Friday, July 31, 2009

My niece big day

Fokus pada misi blog di-create. Ini kisah perkahwinan anak buah saya.B.Juliana & Abu on July 18,2009. But my niece nih older than me. Aku panggil dia Kak Uteh.

Majlis di adakan di Bandar Tenggara, Johor. Aku tertarik dengan pelamin merah menyala yang diilhamkan oleh Kak Uteh. Kak Uteh memang comey. Layan pic dulu.

Pictures taken from Lensa Melayu ; also my official engangement photographer.

Menu yang disediakan ialah nasi ayam penyet. Its an Indonesian dish of javanese.

What basically is nasi ayam penyet? It is consist of a fried chicken yang diketuk (dipenyetkan), with plain stream rice and lot of traditional malay salad or what do you call Ulam, and importantly sambal (chillie). Also serve with soup.

Makanan ini juga popular di sekitar Singapura.Menarik dan enak. Ibu pun macam berminat nak guna pakai menu ini on my wed. Me?? not sure yet.

source: Singapura Daily Makan Photo

Next week pula my lovely cousin FIDAH big day. Dan sempena pulang kampung (Batu Pahat)next week, aku nekad akan pegi booking bridal what ever may come.

Tak mahu tangguh-tangguh lagi. Sebab last week masa kat kedah, orang belah sana dah tanya persiapan tahap mana. Soalan yang mampu aku jawab dengan hanya sengihan.. (Belum buat apa-apa la tuu..)

Wednesday, July 29, 2009

kata ganti diri dlm henset si dia..

dlm henset dia - PERMYSURI (blh thn sweet kan)

dlm henset saya - ABANG POJIE (aku mmg sempoi jek)

Tuesday, July 28, 2009

Lama tapi baru..Pertunangan

Aku sudah selamat kembali dari penang/kedah. Seronok sangat jumpa dan lebih mengenali famili encik tunang. Macam-macam aktiviti, ada kenduri la.. ada birthday party, ada makan durian.. Semua nya seronok.

Kertas cadangan pembentangan aku berlangsung dengan baik. En tunang takde banyak bantahan. Cuma nak majlis nikah kalau boleh di masjid. Jadi apa kejadian dengan pelamin nikah angan aku ya???

Selain itu,dah pakat dah ngan Liza and emak en.tunang tentang perjalanan majlis. Aku memamg salute abes ngan Liza. Hatta kusyen keta, sofa, cadar pun dia boleh jahit, so setakat pelamin dan outfit berkaitan memang takde masalah. Chup, chup, Liza future adik ipar, lahir sama tahun dengan aku, tapi dia panggil aku kakak. Erm..kalau ikot bulan lahir, aku lagi muda. Camne yekk.. Hehehe

Gambar ketika kami bertunang dua bulan lalu sudah siap. Cerita dah lama tapi gambar baru dapat. Apapun, teruja melihat dan hampir 5,6 kali sehari membeleknya. Aku tempek kan sedikit ya(padahal byk jugak). Sebab masa entry engangement tak menarik pictures nya. Kalau boleh nak tambah lagi nih..

Hmm.. baju tunang ni milik peribadi. Rasa macam nak jual. Tapi tak sure..

Bukan main lagi en.tunang aku pose kat sini..malu..awww..

rasa macam lawak tgk pic nih.. haha

pic gedik kami. hahah..dalam custom album..sket punya besar pic nih..

tengok apa ntah

aku memang perasan cun kat sini

gambar nih non-edit, sebab tu jelas kelihatan kesan penuaan


budak aiman yang notty


kesian pakcik ni, sampai mengantok

Thursday, July 23, 2009

Hati berbunga..

Belum pun weekend itu tiba,tapi aku dah rasa happy. Happy kerana nak bertemu cik abang tersayang la. Eii, rasa gedik semacam pulak. Tujuan perjumpaan sebab nak membentangkan paper work regarding the upcoming big day.

Hopefully encik tunang tak banyak membantah kertas cadangan yang bakal aku usulkan itu. Walaubagaimanapun, sekirannya ada bantahan.. aku akan negotiate dengan wisely. Lagipun sentiasa mengingatkan diri untuk menjadi tunang yang mithali. Poyo sungguh.

Petang tadi juga aku mengharungi bandaraya KK mendapatkan buah tangan untuk emak encik tunang. (maluuuu la nak cakap MIL, poyo lagik). Dalam minda terbayang-bayang pasembor Penang yang tak leh jumpa kat KK nih. Kalau ada pun tak asli macam situ kan.

Alamak, bicara soal makan dan selera..aku merasa ada perubahan mengerikan pada jarum weighing scale. Ia semakin bergerak condong ke kanan..Oh noo..,harus ambil tindakan segera.

Tak kuasa nak mengarang ayat lagi.

c.e.r.i.a

Monday, July 20, 2009

Suka sangat berangan..

Pagi ini, sewaktu memandu ke tempat kerja.. Radio memutarkan lagu.. (alamak,lupa tajuk..)
Lagunya seperti ini..

Ku jejak, jalan yang berliku,
Membara jiwaku,
Memburu impian,
Ku renang lautan gelora,
Biarpun ter....

Sambil angin pagi sepoi-sepoi bahasa meniup raut wajahku. (Kes bukak tingkap time driving,tak pasang aircond..sejuk oo).Kemudian aku merasa seolah-olah sedang mengadakan penggambaran klip video. Seperti ada kamera mengiringi aku dari luar tingkap pemandu.. Location dah cantek, Lagu pun dak sesuai, Model saje yang spoil..

So, disini aku snap la several pic2 jalan menuju ke tempat aku mencurahkan ilmu. 25km dari KK.. 50minit perjalanan... (condition;ibarat jalan lama menuju genting highland)

Jangan lupa alunan muzik lagu itu.. Action..!

berhati-hati mendaki bukit

perhatikan itu double line

roller-coster

see the kabus tak?? sejuk tuu

just release the accelarate ; never release the seat belt

tetap itu double line ya

masih double line kan..
jalan gini mana boleh over take.. sangat danger..
psst..berlatar belakangkan gunung-ganang itu

Jadi setibanya di sekolah. Selesailah sudah penggambaran klip video saya tadi...cut!!!!

Sunday, July 19, 2009

Kuih cincin ini sedap..

For the past two months after my engangement ceremony, nothing much i can say about my preparation for the big day. Right now frequently busy with helping my lovely cousin wedding on 7 august. (same day with norman kru huh..)

The majlis will be held at my hometown; johor. Her fiance from ipoh,perak. Currently Fidah (my cousin)works as QS at negeri sembilan. Actually her fiance; Jeff agak kamceng with my fiance. Aku pun tak paham kenapa. They first time met around april, tapi bukan main sembang berdua macam tak lama kenal. Me and Fidah= puzzle.

Fidah ask me to buy kuih cincin in sabah as one of her door gift. Beside that, the goodie bag also contains tasbih. (tasbih nih pon idea aku.. ;p)

ini la rupa bentuk keadaan kuih cincin. Sabah tradisional food..

crunchy and yummy

besar kan kotak2 nih.. sila antar ya en.posmen

Thursday, July 16, 2009

Apakah PSPPK?

Aku pun tak tau maksud akronim PSPKK tu.. Yang aku paham, PSPPK macam sukan antara guru-guru seluruh Malaysia la. Minggu lepas ada surat pemilihan PSPPK. Aku pun usha2 la apa game blh join. Tapi baru je nak offerkan diri, seorang orang nih cakap.

"ala shareeda, kau jgn la ikot, nak kahwen dah..ko berhitam-hitam pula kat tengah padang"

Aduh, hampahnya. Patah semangat berkobar aku nak join sukan netball tu.
Baiklah, aku undurkan diri.

Then,bakal ada camping unit beruniform sekolah peringkat daerah. As usual, aku akan jadi guru pengiring. Seronok oo, tidur dalam khemah,masuk hutan, main masak2, abselling, flying fox segala bagai. Dan sekali lagi aku hampa bila encik.tunang bantah.

"Tahun lepas kan awak dah pegi. tak yah la join2 aktiviti luar sgt. suroh cekgu lain bawak budak2 tu yer"

Ini namanya sudah jatuh ditimpa tangga.. Hampa berganda. Kenapa?? Kalau nak kahwen tak boleh join aktiviti adventure ke? Oh..mungkin org sekeliling prihatin bagi pihak aku,tapi siapa dulu suruh aku join itu ini. Bawa budak sana sini. Kan aku dah naik syok..

"kau la pegi shareeda, ko bujang..senang.."

Sekarang nih dah opposite pulak dialog mereka ya. Mungkin ini la maksud pengorbanan. Huhu..

Monday, July 13, 2009

Contact Lenses..nak pakai ke??

Sekadar menyentuh isu pemakaian lenses kaler2 time wedding. Macam tak penah perasan lg dalam other blog discuss isu nih. Aku tak penah pakai lense. Rabun pun tak jugak.

Flash back time aku tunang dulu, time make-up tiba2 tukang mekap Kak Athlia spotan tanya..

"eh, awak nak pakai lenses tak?? kalau nak.. pakai la sekarang.."
"tak reti kak, tak penah pakai pun"sambil sengih-sengih.

Kak Athlia ada suggest kaler lenses yang sesuai kalau nak pakai, supaya dalam gambar nampak cantik, tapi ampon..aku lupa kaler apa dia cakap.Aku pun tak pasti nak pakai ke tidak nanti. Blh bikin cun ke?

Mari skodeng which is the most suitable color..

atau nak lebih ekstrem.. Hehehehhehe



Saturday, July 11, 2009

Direktori Senarai Semak..

12 bulan hingga 6 bulan sebelum

#Pilih tarikh dan waktu bernikah
#Pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan
#Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung
#Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
#Mengatur bajet
#Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda
#Pilih juru andam
#Pilih katering
#Pilih jurufoto dan juru video
#Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
#Pilih cincin pernikahan
#Pilih muzik
#Pilih kek pengantin
#Pilih kad jemputan
#Menghadiri kursus perkahwinan

4 bulan sebelum

#Menyediakan semua urusan persandingan (membayar deposit, pergi memilih dan menyedang pakaian serta tinjau lokasi majlis)
#Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis, gubahan hantaran, juru gambar, juru video, muzik)
#Menghubungi Kadi atau imam dan Pejabat Agama Islam
#Menghubungi saksi pernikahan
#Memesan buah tangan untuk tetamu
#Merencana bulan madu

2 bulan sebelum

#Mula menyenaraikan nama dan alamat pada kad undangan
#Buat perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlansung dalam suasana tenteram
#Mengatur tempat tinggal bagi saudara mara dan rakan terdekat yg datang dr jauh
#Merencana bulan madu
#Mengatur sesi pengambaran di studio
#Membeli hadiah untuk mereka yang terlibat dan org tua
#Memilih cincin

1 bulan sebelum

#Mulai mengirim kad undangan
#Pastikan cincin anda dalam ukuran yg betu
#Pastikan barang2 untuk hantaran anda sudah dibeli
#Memastikan semua urusan persandingan dan kelengkapan perkahwinan sudah selesai diaturkan

2 minggu sebelum

#Berikan tarikh sesi pengambaran kepada juru gambar
#Memilih muzik
#Mengirim undangan
#Mencuba cincin dan pastikan ukuranya
#Bertenang

1 minggu sebelum

#Menyelesaikan semua urusan kerja dipejabat sebelum bercuti
#Hindarkan konflik. Tenangkan hati
#Istirihat yg mencukupi
#Kunjungi spa
Hari Perkahwinan

#Pastikan anda rehat dan makan dengan secukupnya
#Mandi sebersihnya agar anda segar
#Siapkan diri dengan yakin dan tenang

Wednesday, July 8, 2009

Staples Center and PPSMI..

Balik keja bukak cenel E!712 nak tgk ceremony the late jacko.Agak touching. Saja nak layankan sebab tak mahu ketinggalan bas.

Petang tengok berita. PPSMI dimansuhkan menjelang 2012. Whatttheee.. Aduyai.. Aku pun tak tahu nak respon apa. Anyhow, aku berhak respon kan. Sebab aku ni kira pelaksana PPSMI. Ini la masalah apabila pihak-pihak yang sekadar melaksanakan dasar tidak berada di posisi sebenar pelaksana. Propaganda..?? Adakah ayat aku complicated..Lu pikirlah sendiri..

So segala books, cd courseware, teaching aids, trolley semua tu nak buat apa yer? jual kat bundle boleh..? At least the laptop still useful.

Mungkin aku emo sebab lost 10% kot?? Boleh jadi jugak. Aku mengadu kat en.tunang. En.tunang dengan nada kool berkata sekurangnya aku dapat merasa imbuhan itu since mula kerja lagi; five years ago..

Hmm..ada kebenarannya. Keyword nya bersyukurlah ya cikgu shareeda.
h.a.m.p.e.h


notakaki
i) aku ajar maths
ii) guru-guru yang ajar maths,science,english dpt 10% extra from basic salary..
ii) PPSMI-Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris

Tuesday, July 7, 2009

Crying in pain.

Memang ini entry sentap. Ntahla. aku pun tak paham. Kenapa payah sangat nak jaga hati orang.. Pernah kah kamu mengalami situasi tangan terikat ke langit, kaki terpasak di bumi.

Melihat perbuatan yang terang-terangan satu kesalahan, tapi tak mampu nak berbuat apa. Mulut terkunci..tapi hati bagai dihiris-hiris..

Lagi satu.. kalau hidup, tolonglah jgn menyusahkan orang lain. Aduh.. ikut hati nak je story in details, mention the person, define the matter.. tapi aku masih sangat-sangat bertimbang rasa. And again, aku still nak jaga ati orang mcm tu..

i just make fool of myself..am i???

Wassalam..

Sunday, July 5, 2009

Di hujung minggu lalu..

Sabtu dan Ahad.. macam-macam aku lakukan. Walaupun sabtu, aku kene pegi mengajar jugak sebagai cuti gantian utk hari raya nanti. Jadual mengajar yang digunakan ialah hari khamis. So, kalau khamis, kelas aku berakhir jam 10.10 pagi. Yes, takde kelas after recess, apalagi..aku pun bersetuju memenuhi permintaan yanti untuk menemankan beliau ke majlis perkahwinan membernya..(bab nih mmg semangat abess).

Selesai je kelas di tahun enam, aku mintak izin cikgu penolong kanan nak balik awal. hikhikhik.. Trus drive pickup yanti utk menuju ke majlis itu. Dlm pjlanan,yanti bgtau yang dia bakal bertunang wif her pakwe after raya nanti. Dan sekali lagi aku Yess, sbb ada tag team nak servay barang-barang kahwin. For sure la yanti dan aku berada dalam mood yang sama. Seronok kan..

Kami pun tiba di kenduri kawan yanti tu,1st thing nak amik gambar pelamin..

Then aku pula bergambar dengan pengantin. Nama dia ATIZAN.. Ini kenduri sebelah lelaki. In fact, kami dilayan mesra sangat oleh famili ATIZAN. Tak yah bubuh pic tuh lah kan.

Pulang dari majlis; aku melayan JAKEL utk belek2 baju raya. Sambil mata jeling2 kat bahagian pengantin. Tiba-tiba tertumpu kat kain pengantin yang harganya RM1800 semeter. What the... mahal nye lahai. Tapi cantik, memang sangat cantik la.. Tunggu dapat title datin kot baru blh merasa kain macam tu. huhuh..

On Sunday

Melayan pasar tamu Gaya street. Saja nak cuci mata sambil tgk2 doorgift yang sesuai. Memang banyak barangan yang menarik. Tapi aku belum membuat spesifikasi apa door gift nye.. Kadang ada jugak niat nak buat kajian apa doorgift yang diminati oleh org ramai. Kalau blh nak lari dari kebiasaan.. Ewahh..

And,kalau majlis kat kampung aku,berkat sangat dititiberatkan. Erm,berkat is.. tetamu seperti jiran-jiran terdekat and sedara mara akan dibekalkan lauk dan nasi utk dibawa pulang. Time btunang pun ada buat mcm tu. Tapi time tunang dulu buat dalam 30 pack je. Kalau kawen nanti haruslah jumlahnya bertambah kan.

Masa aku ceritakan kat encik tunang pasal adat kampung kami nih,agak kompius jugak dia. However aku mmg nak kekalkan tradisi nih dalam big day aku nanti. Kalau blh jugak, aku nak telur pindang.Trademark kan..sah-sah org johor yang proud to be jawarians.Cuma sekarang belum tentu lagi nak ambik katering atau rewang saja. Kalau katering, memang takda masalah. Rewang pun sama takde masalah. Orang-orang kampung aku sangat rajin dan baik-baik hati belaka. Memang sangat ringan tangan dan semangat berkobar-kobar kalau ada apa2 majlis. Best kan.. Psst..hujung bulan nih nak bershopping hantaran fasa pertama wif encik tunang..

Thursday, July 2, 2009

sembang pelamin pulak..

Hari ini saya nak berangan pasal pelamin pula. Saya nak ada pelamin nikah, of koz la buat dalam umah. Pastu nak ada pelamin sanding. Pelamin sanding saya tak kesah dalam atau luar rumah. Tapi ibu saya nak adakan pelamin sanding di luar rumah. Saya ikut sahaja kerana saya anak yang baik.

Majlis bertandang pula.. hmm.. kemungkinan akan diadakan di padang bola. Sebenarnya rumah famili abg fauzi di kedah tu corner sekali.Sebelahnya pula padang bola. Dulu majlis akak dan adik abg fauzi pun diadakan di padang bola tu. Maknanya, bolehkan saya berangan wujudkan perkahwinan dalam taman kan. hikhik..(ingat poket tu lebat sgt ke)

Kemudian majlis resepsi di KK untuk kawan2 kami berdua. Itu mungkin diadakan di dewan. Saya belum ada design yang spesifik. Marilah melayan pic pelamin2 ye. Sopan saja entri saya hari ini kan.. ;)

zcz 1

zcz2 zcz3 zcz4 zcz5 zcz6 zcz7 zcz8

Wednesday, July 1, 2009

dah nama blog kawen2.. tak sah la klu takde entry gedik

Biar aku jelaskan pada donia. en.tunang aku sangatlah sama sekali TIDAK romantik. See penegasan pada word tidak tuh. huhh.. dah tiga ari kami tak berkoling. Kalau itu perkara asing bagi anda yg bergelar tunangan orang, bagi aku itu normal. Aku dah immune , kebal dan lali dengan jarang ditelepon. Setakat text msg saje. Itu pun kurang 5 ke 6 msg dlm sehari.

Encik tunang dah training aku mcm tuh la. Sejak berchenta lagi. Dia bukan lah mat jiwang2. Text msg pun setakat sebaris dua. So automatically aku pun respon dengan kaedah yang sama. Itu pasal la saat dia menyatakan hasrat nak masuk meminang a.k.a melamar aku pada tahun lalu membuatkan aku jadi malu semalu malunya.

Just imagine, tunang sy formely known as pakwe at that time.. yang sy kenali tak romantik, panggil 'sayang' pun jarang', apa lg nak ucap megik word i lap u tu.. Suddenly kata nak pinang aku. Aku masih ingat masa itu bulan puasa 2008, kami lepas bukak puasa sama-sama. Dalam perjalanan pulang, dia suarakan hasrat suci murni dia. Aku memang tak mampu nak pandang muka dia disebabkan malu sangat. Tapi dalam hati konpem la suka gila babas alagapas..

Aku rasa hubungan ini agak unik. Mungkin konsep percintaan kami berbeza dengan pasangan lain. Sebab itulah kalau tiba-tiba encik tunang sebut i lap u aku seakan-akan berada di awang-awangan, seperti pertama kali di-ngorat. Sebab itulah kalau tiba-tiba encik tunang cakap "ya sayang", jantung berdegup kencang seakan pertama kali di-ayat. Inilah kesan penangan konsep percintaan yang diterapkan dalam relation aku dan tunang aku.

Benda sedap didengar tu, bila jarang-jarang dapat, mmg teringin sgt, tapi bila sekali dah dapat.. nikmatnya lahai..

*update..
jgn lupa ye nonton3R, 5th July, Ahad, 7.30mlm, TV3. isu KAWEN..

aku excited nak tgk, kalo kat NONA tu..citer kawen2 org kaya jek..huhuhu..