Wednesday, January 27, 2010

Kiut gile..

COmel kan Budak Kecik nih.. Aku tengah rindu sangat kat budak nih.
NUR ARANIA SOFEA.
Ini anak menakan (belajaq bahasa utara skit)encik tunang saya. Budak nih baru 9 bulan, tapi bijak betoi.. Memang aku tengah rindu abis kat dia.. Heheh.. Poyo nye..

Monday, January 25, 2010

Next. is TQ tag..

Yeah.. thanks voters.. ewah.. dah konpem kan front-design utk kad. Malas nak tangguh lagi. Muktamad ok. Ini contoh kad belah incik pojie. Baby blue apa ntah. Untuk tempat aku kaler purple pucat.. Heheh... Ini contoh nya..



Lepas tu, tq tag saya pulak mcm ini..sangat simple, janji sendiri design.. Hehe.. Dalam proses untuk hantar off-set printing. Untuk map dia buatkan.

Saya pakai Mic.Office Publisher saja. Saya tak pandai suka pakai yang canggih2. Sesiapa nak design-design seperti entry sebelum nih emel saja k. Nanti saya send softcopy, pastu sendiri edit.. Heheh..

Friday, January 22, 2010

Kad kahwin..?

Salam semua.

I'm back in my comfort zone from being sewel after "behind the scene" (bts) of my nikah outfit itu.

So, progress seterusnya.. saya secara tidak sengaja telah menemui bunga dulang untuk hantaran saya.

Harga adalah lebih kurang belas2 ringgit and the kindly owner bagi saya half price because dia tak design banyak. Tinggal 12 kuntum saya.

Saya borong semua. I'm so happy. Kiranya deco hantaran dah ada.

Oh, saya belum order kad kahwin lagi tau..getting confuse la nak pilih design2 yang ada. Sebab saya teringin sangat nak design sendiri tapi tak percaya saya nih boleh diharap ke tidak. Heheh.. Sila jangan gelak tgk hasil ntahapehape saya nih..

one


two


three


four

five


six


idea cilok sana sini sket.. hehe, okay ke?

Monday, January 18, 2010

Nikah Outfit-BTS

Hmm.. breathe in.. breathe out..
Petang sabtu saya di sms. Baju nikah sudah siap. Ahad saya pun ke butik di KK untuk pickup the baju. When i sarung the kain. Okey, ngam. Selesa.

But when i sarungkan bajunya, goshh.. something not rite nih. Bahagian armpit rapat sangat. So, effect pada kain di lengan yang kelihatan berlipat.. I get upset la. Kenapa macam nih. Lengan saya pun besar segenggam je. Bukan flabby pun.

Plus, saya takde mintak design pelik2 pun kat lengan. Huh.. Lower part baju tu je nampak ok.

Dia kata nak alter, after siap, saya try 2nd fitting. Hampeh.. Takde apa perubahan pun i rasa. Damn.. Sakit sangat hati ini.

So i tanya ada cara lain tak. refund ke, ejas sampai okey ke, dia kata susah la.. ada manik la.. Geram nya.. banyak betul excuses..

Masa nak jahit kata senang2..boleh2..siap puji berbakul kata kain tu cantik. Bila jadi macam nih..makin sakit rasa hati saya.

So saya ambil keputusan nak beli baju baru. Dah beli dah pun. Nak mintak tailor yang buat baju tunang dulu jahitkan. That one better cuma a bit pricey la.

Hmm. janji puas ati kan. Nak tambah lagi, ini la kali pertama i hantar baju kat tailor ada problem. Sumpah, ini 1st time.

Itu la kisah saya yang menyayat hati.

Sunday, January 17, 2010

Disaster day..

I hate my nikah outfit!!
Very frustated...
What should i do...
I really upset..
Dah alter pun macam **** lagi..
Huarrghhh...

Saturday, January 16, 2010

Yang tragis dan yang tak logik.

Semalam telefon rumah berdering. Aku bingkas bangun sambil mengerling ke arah jam. Tepat 12 tengah malam. Aku hairan. Bukan hairan kerana telefon itu berdering. Tetapi hairan mengapa aku boleh lena begitu lama.

Mesti encik tunang yang telefon nih
Aku pun menjawab panggilan itu.

Dia: Salam, napa call henset tak jawab.
Saya: Tido. Sorry.
Dia: Dah lama ke tido?
Saya: Lepas maghrib,kul *7.00 kot. Lepas semayang terus tido. Tak sedar2 langsung.
Dia: Wat apa sampai letih sangat tu?
Saya: Petang tadi tengok the biggest loser. trus inspired nak p jogging.
Dia: Jogging kat mana?
Saya: Kat exercise machine kat umah nih.Takpelah, kol la henset. Fixed line mahal.
........continue......

Saya: Eh, kenapa sampai 18 kali miskol saya. Tak penah banyak mcm nih.
Dia: Orang risau la..
Saya: Nak risau apa. Orang kat rumah je lah. Biasa awk kol sekali dua je. Tak angkat, awak tak kisah pun. Risau sangat nih kenapa?
Dia: Ada baca harian metro tak hari nih..?
Saya: Tak baca.. Kenapa?
Dia: Esok bacalah kat online ke ek. Headline-"Datang merisik dua tahun lalu".
Saya:????
-------------------------------------------------------------------------------
After klik hmetro online :

myMetro | Datang merisik dua tahun lalu

Kisah itu memang tragis bercampur tak logik.
Hmm..Baru saya paham rupanya ini yang encik tunang risaukan. Nonsense nye.. Nak dekat kahwin pun still suspicious lagi.

*waktu maghrib di K.Kinabalu ialah 6.21 ptg.

Injury Time

1 month and 4 weeks left.
I deeply troubled. Time flies.
Despite many preparation have been done but still not complete yet .
A lots of matters turn up in my mind this time.
The time that i label as 'injury time'. Heheh..

Thursday, January 14, 2010

Mata je kot..

Selalu dah orang bila jumpa saya kata macam penah nampak. Saya ingat lagi budak2 snap photo masa kami tunang -LensaMelayu- pun perah otak pikir mana ntah nampak saya Pastu bila saya sebut nama seseorang nih, dorang pun macam.. "a'ah lah".. Chup..chup.. sama ke pun..
-


-


-


-


-


-


-


-


Tuesday, January 12, 2010

Yang ketinggalan..

Masih ada yg tidak tersenarai.. semalam di'text' oleh Knowma @ Tokeh butik.

"hai, i just nak tanya, u dah ada orang buatkan inai?"

Aiyarkk.. amacam la aku boleh lupa pasal inai. Mesti pelik kan, bakal pengantin leh miss wat checklist inai. Heheh..

So aku serahkan pada Knowma saja untuk menghias jari-jemari ku. Yang penting aku tak minat yang menjalar tu. Aku pakai simple2 je kot.

And satu lagi notice dat, aku also ketinggalan Banner. Hehe..blh pulak lupa.

Ini banner my kazen Faaizal & Rinduwaty yang sudah selamat melangsungkan perkahwinan on 1st Nov 2009. Kazen aku yang lelaki tu. Unik kan banner dorang..Ala2 poster movie rite?

Sunday, January 10, 2010

Ini Senarai Saya..

Lama kan aku menyepi. Mungkin aku kentandusan idea kot. Mungkin juga busy dengan persiapan. Lebih kurang 2 bulan lagi. Boleh kah aku berbangga dengan prestasi yang aku capai ye??

Aku tak pernah buat check list kat sini. And sekarang presenting my *cheklist yang suka ati korang la nak letak berapa bintang.. Hehhe

Tarikh
:Me:
- 14.03.2010
:Him:
- 21.03.2010

Tempat
:Me:
- Batu Pahat Johor
:Him:
- Sg Petani Kedah

Barang Hantaran
-almost complete. bekas pun dah beli.cuma aku belum beli makanan
- bunga dulang ada dah.
- dah jumpa alas dulang idaman hati

Cincin Me and Him-done-
-dah beli a day before my besday last year. maklum la.time besday aku kan tgh year end sale.

Borang Kebenaran
-receive borang abang on 25/JAN/2010
-setel belah bride on 29/JAN/2010.

Outfit
:Nikah:
- dah antar kat tailor. gaji kakitangan kerajaan masuk nanti aku pi amik la. hehe
- collect on 17/JAN/2010

- turn up very hampeh, beli baru on 18/JAN/2010. Hantar tailor on 19/10/2010. Pick up on 10/FEB/2010
- dah fitting on 9/FEB/10. memang amazing. gumbira. tambah beads.. pick up on 11/FEB/2010
-sudah pick up, sangat suke gile

:Sanding:-done-
- dah stori kan butik bagi baju baru. konon design ala man kajang. wallahu'alam.. aku redha je janji boleh pakai. so bulan dua Jan,30th nak 1st fitting lah.
- already fitting. memang aku poling in lop dengan baju itu.. ohh..

:Bertandang:
- pun baju baru,dah amik ukuran semua.. tapi aku nih risau nak cover bumper jek..hehehe

:Famili:-done-
- dah ada kain. aku rasa dorang belum dah antar tailor lah..

:Pengapit:-done-
- already beli kain. hope dia tak over shadow dari aku nanti. hehe

Kanopi-done-
- pakai rewang belah kampung aku. dah book. selesai masalah.

Alas meja
-dah deposit. 2pcs colour with munge
-complete with buffet table

Bridal Boutique Service
- macam-macam ada dalam pakej tu. harap2 dia full fill her/his own promises la. antara dalam pakej tu..
-|Pelamin Nikah|Pelamin Sanding|Bunga tangan 2x|Baju Sanding|Mekap 2x|Hiasan Makan Damai|Hiasan Bilik} adalah lagi..tak mau lah bgtau sume..suprise skitpoyo kan..
- tambahan.. owner butik tu baik and slalu update apa2 info dengan aku.

Fotografi-done-
- dah book, dah deposit..FOTORepublic

Videografi-done-
- dah book jugak, dah deposit PMLine.

Kek-done-
- ohh..aku baru teringat kek. pun dah book. menggunakan khidmat kek yang sama time tunang dulu sbb dia senang nak deal pun baik jugak...Cupcakes Nyam Nyam

Penanggah-done-
- pasukan rewang and penanggah punya souvenir pun dah booking. boleh collect dua, tiga hari lagi. pastu nak antar untuk tambahan design.
-baju rewang sponsored -done- - bunga rozet utk yang pompuan pun dah beli on 30th Jan

Senarai jemputan
- done. update owez nih..

Kad-done-
- DIY.. sukses otw printing.. otw delivery
- contoh peta dah ada dahh

TQ Tag
- DIY. sukses.. otw printing
- maaf, ayat copy paste

Banner & Banting
- Send design on mid FEB (nak jugak idea sendiri nih..)
- Dah order dari Sis Su yg very kind from Qisdhi Nicework. Sangat suke. Post direct ke kampung.

Door gift-done-
- ini pun aku belum fikirkan. mentang2lah umah kat kampung tu 30 minit je dari ayer hitam. hujung cerita lokasi tu je aku borong kot.
- done. VIP favour make in SABAH gtu..*wink

Paper Bag -done-
- paper bag VIP dah beli
- dulu berangan kemain nak DIY. hampeh je.

PA System & Karaoke-done-
- blm sudah runding and konpem. khidmat dari area kampung aku jugak. AND ITS FREE!!!

Kompang
- blm runding. mungkin khidmat dari area kampung aku jugak.
- maaf, ayat copy&paste lagi.

Bunga Telur Bunga Pahar-done-
- beli siap kat ayer itam

Bungga Manggar
- no komen

Penanda arah
- setel

Inai
-Beli siap a week before

Contact lenses -Nak hunting 2 weeks before. Hazel brown or Grey??

Still ada masih "no komen" kan. Macam aku bincang dengan my fren Nana, kadang ada benda kecil yang kita terlepas pandang.

Buatlah checklist complete berjela, somehow still ada yang missing. Nana also pesan prepare je cash dalam tangan time majlis tu. And jangan biar masalah tu ganggu emosi on that day. Tenang-tenang saje. Ewah..siap bagi tips nih..

Mungkin ini entry terpanjang aku sebab nak cover yang aku hutang sebelum ini.

*checklist ni 100% aku perah otak sendiri..hihi..