Wednesday, May 19, 2010

Tukar pic dah.....

Current pic "About Me" blog saya ....


-


-


-


-





-
Suka sangat pic nih.. hehehe
.. ini reception di kedah.. hopefully OP dari reception di johor pun cun2 juga..

Monday, May 17, 2010

dua bulan daa..

Dua bulan berlalu..

Conclusion until this moment : "the more i know him, the more i dont know him"


Trust me!

Semakin anda bersama dia, semakin banyak anda tak tahu pasal dia.


1. Aku suka makan ikan kembung, dia suka makan ikan keli ..(which i tak penah sentuh but have to masak for him..)


2. Aku suka sofa kaler plain, dia suka yang ada corak or kalerful skit..(memandangkan bajet dari dia, i follow..)


3. Aku suka perabot kayu putih, dia suka perabot kayu pine.. (bab nih aku aku berjaya pujuk rak buku kaler putih. yeah..)


4. Aku suka breakfast berat2, nasi goreng ke..mee goreng ke, dia suka breakfast roti or conflakes je.. ( ini telah memudahkan rutin pagi aku.. i like..)

5. Aku suka minum teh, dia suka minum kopi.. ( so setiap pagi juga kena ada dua gelas cawan air yang berbeza)

6. Aku suka tgk astro ria ke..tv3 ke.. dia suka espn, sports segala bagai.. (huh.. ini terpaksa menggunakan daya pujuk yang tinggi..kadang berjaya kadang gagal..aduyai..)

Dan berbagai lagi perbezaan kami, mungkin juga ada yang lebih thrill yang belum ter-explore..
Wateverlahh... bukan ke perbezaan itu yang saling melengkapi.. but one thing for sure..

"the more i know him.. the more i falling in love with him.. " awww...!

Wednesday, May 12, 2010

More picha

pasangan mempelai dua sejoli.. ewahhhh
With kazen2 yang gojes.. dorang dah kawen last year.. aku je ketinggalan bas..tapi alhamdulillah.. dah bertemu jodoh..
Pemandangan:-khemah yang konon aku ilhamkan.. hahaha
Tetamu dah datang tuu
Tarian zapin, cun2 sey budak2 zapin nih..
Upload pic sajalah.. hehe..Aku tak sempat la nak blogging.. Time management tak teratur lagi..

Monday, May 3, 2010

Nikah dAY

Feeling :Aku tak merasa kan sebarang debaran yang ketara. Kira dua tiga hari sebelum nikah memang aku busy setel itu ini kan. So aku lupa sekejap bahawa aku ialah pengantin itu. Boleh pulak kluar ayat "eh, aku ke yang nak kahwin niee..?"

Pagi itu aku bangun pukul 6 lebih. Malam sebelumnya aku tidur dekat pukul 3 pagi. Sebab aku monitor orang bridal buatkan pelamin. Termasuk lah setting meja, canopy, scallop yang semua di pasang petang sampai ke malam..eh silap, sampai ke awal 3 pagi.

Lepas mandi, aku lepak breakfast dengan penghuni rumah lain. Pun aku boleh acting kool masa tu. Sedara lain yang dekat-dekat dah mula sampai. Aku pun terus berkurung di bilik.

Try roger bakal hubby, confirm kan dia mesti sampai 9 pagi. Lepas rombongan lelaki tiba, tok imam pun tiba. Follow elok je dari belakang..

Aku time tu tengah bermake-up by mak andam. Bila da Siap2 aku naik la atas wat ala-ala sopan, malu-malu gatai. Hahaha..

Bila saat tok imam baca itu ini, kena sain itu ini, aku memang tak de rasa dap dup la. Napa entah. Boleh sengih2, jeling2 kat kazen2 aku. Series, aku rilex dan rasa tenang waktu tu.

Tapi one thing yang aku tak leh lupa. Bila aku pandang wajah bakal suami aku masa itu. Masyaallah.. sangat kacak. Sangat handsome. Aku betul2 jatuh cinta bila pandang wajah dia..Wajah tenang..Lengkap berbaju melayu dengan niat ikhlas suci ingin menikahi aku. Aduh.. bertuahnya diri ini...

My Dear Hubby *bukan yg baju itam ekk..

My Lovely Parents *mcm Tan Sri & Puan Sri jek..hehe

Acting kool..