Saturday, April 23, 2011

Kongsi moments yg tak boleh lupa

Nak flash-back beberapa moments yg aku benar2 teringat time nak bersalin tu..

- Bila dah admit wad, start kontraksi ptg2, aku sms abang tanya apa doa nabi yunus dlm perut ikan..sbb itu doa yg orang nasihatkan baca semasa menahan sakit. mmg berkesan, rasa sakit berkurangan...
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

-Sepanjang malam, aku tak tidur sbb sakit, aku ber'sms' je dengan abg, sampai pukul 2-3 pagi.. dan kami bersms pasal perasaan gitu.. pasal ilapbeu la..pasal cayang2.. abg nak bg aku kuat.. nak aku bertahan demi anak yang bakal dilahirkan.. huhu..

-Before ke labour room, aku sms abang suruh datang. tapi tak sempat jumpa, aku dah ditolak ke wad bersalin.. time tu baru kul 10 pagi..

-Dlm wad brsalin, aku makin sakit sebenarnya, nurse bg semangat.. "kita nak bersalin nih kena ikhlas dik,nak lahirkan satu nyawa kan.. insyallah dipermudahkan..jgn fikir sakit tu ya.." aku ingat kata2 nurse tu.

-Sambil menahan sakit, aku set dalam otak.."ya allah, aku nak jumpa anak, nak jumpa anak ibu.." dan ulang2 baca doa La illaha illa anta...

Lepas bersalin:

-Pukul 4 lebih baru kluar labour room.. lama kan, padahal bersalin pukul 12.37 pm. Bila keluar, nampak abang dah tunggu. Ya allah, rupanya dari pukul 10 pagi tu abang tunggu sampai pukul 4 petang.. setianya abang fauzi aku nih..

-Abang nampak ceria dan sangat-sangat teruja tengok anak kami. And itulah wajah abang paling gembira aku tengok, mengalahkan gembira time kami bernikah dulu.. Series beb.. sangat-sangat lahhh heppinya abang time tu..

itu la a few moments yang aku tak akan lupa.. pengalaman indah dalam hidup.. bahagia dan nikmatnya bergelar ibu ni tak tergambar dengan kata-kata.. Syukran ya Allah..

1 comment:

mY smaLL BiZ said...

hye kwn2, sile ke blog sy http://norainshakira.blogspot.com/ utk mendptkan set tilam kekabu dgn harga RM40 sahajaa!!!