Friday, July 30, 2010

Rajin nye update...

Hari nih rasa rajin pulak nak update lagi. Bila baca-baca-baca semua older posting aku kat blog nih, tiba-tiba teringat betapa rajinnye zaman anak dara tu. Excited tak hengat nak kawin punya pasal..buat blog la.. stori preparation bagai.. Kemain lagik kan.. Heheh..

Bila kenang balik..rindunye zaman all the kecoh, the haru-biru, the carcamarba.. Aku rasa sangat power dapat meng-absord engergy ntah dari planet zargus mana waktu organize wedding sendiri.



And now.. dah sampai masa aku pulak kena penyakit 'buatan orang' nih. Eseh, buat saspen, buatan suami la.. pregnant la katakan.

Okaylah, saya ada soalan penting la untuk mummy to be di luar sana, kira tanya pendapat.

1. Pada minggu ke berapa anda semua membuat kad merah (kad ibu mengandung tu laa)
2. Nak jumpa bahagian mana, tanya ape, bagitau ape..?
3. Itu saje.. Plz..Plz..Plz.. kamu jgan nakal..ehh... Plz tolng jawab la eh

Thursday, July 29, 2010

Hari nih saya tak pegi keje

Bukan sengaja tak nak datang. Aku sangatlah berat hati nak cuti. Bukan hari nih je, hari2 pun aku tak suke cuti, sbb keje cikgu nih, bila amik cuti..kesian sangat kat budak2 tu. Asik terpikir apa lah dorang nak buat kalau aku tak datang..Naluri guru la konon.. hak tuihh..


Tapi aku bukan nak crite pasal tu. Aku tak dapat pegi keje sebab dari semalam aku pening gile2 tahap gaban. Start kul 6 petang semalam after meeting merapu kat PKG Gelugor, aku terus diserang sakit kepala. Dah beli barang-barang nak masak tapi terpaksa kensel. So, aku hanya berbaring sampai la abg pojie balik kul 8 mlm.


Mungkin sbb terpaksa hunting jalan nak pegi and balik ke tempat meeting tu. Sumpah aku tak tahu jalan ke sana dan hanya berpandukan map yang direka oleh member skolah. Nak balik umah pun satu adventure lagi bile terpaksa bersesak dengan orang balik opis kan.Mata tak lepas pandang segala signborad.. Haduii.. Tensen nye..


So, aku sms abg pojie, bgtau tapau la apa2 , aku tak larat nak masak mlm. 1st time sejak kawin aku suruh dia makan tapau.


Pagi td jumpa doktor, doktor ketuk2 perut aku dia kata bunyi macam tong kosong. Tak makan ape ke tanye dia. Aku kata makan, tapi muntah2 kan, pasal tuh la perut kosong agaknya. Dia bagi aku ubat tahan muntah and ubat2 lain. Dia kata biasa lah tu, simpton ibu mengandung..


Aduh, dulu aku bongkak sangat, aku slalu kata kat suami, aku tak pening la.. aku tak rasa sakit2 la..


Actually aku ada dengar, macam2 ubat khas untuk ibu mengandung ni. Lebih kurang mcm supplement la. But, aku nih, jenis anti-ubat sikit. Bukan anti ape, aku tak suke dan tak berani ambil apa saja ubat dalam dunia tanpa nasihat doktor. Tak kira la jamu2 ke, ubat2 terkini ke, yang jual kat farmasi ke.. Sebab aku ade prinsip aku, as long as kita sah takde ape penyakit, tak payah la nak makan ubat itu ini.


Bukan semua badan boleh terima semua ubat. Maksudnye kita tak tahu ubat itu serasi atau tak dengan sistem badan. Jangan main makan je. Mula-mula memang tak nampak kesan,nampak yang positif nye. Nanti umur blm masuk separuh abad, dah macam2 penyakit berat singgah kat badan. Masa tu, makan ubat apa pun badan tak leh terima sebab sistem badan dah salah tuning. Ntah lah.. ini pendapat aku. Lagipun, before this aku penah dengar ceramah kesihatan, serupa nih jugak penceramah tu kata.


Kalau betul nak kuatkan sistem badan, makan la buah-buahan ke, sayuran ke yang sah-sah ada khasiat.


Wallahualam..

Monday, July 26, 2010

Tummy..

can kick dah ke..?tak rasa lagi pon... hehehe Keaadaan perut dah muncit sikit.. Macam besh tau. hehe..

Friday, July 16, 2010

Karenah tekak ini..

Aku tak nak guna word mengidam tu ok. Aku tak nak. Aku akan salahkan karenah tekak aku bila nak makan itu ini. Nafsu tekak aku sendiri.

For the time being, aku tak leh nak makan nasi. Tak leh terima.. Macam takde selera bila nampak nasi bersama lauk-pauk yang bermacam jenis. Sampai tahap aku terpikir kenapa lah makanan ruji orang Mesia nih NASI??

SAY NO TO RICE!



Apapun, aku kenalah telan juga. Memikikan isi kandungan perut yang memerlukan khasiat untuk tumbesaranya.

Tapi series la beb, aku tak suka dengan NASI sekrang. Padahal dulu, bernafsunye tengok nasi dengan lauk apa pun.So, nak tahu ape bende yang aku suka..

Aku suka JAMBU BATU.. Tiap balik keje, aku singgah la satu gerai jual buah untuk beli jambu. Sedapnye..



Aku suka Tidbits. Tak kita la ape jenis pun asal makanan kunyah2. Kerepek ke, maruku ke, keropok ikan ke, udang ke,cookieske, as long aku boleh kunyah2. Macam nikmat betul bila dapat kunyah dengan penuh asyik makanan2 tersebut. Gile kan..

YUMMY!!!



Aku suka western food. Tapi ini kurang la,, at lest twice a week aku nak makan bende nih. Chiken chop ke, burger ke, pizza ke.. asal bukan NASI.

However, tiap ari aku still masak untuk hubby. Abg pojie mana blh tak jumpa nasi dlm sehari.

Abg Pojie memang best. Baik sangat.. Dia jaga aku elok. Dia makin caring and loving. Dia cuba nak tolong aku buat kerja2 rumah. Dia cuba nak penuhi karenah tekak aku nih. Dia nak aku rehat je.

Tapi aku tak suka la.. Aku still nak buat kerja2 tuh coz aku tak nak baby nih nanti jadi pemalas. Lepas tuh aku tak nak manjakan diri sangat. Takut nanti badan jadik lembik lepas tuh buat apa2 sikit tak larat. Aku nak kuatkan semangat.

Lagipun selama nih bukan berat mana pun kerja-kerja tuh kan.

Aku tau pada setengah wanita ini lah masa nak jadi puteri la, nak mintak suami buat itu ini. Beb, aku tak sampai hati la.. Pening macamana pun , selagi boleh diri, means aku boleh masak.. boleh mengemas.. Kesian kat laki aku, dia dah la balik keje petang. Aku kan balik keje pukul 2.00ptg. So, aku dah rest cukup dah before layan dia.Mithali la konon2.. chitt pooodahh..

Panjang pulak aku merapu kali nih...

Wednesday, July 14, 2010

Saya Reply Komen Anda

Nih tanda nya saya sangat gumbira. Reply komen pun nak wat dalam satu posting. Khas untuk yang congrats kat saya dalam entry semalam. Hihihi.. Cayang Awak Semua..

Myrule ~
terima kasih awak.. hihih

Intan inn ~
terima kasih awak. bakal ibu kan.. mestilah kene mood happy slalku. i promise akan look after myself and makan makanan yang berkhasiat.. Maseh lagik..

hazharun~
yup.. tq. i ingat memang date kita nak dekat2 time kawen tu. i harap u pun cepat preggy and sama2 join list. aminnn.. hihi
~
MiSS NaDieY~
thanks.. awak sangat sweet!

modusoperandi111200~
tq afidah.. takpe.. ada hikmah nye lambat tu..tapi sy doakan awak cepat join the club.. hihi aminn..

♥sha♥~
haaa.. betul2, sy pun ada google ticker dah..tp blm pilih lg. nanti sy bubuh k..kite countdown sama hehe..

Nad Nazira~
Hehe.. menyepi dalam dunia maya je. sbb the real life gile busy sejak jd bini orang nih.. hehe.. sy ada tgk gambar tu. tq yer nad.

cinta_north2south~
Thanks..baru daftar jadik ahli.heheh..

Tuesday, July 13, 2010

Yeahh.. Aku dah peknen!

Ehehe..
Alhamdulillah.. Aku sah mengandung tau. Heppi lah. Baru aku tau perasaan heppi nya bakal menjadi IBU.

Meh aku share my experience.

Aku punya peod sejak anak dara lagi memang on time. Aku leh tahu bila nak datang bulan. Aku ingat tarikh2 sebab kitaran aku tetap. So last aku peod ari tuh, 25hb Mei. Lepas dah dekat hujung bulan June, aku still tak rasa PMS. Curious la jugak apsal tak datang lagi kan.

At first aku was-was lagi nak beli test kit pregnancy tu kan. Yelah, kalau satu line je tak ke frust. So, aku nak tunggu la sampai awal Julai.

Lepas tuh aku dah start loya. Adoi, sikit2 macam nak ludah je. Heee... aku rasa macam buat2 je pun ada gak. Buat-buat simpton nampak lebih realistik. Hahahah.. Lepas tuh, dalam 1st week julai aku beli jugak test kit tuh.

Ahhhhhhaaaaa...dua line.

Suke..suke..suke sekali..eh,,berkali-kali...!

Time tuh hubby ade kat umah. Aku bgtau, hubby peluk and syukur sangat. Maklumlah.. kami nih pasangan agak lanjut usia mendirikan rumahtangga. Dah hujung 20-an nih, hujungggg sangat. Heheh..

Aku ambil dah gambar dua line tuh tapi lupa nak upload. Later la ek. Hope kandungan aku yang menjangkau 2 bulan nih, sehat sejahtera dan selamat. Nanti aku nak cerita pulak, time wat confirmation ngan doktor.

Tuesday, July 6, 2010

Ke mana hilangnya aku..?/???/

Wahhh.. tiba-tiba bagi terpikir on the spot tajuk entry macam tu. sebulan lebih aku tak men-jot down dalam blog sendiri nih. kesian kat blog aku nih. seperti diabaikan pula lepas dan dapat title PUAN nih.

Maklum la.. dulu-dulu time bujangan, setia betul kat blog, kat blog orang, kat website kawen.. sekarang dah tak layan pulak.

Aku online tenet juga, tapi banyak blog walking je.Kira stil visitlah.. Tak pun cari resepi.Awww...rajinnye..

Baiklah, story sikit pasal perkembangan diri..
Alhamdulillah.. dah tiga bulan melayari bahtera mahligai perkahwinan ( frasa tak menahann...). Syukur aku happy bersama lelaki yang kini bergelar suami dalam hidup aku. Life getting better.

Rasa bertuah sangat sebab dikurniakan suami yang penyayang, ambil berat, humor, walau tak brapa sensitif hati pompuan(maaf yer cik abang). Biasanya, kadang pompuan nih nak bagi hint-hint tak mau terus terang, sebab nak lelaki paham kat naluri dia. Yang lelaki pulak bukan reti sangat nak baca hati pompuan.

And bila aku perati dah lama-lama nih pulak, perangai laki aku nih tak jauh beza ngan ayah aku. Hahaha..

Okay, lagi satu story pasal my hubby sekarang nih.. Dia semakin sehat dalam jagaan aku. Maksudnya, dia makin 'mok'. Adoi.. risau tengok perut dia yang makin kedepan tu. Habis semua t-shirt ngan baju kerja makin fit.

Mula-mula aku heppi juga, sebab sah-sah la aku masak sedap2, sebab tu dia makan berselera habis sampai naik berat badan.

Tapi bila tengok keadaan makin merunsingkan, aku pun rasa serba salah. Semua baju ngan seluar ketat dah kata dia.Aku kah yang bersalah???



Aduh.. tiba-tiba kepala aku pening2 loya la.. aduh..aduh.. (hihihih)