Tuesday, February 9, 2010

Nikah Outfit- part II

Kenapa part II?? rujuk entry sentap ini. Nikah Outfit-BTS

So, alhamdulillah.. baju baru ini telah siap dan terletak begitu selesa di tubuh badan aku.. Syukur sangat...

Cuma dalam proses tambah beads sikit supaya lebeh glemer.. ahaks..

Monday, February 8, 2010

Pokok Lampu Bergambar..

Nice huh.. Mana nak carik ye.. Ke DIY nih..
Boleh jimat la, no frame-frame, no meja, no flower..
Just tiang lampu.. :p

Sunday, February 7, 2010

My bff engangement

Dalam kesibukan aku wat preparation (sibuk la sangat..) Aku tetap menyempatkan diri attend majlis tunang kawan secondary school aku..Ellainney.

Antara kenangan zaman skol, kitaorg penah sama-sama kena sound direct dengan Ustaz Zaki. Time subject Bahasa Arab Tinggi, aku ngan Ella sibuk practise pusing pen masa Ustaz tu mengajar. Eleh, yang twist pen between jari tu. Lawak laa.. Hahaha..

Sekarang dah hampir sepuluh tahun masa itu berlalu kan.. Hmm.. Tunang Ella, Fadzlie nih pun our fren,schoolmate juga, cinta keras dorang nih. Cantek kan kawan aku nih..

Bedsheet LV tu.. ahaks..

Thursday, February 4, 2010

Nak alamat..

Orang kata kad kahwin itu memberi gambaran majlis kahwin tersebut. Mungkin iya mungkin tidak. Contohnya, aku dah kerap pegi receptions chinese couple. Kad dorang macam satu pesyen je. Sama je. Tapi majlis grand abis. Lebih lagi2 yang kat hotel.

Jadi aku tak tahu apa persepsi orang tentang kad aku ni.
Majlis aku memang simple saje. Buat pun kat kampung 100% pure. Di sebabkan kureng confident level, aku tak mahu letak muka sendiri kat kad kahwin. Dengan bajet ciput,maka terhasilkan kad ciptaan aku yang tak seberapa ini.



So, dengan rasa malu-malu meow, aku nak jemput and collect address bloggers yang sudi hadir. Kehadiran anda semua bersama present yang besh2 dialu-alukan.. Hehe.. Emelkan alamat ke upcomingbigday@gmail.com Thanks..

::to Puan Nad, i nak adress u tau::

Tuesday, February 2, 2010

Sembilan bulan dah..

Genap 9 bulan aku jadi tunangan orang since 2nd May 2009. Sungguh aku tak terasa masa berlalu..Macam baru semalam je aku tersengih-sengih kena sarung cincin by future MIL. Terperasan nih pun sebab terpandang kat ticker tu. Aku tak penah ingat sambut pun tarikh 2hb tu. Agaknya kalau aku tanya tunang aku pun haram dia tak ingat. Konpom.. Hahaha..

(kalau pregnant, ntah2 beranak dah kot.. merapu je aku ni..)

Monday, February 1, 2010

Hectic la sangat..

Last thursday aku diserang sakit kepala yang dasat. Macam nak pecah tau rasa. Sampai muntah-muntah 3, 4 kali sepanjang hari tu. Tak tahu la apa punca nya. Stress kot.. Terlampau gigih menampal ribbon agaknya..

(nak bgtau kad dah siap sebenarnya. :p)


Hari Jumaatnya aku balik ke johor untuk setel kan beli-beli barang macam bunga telur, paper bag, souvenir, bunga korsaj. Hmm.. macam air je duit tu mengalir tau tak..

Aku tak pikir apa dah, Yang penting segala hal yang pending2 tu aku dah setel kan. Semua nya aku borong kat ayer itam je.

Next day, saturday, aku pegi butik Knowma untuk 1st- fitting baju sanding. At first, aku pissed off jugak tau. Payah gile nak deal jumpa knowma nih. Dia asyik kat JB. Aku kat Batu Pahat.

Lenguh tangan aku dail kol, sms dia tanya bila boleh jumpa. Hmm..hari tu suruh bank in kemain iye2 pujuk orang. Baju ada kat tailor dari singapore la, nak aku top up duit nak gi sana la.

Finally sabtu malam, lebih kurang kul 9 malam, sempat jugak aku jumpa dia. Time masuk butik dia.. aku nampak satu baju baru. Aku tanya ini ke baju tu.

Masa dia cakap 'iya, ini la baju awak.." Aku rasa mcm tak percaya. Sebab glamer abes baju aku tu, wahhh.. jatuh chenta mak noq..

Itu baru nampak, bila sarung kat badan pulak ..perghh.. suka gile aku. Sedap dan selesa sangat. Aku macam nak menari-nari je pakai baju itu. Heheh..

"Baju awak ni, kite antar singapore tau, tailor JB payah nak cari pandai jahit baju style ni, kalau ada pun kat KL"

Aku tak kesah. Janji aku puas hari. Baju impian aku tercapai. Huahua.. Lepas nih nak update checklist... Yes..Yes..

(black and white berunsurkan saspen)

Huarghh...

Sangat-sangat amat-amat terlalu LETIH and a bit stress... huhhhhhhhh...

Wednesday, January 27, 2010

Kiut gile..

COmel kan Budak Kecik nih.. Aku tengah rindu sangat kat budak nih.
NUR ARANIA SOFEA.
Ini anak menakan (belajaq bahasa utara skit)encik tunang saya. Budak nih baru 9 bulan, tapi bijak betoi.. Memang aku tengah rindu abis kat dia.. Heheh.. Poyo nye..

Monday, January 25, 2010

Next. is TQ tag..

Yeah.. thanks voters.. ewah.. dah konpem kan front-design utk kad. Malas nak tangguh lagi. Muktamad ok. Ini contoh kad belah incik pojie. Baby blue apa ntah. Untuk tempat aku kaler purple pucat.. Heheh... Ini contoh nya..



Lepas tu, tq tag saya pulak mcm ini..sangat simple, janji sendiri design.. Hehe.. Dalam proses untuk hantar off-set printing. Untuk map dia buatkan.

Saya pakai Mic.Office Publisher saja. Saya tak pandai suka pakai yang canggih2. Sesiapa nak design-design seperti entry sebelum nih emel saja k. Nanti saya send softcopy, pastu sendiri edit.. Heheh..

Friday, January 22, 2010

Kad kahwin..?

Salam semua.

I'm back in my comfort zone from being sewel after "behind the scene" (bts) of my nikah outfit itu.

So, progress seterusnya.. saya secara tidak sengaja telah menemui bunga dulang untuk hantaran saya.

Harga adalah lebih kurang belas2 ringgit and the kindly owner bagi saya half price because dia tak design banyak. Tinggal 12 kuntum saya.

Saya borong semua. I'm so happy. Kiranya deco hantaran dah ada.

Oh, saya belum order kad kahwin lagi tau..getting confuse la nak pilih design2 yang ada. Sebab saya teringin sangat nak design sendiri tapi tak percaya saya nih boleh diharap ke tidak. Heheh.. Sila jangan gelak tgk hasil ntahapehape saya nih..

one


two


three


four

five


six


idea cilok sana sini sket.. hehe, okay ke?