Friday, June 26, 2009

cerita today is..?

Mikaeel atau dikenali Michael Jackson telah meninggal dunia hari ini. Pengguna internet meningkat juga dua kali ganda hari ini akibat berita perginya lagenda pop yang sangat fofular seantero dunia..

Masih teringat zaman-zaman aku sekolah rendah, kawan2 akan menanyakan teka-teki yang agak lucu..

"Cuba teka, kecik2 dia hitam..dan besar jadi putih.. apa itu??"

Sila teka..?

Aku mengaku dia dasat, mencipta fenomena,trendsetter..Cuma aku tak minat jacko.

Hari ini takde citer persiapan tawen-tawen ye. Keja byk sangat. Beban mula terasa. Huh,, nampak je cikgu keje seteng ari, balik umah hangkut juga segala tugasan yang tak siap tuh.

anak murid pun tensen tgk aku.. hehe

En.tunang juga buzy, memprepare event agung nak mai base TUDM dia on 4th July. Konklusinya kami berdua terabai dan mengabaikan antara satu sama lain. Mujurlah dia sangat sporting and aku amat understanding.(tetap nak puji empunya diri..).

Jumaat seronok: balik keje pukul 11.30pg. Lepas isi perot lepak chill di umah,2.00 petang aku mulakan ekspidisi melunaskan hutang-piutang. Mencucuk mesin ATM utk mengorek gaji lalu disedekahkan kepada CCM keta, kad kredit, bil-bil menyesakkan dada dan lain-lain lagi..tak lupa utk savings okeh.

Esok mlm pulak ada party welcoming baby, betul ke terminologi aku? Ke Baby Warming? ke Baby Shower.. hantahlah..Kawan aku; Pn.Eshter, baby girl beliau genap 1 months esok. Jadi after all the payment session, haruslah aku beli hadiah kan utk baby girl Eshter tu.

Tiba-tiba jiwa ini amat teruja melihat barangan bayi yang amat kiut gila.. Opss. mood dah ke lain ke..Awal lagi tuhh..

Berjaya juga mendapatkan hadiah yang ekonomik namun memuaskan hati dan menyedapkan pandangan.

Btw, hubby Esther tu berimbun lebat, income monthly 5 angka; ala-ala nilai hantaran aku dan kamu semua mungkin.. Hahaha.. serious beb. Tapi Eshter nih really down-to-earth, suka kawan ngan dia. Ini hasil hunting aku tadi..


Sekian.

8 comments:

FdausAmad said...

gua nak ajak lu dtg kenduri kt blog gua..ikut baca doa skali pun takpa..

kali ke empat gua buat kenduri ni...

FdausAmad said...

gua nak ajak lu dtg kenduri kt blog gua..ikut baca doa skali pun takpa..

kali ke empat gua buat kenduri ni...

joegrimjow said...

alahai
da sampai masa koot

Mrs Shareeda said...

To FdausAhmad ~ gua dah singgah blog lu. lu la baca doa.. gua aminkan je.

Mrs Shareeda said...

To joegrimjow ~ iya.. suatu masa..semua menghadapi perkara yang sama.. itu pasti.

FdausAmad said...

kawen?,gua nak jugak...

Mrs Shareeda said...

To FdausAmad ~ aiks.. carik le calon sedara.. rasanya awak dah cukup syarat tuh.. kan..kan..

Mrs Shareeda said...

FaithLensaMelayu: Opss Lupa nak cakap.... nice shoot beb.... picture anak murid pun tension tu....congrat....
----------------------------------------------

Aku gembira.. :p