang bosan ibu dia nih, Heheh..

Sunday, October 3, 2010

Tayang Perut..

Have some picture to share with here. My tummy dah makin besar tau. Suka usap2 perut sendiri. Ooo.. these pictures took while we spend a holiday at Bukit Merah LakeTown Resort, Perak last week.

The room is quite big for both of us. Kira nak duduk 5...6 orang pun okay. I book via the official website. And it is more cheaper. Kalau tak 200++.. Tapi i bayar RM94.50 only for on night. Jimat kan..but exclusive the breakfast lah.. Other than that, semua best.

Let see my tummy..

ini pandangan depan. but kurang nampak kan. ada dah kot bulat2 skit.. kan??
okay. side profile pulak. kehkehkeh.. kan, dah terbentuk perut ku yang buyung..
close-up sikit.. tadaaa.. suke nye.. i pregnant beb.. i gonna be mummy soon.. ahaks..
alahai.. sementara i sibuk klik2 gambar perut, cik abang i, sedang busy membancuh kopi untuk dirinya..
wah.. nampak ensem hubby i. mmg ensem pun.. kiss sket.. muahhss.
pose nih bulih buat iklan kopi.. kopi jantan..tongkat ali.. radix.. ke kopi janda.. hihih
ini lah kami berdua. hehe..


Next, i akan upload picture time kat bukit merah nih pulak k. Memang best holiday kat cni. Highly recommended. But if u all nih suka aktiviti yang sikit adventure and exploring laa.. Sbb itu yang byk terdpt kat cni..

Tuesday, September 28, 2010

Sabah trip..

Kali ini, nak tempek gambar je. Rasanya dah lama tak bubuh muka sendiri. Nak share sedikit gambar kami, waktu pi jalan2 kat sabah bulan 8 ari tuh..
Pokok-pokok dijual di Gaya Street
Ikan laga pun ade... mcm2 kaler..
Eheh..agak2 topi nih sesuai nak pakai kat mane ek??
She sells seashells at the sea shore.. ;p
Abang Pojie posing at entrance Gaya Street
Me pulak posing. Tapi time tu tak kena, ada pulak apek cina enterframe
Pantai Tanjung Aru..

Thursday, September 23, 2010

Maternity Jeans..

Lately, ape je aku pakai skrg.. Semua mcm uncomfort la.. I mean yg half bottom punya part. Memang kena beli seluar yang sesuai kan.. Ingat nak beli baju preggy mummy tapi perut kecik lagik. Baru 4 bulan.. Aku nih dah la spesis sekeping je, so tak berapa nampak la tummy tuh.. The slight bump is there but not that visible yet *I think*. Tiba-tiba jumpa pulak jeans yg direka khas untuk pgeggy mummy nih.. Aduh,, nampak best je kalau pakai.. But still blh bergaya kan..

Wednesday, September 22, 2010

Mitos-mitos jantina baby ku

Hmm.. lamanya tak menaip. Tak terlambat kot nak wish Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua pengunjung blog aku nih.

Start jumaat lepas (17/9) aku dah mula kerja semula. Setelah cuti skolah yg panjang selama 2 minggu. Besh gile and aku sesungguhnya tak puas nak raya.. Series nih.. Mengalahkan budak2.. buat malu je kalau anak murid tahu.

Tapi sabtu aku dilanda 'mabuk'. Aduh, entah kenapa bangun pagi kepala macam baru lepas diketuk dengan objek tumpul. Lepas tu pening, muka pucat macam zombie. Perut pula rasa cramping. ari-ari rasa ngilu.

Tak tahan dengan situasi tuh, aku pun ajak hubby pegi klinik. Nak check ape tak kena. Like always, doc kata biasa la.. alahan mengandung la tuh. Siap penegasan lagi.. "Sangat biasa tu.."

Ceh. aku pun mintak scan nak tengok pen-development baby comel aku nih.. Tadaa.. baby aku maluuu..

Mula-mula baby dalam kedudukan melintang. Macam landing bayek punya.. kepala belah kanan perut aku.. Lepas tuh doc bagitau, ni kepala, jantung, badan , kaki.. Tiba-tiba baby tuh pusing baik punye time doc nak ukur kaki dia. Isk.. geli kot.

Lepas tu dia tayang belakang badan dia macam dlm gambar scan tuh. Aku gelak pulak..Abg pojie pun suke first time dia nampak scan and movement baby tuh. Doc kata baby tgh aktif nih, pasal tuh kot aku rasa ngilu, senak and tak selesa kat perut.

Bila tanya jantina, doc kata tak leh tahu lagi. Cuma ada jugak terdetik dalam naluri nih.. baby boy kot. Entahlah.. banyak sangat mitos2 orang pasal baby aku..

1- jiran sebelah rumah ada baby pompuan umur 2 tahun. Asal aku balik keje je,jiran tomey aku nih akan keluar dan ajak aku sembang bahasa alam dia yang hanya dia je paham. hehheh.. mak dia kata, 'pompuan kot baby kamu nih, sbb tuh anak akak nak kawan'

2- kazen aku baru je melahirkan baby, dah masuk 2 bulan.. lepas tuh dia saja suruh aku dukung tengok baby heppy ke tak. then, baby tuh gelak2. "haa.. lelaki la tuh, baby pompuan kalau suka kat ibu mengandung mesti baby dlm perut tuh lelaki, macam attraction la.." pulak dahhh

3- another kazen pulak.. kata aku agak lesu, selebet je sbb anak dalam perut tuh lelaki, puncanya ibu dah puas berhias,, pasal tuh masa pregnant nampak selekeh je.

4- member kat skolah kata, aku nampak lesu jugak, so anak dalam perut tuh pompuan.. sbbnye, beby pompuan dah amik seri ibu dia.. aduyai...

Macam-macam kan... tak tahu lah masa tuh yang betul. Aku pun tak kisah boboy atau gegirl. Janji dia sihat dan selamat... Amin..

Thursday, August 26, 2010

Dilema raya

Hmm.. dah paham2 la kan. 1st time in life nak raya dua tempat. Bukan alang-alang pulak tu. Sorang kedah, sorang johor. Bayangkan mcamana nak ejas.

Isu pertama - Abg poji tak dapat cuti raya. Kena standby..20/9 baru dpt cuti,,
Isu kedua - MIL suruh bg aku balik raya sorang, dia sporting je,,plus kesianlah kat aku jarang jumpa mak ayah kan..
Isu ketiga - Aku berbelah bahagi nak balik raya sorang ke camne.. nak tunggu abg Poji memang tak leh la, sbb skolah dah start 17hb. Dia lak start cuti 20hb.
Isu keempat - Ibu aku tak bagi balik dulu, balik la raya kedua ke, ketiga ke.. padahal raya pertama, abg poji KEJE.. apa kes aku dok umah sorang2 di pagi syahwal yang syahdu itu..
Isu kelima- Nenek kat kampung pun dah tanya berkali-kali bila aku nak balik raya nanti. Sumpahh.. tak tipu punya...aku adalah cucu kesayangan nenek..

Sampai sekrang blm buat keputusan muktamad.

Tuesday, August 17, 2010

Puasa tidak jejas ibu mengandung.

Ahad lepas, lepas bukak puasa. Aku tengok Buletin Utama TV3. Yeeppp.. Dorang wat cover tajuk nih. Aku yang excited lebih. Sebab kajian yang dibuat nih termasuklah saintis luar negara yang menyatakan Puasa Tidak Jejas Ibu Mengandung.. macam aku lah tu! Heheh.. memang tidak menafikan so far aku boleh berpuasa. Takde alahan sangat. Dapat bertahan. Seronok sangat. Alhamdulillah..

Kandungan dah masuk 14 minggu.. Hm... aku rasa aku punya jalan pun dah lain macam la. Ekekeke... Tak tahu la perasaan aku sendiri ke.tapi bila berjalan rasa mcm badan and perut ke depan sikit. Hahaha..

My Hubby.. hehe.. hubby every day akan usap perut aku. Dia dok sembang la konon ngan baby in my tummy nih. Saja pre-test supaya baby nih nanti dah keluar dia kenal suara ayah dia.. Cewahh..

Oh ya.. aku dah mula minum susu ENFAMAMA.. Mahal gak, RM53.80 harga dia. Aku beli perisa coklat. Sedap la jugak.. So sebelum tido aku akan minum. And every time after sahur aku makan pil acid folic tu.
Source - Ceeramoon


Ohh.. Bercerita mengenai bukak puasa pula..Memandangkan tekak still takleh terima nasi. Aku makan la macam mee, mihun or kuey tiow. Semalam aku masak Kuey Tiow Ladna. Perghh.. Sedap nye.. Sendiri angkat bakul nih. Itu pun masak tanpa taste sbb puasa kan. Pun sedapp.. Hubby kata.. "pas nih ayang masak pejam mata je la.." heheheh..

Thursday, August 12, 2010

Dah nampak dah..

Salam.. ini my 1st scan. Hehe.. on 13 weeks...
saya check isnin lepas...
Alahai.. comeynye my angel..



dDh nampak kan kedudukan my angel..
Cute sangat.. heheh..lepas tu my angel sangat baik tau. Dia faham ibu dia puasa. Dia tak de meragam. Tak wat hal. Tak wat ibu pening. Tak wat ibu muntah.. Baiknya anak ibu ni..

My angel.. sampai 30 ramadhan kita puasa sama2 ye. Cayang dia... Muahhss..

Wednesday, August 11, 2010

Bagaimana sahur anda tadi?

Hehe..

Pagi td saya bangun awal gile. Pukul 4.15 pagi. Awal la kot pada saya. Saya tengok dapur umah orang lain semua gelap lagi. Hehehe.. Pengalaman saya yang pertama nih. Bangun awal pagi sebagai seorang isteri yang akan masak untuk suami untuk bersahur. Harus la excited kan..

Saya masak nasi goreng ayam je. Goreng telur. Buat air milo. Sedapnye bersahur pagi tadi bersama suami tersayang di sisi.

Walaupun ada baby dalam perut. Saya nak berusaha puasa. Harap-harap dapat penuh tahun ini. Sangat seronok kan. Tapi kalau tak mampu, saya redha. Kesihatan kandungan pun kena jaga kan.

Entah apa saya nak masak berbuka puasa nanti. Saya nih tak reti nak masak kalau tak boleh taste masakan tu. Amatur lagi..Macamana ye.. Try je la nanti. Tak pun beli je kat bazar. Abg pojie mesti paham kan. Nak text abg pojie dulu.. tata..

Friday, July 30, 2010

Rajin nye update...

Hari nih rasa rajin pulak nak update lagi. Bila baca-baca-baca semua older posting aku kat blog nih, tiba-tiba teringat betapa rajinnye zaman anak dara tu. Excited tak hengat nak kawin punya pasal..buat blog la.. stori preparation bagai.. Kemain lagik kan.. Heheh..

Bila kenang balik..rindunye zaman all the kecoh, the haru-biru, the carcamarba.. Aku rasa sangat power dapat meng-absord engergy ntah dari planet zargus mana waktu organize wedding sendiri.



And now.. dah sampai masa aku pulak kena penyakit 'buatan orang' nih. Eseh, buat saspen, buatan suami la.. pregnant la katakan.

Okaylah, saya ada soalan penting la untuk mummy to be di luar sana, kira tanya pendapat.

1. Pada minggu ke berapa anda semua membuat kad merah (kad ibu mengandung tu laa)
2. Nak jumpa bahagian mana, tanya ape, bagitau ape..?
3. Itu saje.. Plz..Plz..Plz.. kamu jgan nakal..ehh... Plz tolng jawab la eh

Thursday, July 29, 2010

Hari nih saya tak pegi keje

Bukan sengaja tak nak datang. Aku sangatlah berat hati nak cuti. Bukan hari nih je, hari2 pun aku tak suke cuti, sbb keje cikgu nih, bila amik cuti..kesian sangat kat budak2 tu. Asik terpikir apa lah dorang nak buat kalau aku tak datang..Naluri guru la konon.. hak tuihh..


Tapi aku bukan nak crite pasal tu. Aku tak dapat pegi keje sebab dari semalam aku pening gile2 tahap gaban. Start kul 6 petang semalam after meeting merapu kat PKG Gelugor, aku terus diserang sakit kepala. Dah beli barang-barang nak masak tapi terpaksa kensel. So, aku hanya berbaring sampai la abg pojie balik kul 8 mlm.


Mungkin sbb terpaksa hunting jalan nak pegi and balik ke tempat meeting tu. Sumpah aku tak tahu jalan ke sana dan hanya berpandukan map yang direka oleh member skolah. Nak balik umah pun satu adventure lagi bile terpaksa bersesak dengan orang balik opis kan.Mata tak lepas pandang segala signborad.. Haduii.. Tensen nye..


So, aku sms abg pojie, bgtau tapau la apa2 , aku tak larat nak masak mlm. 1st time sejak kawin aku suruh dia makan tapau.


Pagi td jumpa doktor, doktor ketuk2 perut aku dia kata bunyi macam tong kosong. Tak makan ape ke tanye dia. Aku kata makan, tapi muntah2 kan, pasal tuh la perut kosong agaknya. Dia bagi aku ubat tahan muntah and ubat2 lain. Dia kata biasa lah tu, simpton ibu mengandung..


Aduh, dulu aku bongkak sangat, aku slalu kata kat suami, aku tak pening la.. aku tak rasa sakit2 la..


Actually aku ada dengar, macam2 ubat khas untuk ibu mengandung ni. Lebih kurang mcm supplement la. But, aku nih, jenis anti-ubat sikit. Bukan anti ape, aku tak suke dan tak berani ambil apa saja ubat dalam dunia tanpa nasihat doktor. Tak kira la jamu2 ke, ubat2 terkini ke, yang jual kat farmasi ke.. Sebab aku ade prinsip aku, as long as kita sah takde ape penyakit, tak payah la nak makan ubat itu ini.


Bukan semua badan boleh terima semua ubat. Maksudnye kita tak tahu ubat itu serasi atau tak dengan sistem badan. Jangan main makan je. Mula-mula memang tak nampak kesan,nampak yang positif nye. Nanti umur blm masuk separuh abad, dah macam2 penyakit berat singgah kat badan. Masa tu, makan ubat apa pun badan tak leh terima sebab sistem badan dah salah tuning. Ntah lah.. ini pendapat aku. Lagipun, before this aku penah dengar ceramah kesihatan, serupa nih jugak penceramah tu kata.


Kalau betul nak kuatkan sistem badan, makan la buah-buahan ke, sayuran ke yang sah-sah ada khasiat.


Wallahualam..

Monday, July 26, 2010

Tummy..

can kick dah ke..?tak rasa lagi pon... hehehe Keaadaan perut dah muncit sikit.. Macam besh tau. hehe..

Friday, July 16, 2010

Karenah tekak ini..

Aku tak nak guna word mengidam tu ok. Aku tak nak. Aku akan salahkan karenah tekak aku bila nak makan itu ini. Nafsu tekak aku sendiri.

For the time being, aku tak leh nak makan nasi. Tak leh terima.. Macam takde selera bila nampak nasi bersama lauk-pauk yang bermacam jenis. Sampai tahap aku terpikir kenapa lah makanan ruji orang Mesia nih NASI??

SAY NO TO RICE!



Apapun, aku kenalah telan juga. Memikikan isi kandungan perut yang memerlukan khasiat untuk tumbesaranya.

Tapi series la beb, aku tak suka dengan NASI sekrang. Padahal dulu, bernafsunye tengok nasi dengan lauk apa pun.So, nak tahu ape bende yang aku suka..

Aku suka JAMBU BATU.. Tiap balik keje, aku singgah la satu gerai jual buah untuk beli jambu. Sedapnye..



Aku suka Tidbits. Tak kita la ape jenis pun asal makanan kunyah2. Kerepek ke, maruku ke, keropok ikan ke, udang ke,cookieske, as long aku boleh kunyah2. Macam nikmat betul bila dapat kunyah dengan penuh asyik makanan2 tersebut. Gile kan..

YUMMY!!!



Aku suka western food. Tapi ini kurang la,, at lest twice a week aku nak makan bende nih. Chiken chop ke, burger ke, pizza ke.. asal bukan NASI.

However, tiap ari aku still masak untuk hubby. Abg pojie mana blh tak jumpa nasi dlm sehari.

Abg Pojie memang best. Baik sangat.. Dia jaga aku elok. Dia makin caring and loving. Dia cuba nak tolong aku buat kerja2 rumah. Dia cuba nak penuhi karenah tekak aku nih. Dia nak aku rehat je.

Tapi aku tak suka la.. Aku still nak buat kerja2 tuh coz aku tak nak baby nih nanti jadi pemalas. Lepas tuh aku tak nak manjakan diri sangat. Takut nanti badan jadik lembik lepas tuh buat apa2 sikit tak larat. Aku nak kuatkan semangat.

Lagipun selama nih bukan berat mana pun kerja-kerja tuh kan.

Aku tau pada setengah wanita ini lah masa nak jadi puteri la, nak mintak suami buat itu ini. Beb, aku tak sampai hati la.. Pening macamana pun , selagi boleh diri, means aku boleh masak.. boleh mengemas.. Kesian kat laki aku, dia dah la balik keje petang. Aku kan balik keje pukul 2.00ptg. So, aku dah rest cukup dah before layan dia.Mithali la konon2.. chitt pooodahh..

Panjang pulak aku merapu kali nih...

Wednesday, July 14, 2010

Saya Reply Komen Anda

Nih tanda nya saya sangat gumbira. Reply komen pun nak wat dalam satu posting. Khas untuk yang congrats kat saya dalam entry semalam. Hihihi.. Cayang Awak Semua..

Myrule ~
terima kasih awak.. hihih

Intan inn ~
terima kasih awak. bakal ibu kan.. mestilah kene mood happy slalku. i promise akan look after myself and makan makanan yang berkhasiat.. Maseh lagik..

hazharun~
yup.. tq. i ingat memang date kita nak dekat2 time kawen tu. i harap u pun cepat preggy and sama2 join list. aminnn.. hihi
~
MiSS NaDieY~
thanks.. awak sangat sweet!

modusoperandi111200~
tq afidah.. takpe.. ada hikmah nye lambat tu..tapi sy doakan awak cepat join the club.. hihi aminn..

♥sha♥~
haaa.. betul2, sy pun ada google ticker dah..tp blm pilih lg. nanti sy bubuh k..kite countdown sama hehe..

Nad Nazira~
Hehe.. menyepi dalam dunia maya je. sbb the real life gile busy sejak jd bini orang nih.. hehe.. sy ada tgk gambar tu. tq yer nad.

cinta_north2south~
Thanks..baru daftar jadik ahli.heheh..

Tuesday, July 13, 2010

Yeahh.. Aku dah peknen!

Ehehe..
Alhamdulillah.. Aku sah mengandung tau. Heppi lah. Baru aku tau perasaan heppi nya bakal menjadi IBU.

Meh aku share my experience.

Aku punya peod sejak anak dara lagi memang on time. Aku leh tahu bila nak datang bulan. Aku ingat tarikh2 sebab kitaran aku tetap. So last aku peod ari tuh, 25hb Mei. Lepas dah dekat hujung bulan June, aku still tak rasa PMS. Curious la jugak apsal tak datang lagi kan.

At first aku was-was lagi nak beli test kit pregnancy tu kan. Yelah, kalau satu line je tak ke frust. So, aku nak tunggu la sampai awal Julai.

Lepas tuh aku dah start loya. Adoi, sikit2 macam nak ludah je. Heee... aku rasa macam buat2 je pun ada gak. Buat-buat simpton nampak lebih realistik. Hahahah.. Lepas tuh, dalam 1st week julai aku beli jugak test kit tuh.

Ahhhhhhaaaaa...dua line.

Suke..suke..suke sekali..eh,,berkali-kali...!

Time tuh hubby ade kat umah. Aku bgtau, hubby peluk and syukur sangat. Maklumlah.. kami nih pasangan agak lanjut usia mendirikan rumahtangga. Dah hujung 20-an nih, hujungggg sangat. Heheh..

Aku ambil dah gambar dua line tuh tapi lupa nak upload. Later la ek. Hope kandungan aku yang menjangkau 2 bulan nih, sehat sejahtera dan selamat. Nanti aku nak cerita pulak, time wat confirmation ngan doktor.

Tuesday, July 6, 2010

Ke mana hilangnya aku..?/???/

Wahhh.. tiba-tiba bagi terpikir on the spot tajuk entry macam tu. sebulan lebih aku tak men-jot down dalam blog sendiri nih. kesian kat blog aku nih. seperti diabaikan pula lepas dan dapat title PUAN nih.

Maklum la.. dulu-dulu time bujangan, setia betul kat blog, kat blog orang, kat website kawen.. sekarang dah tak layan pulak.

Aku online tenet juga, tapi banyak blog walking je.Kira stil visitlah.. Tak pun cari resepi.Awww...rajinnye..

Baiklah, story sikit pasal perkembangan diri..
Alhamdulillah.. dah tiga bulan melayari bahtera mahligai perkahwinan ( frasa tak menahann...). Syukur aku happy bersama lelaki yang kini bergelar suami dalam hidup aku. Life getting better.

Rasa bertuah sangat sebab dikurniakan suami yang penyayang, ambil berat, humor, walau tak brapa sensitif hati pompuan(maaf yer cik abang). Biasanya, kadang pompuan nih nak bagi hint-hint tak mau terus terang, sebab nak lelaki paham kat naluri dia. Yang lelaki pulak bukan reti sangat nak baca hati pompuan.

And bila aku perati dah lama-lama nih pulak, perangai laki aku nih tak jauh beza ngan ayah aku. Hahaha..

Okay, lagi satu story pasal my hubby sekarang nih.. Dia semakin sehat dalam jagaan aku. Maksudnya, dia makin 'mok'. Adoi.. risau tengok perut dia yang makin kedepan tu. Habis semua t-shirt ngan baju kerja makin fit.

Mula-mula aku heppi juga, sebab sah-sah la aku masak sedap2, sebab tu dia makan berselera habis sampai naik berat badan.

Tapi bila tengok keadaan makin merunsingkan, aku pun rasa serba salah. Semua baju ngan seluar ketat dah kata dia.Aku kah yang bersalah???



Aduh.. tiba-tiba kepala aku pening2 loya la.. aduh..aduh.. (hihihih)

Wednesday, May 19, 2010

Tukar pic dah.....

Current pic "About Me" blog saya ....


-


-


-


-





-
Suka sangat pic nih.. hehehe
.. ini reception di kedah.. hopefully OP dari reception di johor pun cun2 juga..

Monday, May 17, 2010

dua bulan daa..

Dua bulan berlalu..

Conclusion until this moment : "the more i know him, the more i dont know him"


Trust me!

Semakin anda bersama dia, semakin banyak anda tak tahu pasal dia.


1. Aku suka makan ikan kembung, dia suka makan ikan keli ..(which i tak penah sentuh but have to masak for him..)


2. Aku suka sofa kaler plain, dia suka yang ada corak or kalerful skit..(memandangkan bajet dari dia, i follow..)


3. Aku suka perabot kayu putih, dia suka perabot kayu pine.. (bab nih aku aku berjaya pujuk rak buku kaler putih. yeah..)


4. Aku suka breakfast berat2, nasi goreng ke..mee goreng ke, dia suka breakfast roti or conflakes je.. ( ini telah memudahkan rutin pagi aku.. i like..)

5. Aku suka minum teh, dia suka minum kopi.. ( so setiap pagi juga kena ada dua gelas cawan air yang berbeza)

6. Aku suka tgk astro ria ke..tv3 ke.. dia suka espn, sports segala bagai.. (huh.. ini terpaksa menggunakan daya pujuk yang tinggi..kadang berjaya kadang gagal..aduyai..)

Dan berbagai lagi perbezaan kami, mungkin juga ada yang lebih thrill yang belum ter-explore..
Wateverlahh... bukan ke perbezaan itu yang saling melengkapi.. but one thing for sure..

"the more i know him.. the more i falling in love with him.. " awww...!

Wednesday, May 12, 2010

More picha

pasangan mempelai dua sejoli.. ewahhhh
With kazen2 yang gojes.. dorang dah kawen last year.. aku je ketinggalan bas..tapi alhamdulillah.. dah bertemu jodoh..
Pemandangan:-khemah yang konon aku ilhamkan.. hahaha
Tetamu dah datang tuu
Tarian zapin, cun2 sey budak2 zapin nih..
Upload pic sajalah.. hehe..Aku tak sempat la nak blogging.. Time management tak teratur lagi..

Monday, May 3, 2010

Nikah dAY

Feeling :Aku tak merasa kan sebarang debaran yang ketara. Kira dua tiga hari sebelum nikah memang aku busy setel itu ini kan. So aku lupa sekejap bahawa aku ialah pengantin itu. Boleh pulak kluar ayat "eh, aku ke yang nak kahwin niee..?"

Pagi itu aku bangun pukul 6 lebih. Malam sebelumnya aku tidur dekat pukul 3 pagi. Sebab aku monitor orang bridal buatkan pelamin. Termasuk lah setting meja, canopy, scallop yang semua di pasang petang sampai ke malam..eh silap, sampai ke awal 3 pagi.

Lepas mandi, aku lepak breakfast dengan penghuni rumah lain. Pun aku boleh acting kool masa tu. Sedara lain yang dekat-dekat dah mula sampai. Aku pun terus berkurung di bilik.

Try roger bakal hubby, confirm kan dia mesti sampai 9 pagi. Lepas rombongan lelaki tiba, tok imam pun tiba. Follow elok je dari belakang..

Aku time tu tengah bermake-up by mak andam. Bila da Siap2 aku naik la atas wat ala-ala sopan, malu-malu gatai. Hahaha..

Bila saat tok imam baca itu ini, kena sain itu ini, aku memang tak de rasa dap dup la. Napa entah. Boleh sengih2, jeling2 kat kazen2 aku. Series, aku rilex dan rasa tenang waktu tu.

Tapi one thing yang aku tak leh lupa. Bila aku pandang wajah bakal suami aku masa itu. Masyaallah.. sangat kacak. Sangat handsome. Aku betul2 jatuh cinta bila pandang wajah dia..Wajah tenang..Lengkap berbaju melayu dengan niat ikhlas suci ingin menikahi aku. Aduh.. bertuahnya diri ini...

My Dear Hubby *bukan yg baju itam ekk..

My Lovely Parents *mcm Tan Sri & Puan Sri jek..hehe

Acting kool..