Tuesday, July 6, 2010

Ke mana hilangnya aku..?/???/

Wahhh.. tiba-tiba bagi terpikir on the spot tajuk entry macam tu. sebulan lebih aku tak men-jot down dalam blog sendiri nih. kesian kat blog aku nih. seperti diabaikan pula lepas dan dapat title PUAN nih.

Maklum la.. dulu-dulu time bujangan, setia betul kat blog, kat blog orang, kat website kawen.. sekarang dah tak layan pulak.

Aku online tenet juga, tapi banyak blog walking je.Kira stil visitlah.. Tak pun cari resepi.Awww...rajinnye..

Baiklah, story sikit pasal perkembangan diri..
Alhamdulillah.. dah tiga bulan melayari bahtera mahligai perkahwinan ( frasa tak menahann...). Syukur aku happy bersama lelaki yang kini bergelar suami dalam hidup aku. Life getting better.

Rasa bertuah sangat sebab dikurniakan suami yang penyayang, ambil berat, humor, walau tak brapa sensitif hati pompuan(maaf yer cik abang). Biasanya, kadang pompuan nih nak bagi hint-hint tak mau terus terang, sebab nak lelaki paham kat naluri dia. Yang lelaki pulak bukan reti sangat nak baca hati pompuan.

And bila aku perati dah lama-lama nih pulak, perangai laki aku nih tak jauh beza ngan ayah aku. Hahaha..

Okay, lagi satu story pasal my hubby sekarang nih.. Dia semakin sehat dalam jagaan aku. Maksudnya, dia makin 'mok'. Adoi.. risau tengok perut dia yang makin kedepan tu. Habis semua t-shirt ngan baju kerja makin fit.

Mula-mula aku heppi juga, sebab sah-sah la aku masak sedap2, sebab tu dia makan berselera habis sampai naik berat badan.

Tapi bila tengok keadaan makin merunsingkan, aku pun rasa serba salah. Semua baju ngan seluar ketat dah kata dia.Aku kah yang bersalah???



Aduh.. tiba-tiba kepala aku pening2 loya la.. aduh..aduh.. (hihihih)

4 comments:

farahfatihah said...

wahhhh lama menyepi yer cikgu =)

Intan Inn said...

semoga berkekalan keakhir hayat..semoga bahagia selalu...

cinta_north2south said...

mesti tgh bahagia tul jadik wife orang ye..tu yang lama tul tak tak update blog... :)

Mrs Shareeda said...

farah: tu la pasal. nasib tak ilang ingatan kat blog sendiri. heheh

intan: thanks u so much intan.. hehhe

cinta_north2south: tau takpe. bahagia sangat awakkk..