Friday, July 16, 2010

Karenah tekak ini..

Aku tak nak guna word mengidam tu ok. Aku tak nak. Aku akan salahkan karenah tekak aku bila nak makan itu ini. Nafsu tekak aku sendiri.

For the time being, aku tak leh nak makan nasi. Tak leh terima.. Macam takde selera bila nampak nasi bersama lauk-pauk yang bermacam jenis. Sampai tahap aku terpikir kenapa lah makanan ruji orang Mesia nih NASI??

SAY NO TO RICE!



Apapun, aku kenalah telan juga. Memikikan isi kandungan perut yang memerlukan khasiat untuk tumbesaranya.

Tapi series la beb, aku tak suka dengan NASI sekrang. Padahal dulu, bernafsunye tengok nasi dengan lauk apa pun.So, nak tahu ape bende yang aku suka..

Aku suka JAMBU BATU.. Tiap balik keje, aku singgah la satu gerai jual buah untuk beli jambu. Sedapnye..



Aku suka Tidbits. Tak kita la ape jenis pun asal makanan kunyah2. Kerepek ke, maruku ke, keropok ikan ke, udang ke,cookieske, as long aku boleh kunyah2. Macam nikmat betul bila dapat kunyah dengan penuh asyik makanan2 tersebut. Gile kan..

YUMMY!!!



Aku suka western food. Tapi ini kurang la,, at lest twice a week aku nak makan bende nih. Chiken chop ke, burger ke, pizza ke.. asal bukan NASI.

However, tiap ari aku still masak untuk hubby. Abg pojie mana blh tak jumpa nasi dlm sehari.

Abg Pojie memang best. Baik sangat.. Dia jaga aku elok. Dia makin caring and loving. Dia cuba nak tolong aku buat kerja2 rumah. Dia cuba nak penuhi karenah tekak aku nih. Dia nak aku rehat je.

Tapi aku tak suka la.. Aku still nak buat kerja2 tuh coz aku tak nak baby nih nanti jadi pemalas. Lepas tuh aku tak nak manjakan diri sangat. Takut nanti badan jadik lembik lepas tuh buat apa2 sikit tak larat. Aku nak kuatkan semangat.

Lagipun selama nih bukan berat mana pun kerja-kerja tuh kan.

Aku tau pada setengah wanita ini lah masa nak jadi puteri la, nak mintak suami buat itu ini. Beb, aku tak sampai hati la.. Pening macamana pun , selagi boleh diri, means aku boleh masak.. boleh mengemas.. Kesian kat laki aku, dia dah la balik keje petang. Aku kan balik keje pukul 2.00ptg. So, aku dah rest cukup dah before layan dia.Mithali la konon2.. chitt pooodahh..

Panjang pulak aku merapu kali nih...

3 comments:

PUAN THALHA : said...

dear, moga tak terlewat mahu mengucapkan tahniah!! wah. rezeki sungguh. jaga diri bebaik ya :)

♥♥relyza♥♥ said...

mmg layanan as princess la kan...hehehe
congrate dear! EDD bila? kita pun skrg kuat makan. menda tak pernah makan, dah pandai makan. musykil betul. cek2 takde pape agi. hahaha

ZulNurul said...

hehe...tu br skt. tggu r 2-3mons.. sure poji fenin nnt. kite dulu mengidam kuih rengas. Beperosak cari tak jumpa.. at las,mak metua kite buat kan..ha kaumpuass melahap. hehe.. tp fayyadh kuar pun meleleh gak air liur nye.. ntah r..