Untuk pengetahun semua, sejak zaim berumur sehari.. aku tak penah tinggalkan zaim. NEVER. Ke mana saja aku bawa dia. Kadang mak aku pesan, "nak jalan2 pegi la.. ibu boleh jaga zaim". Tapi aku tak sanggup nak lepaskan zaim. Kalau boleh satu saat pun aku tak mahu rugi masa bersama zaim.
Padahnya, hari pertama kerja.. aku nangis kat sekolah. Cuba cover and pegi toilet padahal jam baru pukul 8 pagi.
Time drive nak pegi keja pun aku dah tahan2 sebak. Adoiii..
Pukul 9 pagi, ciknen rasa sakit, rasa bengkak. Lagi la sayu, teringatkan zaim yang fully breastfeed. Cepat2 pegi pump, alhamdulillah dapat 5 oz.. Rezeki Zaim.. Next session, pump around 12 tghari..4oz..
Zaim hanya minum susu ibu. Aku dah nekad nak usahakan fully breastmilk kat zaim. Syukurlah dah masuk 3 bulan, aku berjaya susukan sepenuhnya Zaim.
Balik keja pukul 1.35tghari, trus drive dgn hati berbunga nak jumpa anak.. 2.15ptg baru sampai umah babysitter(jiran sebelah jer pun..)
Kak Nah (babysitter) cerita; zaim nangis pukul 9 lebih.. puas pujuk.. minum susu byk jugak... dkt pukul 11 baru berenti nangis..
Sedihnya aku dgr. Kak Nah kata dia cuba seminggu dulu, kdg ada budak tak serasi kata dia.
After seminggu, zaim makin goodboy, susu yang aku bekal.. lebih kurang 5oz zaim akan habiskan kalau siang. Lega nya, Kak Nah pun setuju nak continue.. Kak Nah sangat memahami niat aku nak zaim hanya minum susu badan..
Zaim tido masa aku nak ambik dia. Aku terus kejut dan susukan dia. Love that moment so much. Lebih-lebih lagi bila zaim pandang ibu masa ngempeng. Hehehe...
Susu Ibu adalah yang terbaik.
