Thursday, July 21, 2011

Breasfeeding is a journey..

Salam..at first breastfeeding not an easy talk for first time mama like me. Meh share experience seorang amatur sepertiku..


Aku tergerak nak full breastfeed zaim selepas bersalin. Atau lebih tepat lepas pantang.

Maklum la.. waktu mengandung tak terdedah langsung pasal hal penyusuan nih. Teruk kan. Aku tak amik tahu pun.

Tapi bila join kelab kurang tidur sbb zaim nak ngempeng je.. Timbul perasaan unik. Ohh..perasaan seronok tgk anak menyusu. Happy tgk anak kenyang. Indah tgk anak tido nyenyak lepas susu dari badan kita. Dapat peluk anak seeratnya.. And i feel like a saviour sbb berjaya menenangkan tangisan dia by hungging and breastfeeding him..

So, seminggu nak naik keja baru la aku google cara2 nak handle EBM.. Kalau baru nak belajar, nampak sangat tak penah mengepam kan.. Huhu..

Akibatnya, aku takde buat stok pun sepanjang pantang. Beli pump pun last minute, so supply zaim fresh EBM. Maknanya pump hari ni, untuk supple esok-lusa

. Menyesal???

iye, sangat menyesal sbb tak rajin buat stok awal2 dulu. Mana la nak tahu. Takde sape bagitau aku pasal susu ibu nih boleh pump, boleh simpan dlm fridge. *hak tuiii takde sape.. nurse explain okey each time check perut tu..

Masa kene explain dgn nurse time pregnant aku tak ambil pot, sbb aku rasa tak kisah susu kan zaim dengan formula milk. Lagipun aku cuti bersalin 3 bulan. So, lepas tu dah bajet nak beli formula milk je.

Tapi bila 3 bulan dah berkepit ngan anak.. Bila tahu anak lapar nak susu, barulah terdetik nak belajar bagi anak susu badan sepenuhnya walaupun dah bekerja.

Sekarang zaim nak masuk 5 bulan sabtu nih. And aku merasa PUAS.. PUAS bila tengok zaim membesar dengan sihat dan cerdiknya dengan susu ibu. Syukur walaupun tak meriah susu ni.. sekali pump dpt 4-7oz.. Aku tetap syukur.. Sekurangya masih cukup untuk zaim.

Sehari aku pump 5 kali.. so dapat la dapat 20oz lebih. Bolehlah untuk bekalan zaim esoknya.

And one more, pengasuh zaim sangat memahami niat aku nak zaim bf. Best broo.. supportive walaupun housewife. Thank you kak nah..


Nak tayang lagi my superduper Chomey AMMAR ZAIM.. *tapi kat fesbuk, member2 komen hensom boy. kecik2 dah hensem ke manja ibu nih.. hihi


kiut tak zaim senyum.. *sweet*..
ibu baru balik sokannn.. sbb tu gelap gelita..ekeke.. zaim jugak yg hensem boy..
smile baby smile..muahhss
kene buli ngan ibu.. ehehe


So, pada semua ibu mengandung sekarang nih.. sokong la penyusuan ibu sepenuhnya. Beli la pump sebelum bersalin nih.. Sangat penting waktu pantang, sbb masa pantang la susu meriah okay..


Mungkin sekarang korang tak terasa sangat sbb belum mengalami "nursing moment" tu.. tapi once korang dah alami.. OMG.. best brooo... cayalah cakap aku nih.. hehehe..


apapun Happy Pumping to all mommies out there.. hihi

7 comments:

Unknown said...

setuju! mari sokong penyususan susu ibu.
saya mmg terdedah dgn bf ni sbb kakak-kakak ipar semua fully bf anak2 dorg.so sy mmg dah awal2 beli breastpump yg boleh say kategorikan baik ...malah, niat nak bf bermula since tahu dah preggy lagi..
Alhamdulillah minggu pertama n kedua dlm pantang dah mula buat stock..mak ayah sy pun support dgn mengosongkan peti ais kt kampung utk sy simpan stock dlm freezer peti ais.alhamdulillah.cuma skrg ada masalah nak simpan storage.peti ais kecik tak cukup.nak simpan ayam ikan xde ruang..so masak utk suami ala kadar je sbb bekalan ayam ikan tak byk..sobs2..

sy sgt setuju 200% mmg ada satu magical feeling bila kita sahaja yg dpt tenangkan anak yg lapar yg nak peluk2 n dibelai..rs seperti penyelamat...bahagia sgt kan..

:)

btw Zaim berapa bulan skrg? nampak muka sgt cheeky.geram

MamaPatch said...

smoga niat murni anda dapat diteruskan. happy lactating ur baby!

Mrs.Qarlista said...

shareeda, nad pun same..tak buat stok sangat during pantang..padahal time pantangla susu meriah..asyik basah je bahu. huhu. betulla, bile dah susukan anak..rase macam its a great feeling yang tak boleh nak describe. unik sangat..rase sayang sangatttt..lebih2 lagi sekarang die dah pandai main cak-cak pulak time menyusu.. kejap masuk kejap tarik..bile nad bebel2 die senyum je..indahnye perasaan tu.. :)

Mrs Shareeda said...

athiedean
untung nye awak, kira ada basic knowledge kan.. siap kene support dgn famili lagi. zaim dah 5 bulan dah. skg ibu zaim teruja nak bg solid food nih.tgh sabar2 tunggu 6 bulan. hehe

Mrs Shareeda said...

Mrs.aisheteru
thanks.. hopefully success till my boy 2 years old. or more i guess.. hihi

Mrs Shareeda said...

Mrs.Qarlista.
hi nad..sama la, sy pun time pantang basah je baju. lepas tu baru la mengenali apa itu BREASTPAD. hihi.. naif kan.
Dah jadi ibu baru bleh tahu dan rasa perasaan itu. best sgt bila ada anak sendiri.. darah daging sendiri..;)

wanie said...

saya silent reader.. br je nak drop komen.. saya setuju sgt fully bf nie.. sbb ikatan ibu dan anak akan lebih erat.. yg paling penting anak x cepat sakit.