Tuesday, December 29, 2009

sambung skit...Regarding Previous Entry..

Memanglah letih membuat urusan. Bayangkan.. *Saya orang johor dan bekerja di Sabah. En.tunang orang kedah dan bekerja di air-force Butterworth. Itu sebenarnya punca yang saya macam exausted dengan segala hal.

Time is running la konon. But anyhow, makin kami buat persiapan.. rasa macam makin jatuh cinta. Boleh macam tu..?? Gedik tak..

Kira macam makin saya rasa dia memang pilihan yang tepat. Same goes with him. Dua tahun lepas saya penah tanya Yana..

Saya: yana, ko tak letih ke urus hal2 nih..busy je aku tgk.
Yana: tak la..oklah..letih memang letih, but ko mesti rasa seronok2 jugak tau..

Aku tak paham sangat masa tu. Sekarang dah paham sikit. Bila bincang2 dengan cik abang.. Itu dah setel..Ini dah setel.. Masing2 senyum lega+puas.

Namun perjuangan masih perlu diteruskan ye.. Heheh..

Lagi dua bulan je..huhuh..

p/s-* kami berkenalan di sebuah majlis perkahwinan kawan di labuan..semasa tu en.tunang masih bertugas di base air-force situ..

Semalam besday saya..

Besday saya semalam.
28 Disember.
Mr. Fauzi bagi bunga kat saya.
Saya suka sangat.
Buat masa ini, kami sedang urus borang.
Baru saya tahu susah juga nak kawin.
Kami berdua dah beli cincin.
Saya suka cincin saya tu..cantek.
Itu saja.. Yang lain2 dah banyak jugak setel.
Saya penat+pening buat preparation.
No wonder la ramai orang mesia kawin kat siam...oppss..
Apapun saya tetap excited dan gumbira...
Tata..

Sunday, December 6, 2009

Progresssssss....

Sejak dari cuti sekolah bermula.. Aku tak berhenti nak wat persiapan. Maklumlah.. diri sendiri jadi wedding planner.

Actually aku baru lepas attend kursus perkahwinan. Lega sebab dah boleh move to next step. Boleh tahan best la jugak kursus kat kedah nih. Orang utara mesti tau kan Hasani Management. Tak boring sangat. Okay2 jela la..

Semalam pula, aku dan encik tunang dah konpem deposit dengan butik dan amik pakej for majlis bertandang. Dan jangan jeles ek.. again baju baru..ukur2 badan.. tambah RM50 saja. Caya tak?? Teruja nye.. Heheh

Butik kat sungai petani nih pon best. Memang servis mesra, aku pun selesa. Oh.. sesiapa nak alamat butik kat parit raja tuh..

DE SINGGAH BRIDAL GALLERY
No 1A, Jalan Raja 1, Taman Sri Raja,
Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor.
emel: dsinggah@gmail.com
tel:019-7199055

Mention la sket nama aku ek.. kalau gi sana.. hehe..

Dalam minggu depan aku nak urus pulak material nak wat hantaran. Jangan salah sangka pulak kata aku yang buat. Heheh.. Ibu, auntie,cousins yg tolong nanti. Aku just tunjuk gambar nak gubah mcm nih..Boleh mcm tu..? hehehe...

Oh ya, thanks to Nad and Afidah yang hantar wedding kad tu. Sorry Nad, big-day u sama dengan hari kursus i. Maaf yek..

Kadang aku rasa gelojoh sangat nak siapkan itu ini. But, memang aku gelojoh. Sebab aku cuti sebulan (cuti sekolah kan..)

Kalau boleh, aku nak senang hati bila bukak sekolah nanti, ceria je jumpa budak2. Thats y la aku pulun abis nih. Encik tunang cadang nak amik cuti seminggu tau.. Sweet kan dia..:)