Tuesday, April 19, 2011

Baru nak cerita pengalaman bersalin..

22 Febuari 2011

Pukul 6.00 pagi aku rasa basah, masa terkencing time tido. Pegi toilet tgk spender jernih je. Then blm sempat masuk bilik, kluar lagi air jernih. Nerbes la pulak. Tgk air kat lantai tu macam air biasa, tapi kluar tak banyak, org kata air ketuban macam air paip laju dia kluar. Pakai maternity pad then trus on internet search "air ketuban". Sempat lagi tu. Tiba-tiba time online, kluar lagi air, kali nih banyak, and basah sofa tu. Hmm.. aku masuk bilik, kejut abang. Abang kata nak pegi hospital tak. Aku kata tunggu siang sikit. Aku tak leh tido, takut katil basah and air kejap2 keluar dalam kuantiti yang banyak. Keje salin pad je.
Pukul 9 pagi bangun, breakfast then pegi hospital.

Check bukaan, baru 1cm. Uikkss.. air yang kluar tu konpem air ketuban nurse cakap.
Bila petang2 time aku kat wad, perut mula rasa kontraksi yang kuat. Waah, baru tahu apa itu kontraksi. Kuatnya sakit tu. Aku check time, every 5 minutes mmg sakit tuh datang.. So dah malam sikit, aku minta nurse check bukaan. Baru 2cm kata dia, Aduh, lamanya..
Sepanjang malam aku tak tido, sampai la ke pagi. Menahan sakit kontraksi. Huhuhu


23 Febuari 2011

Lebih kurang pukul 9 pagi, nurse datang, tanya napa tak mintak check bukaan. Aku kata rasa mcm tak sakit kat bawah, sakit perut je. Nurse pun ajak pegi check. Wahh.. dah 4 cm. Boleh pegi labour room dah.. Haa?? aduh, nak bersalin dah ke, aku makin nebes.
10 pagi lebih, aku ditolak ke labour room. Sambil menahan kontraksi, nurse urut belakang badan aku, aku mengiring ke kiri masa tu.. Tiba2 pukul 12 lebih.. aku kata, "saya rasa nak push dah nih". Nurse panggil doctor, doctor check.. okey dah bukak jalan.. Semua nurse kelam-kabut siapkan barang2 sbb aku kata tak tahan nak teran sangat. Then, push kuat2 12.37pm aku dengar.. Uwekkkkk.. Yeah, selamat sudah. Nurse lap2 baby and letak atas badan aku. Aku tengok baby yang sangat comel tu and cakap "Assalamualaikum anak ibu..."

Syukur...


Time melawat petang abang belikan muay sup @ sup bubur


My baby boy, sangat comelll..muahhhsss


Me with my baby.. Time nih badan sangat lah lemah. huhu


Hubby yang teruja, masuk bilik terus dukung baby. Lahir2 je mata baby dah bukak luas


Abang fauzi menukar pampers baby.. I love you abang!


Apapun pengalaman setiap orang berbeza-beza. Jangan jadikan pengalaman aku ini yang bakal korang rasa. Terima sebagai pengetahuan je. Ada orang senang nak bersalin, ada orang susah. Kalau aku, aku rasa aku agak mudah jugak nak bersalin. Mengandung pun takde teruk alahan, bersalin pun sakit macam kebanyakkan orang kot. Cuma PANTANG, horror gilerr.. Huaarghh, tak sanggup pantang, collapsed trus aku...

5 comments:

^^mrs.deana^^ said...

dear..skela bca pngalaman org brsalin.,nmpk u ni mcm sng je brsalin..mmg de stgh org ckp brpntg lg truk dr brsalin..mcm scary2 je...

CN2S SHOPPE said...

tahniah...comelnya baby!

Riena said...

bestnya berkongsi cerita.tapi cara awak cerita mcm x sakit sangat je.hehe....contraction tu lama betul.tak habis tenaga ke?saya dh 38 weeks dah.heheh

Mrs Shareeda said...

deanna -
pd saya mmg scary pantang. sy sanggup lg bersalin awak,,berpantang nih.. aduss..kene kuat semangat oo..

CN2S -
thanks.

Riena -
sakit tuh ttp ade. cuma blm harung la..kontraksi mmg lama, cuma tahan je la.. nasib tenaga ada sbb breakfast b4 ke labour room.. goodluck awak..

.:Mrs. Engineer:. said...

zaim tua sehari...aleesya lahir 24 febuari... :)