Saturday, May 23, 2009

pelan-pelan kayuh lah....

message received : 05/23/2009 9:23 am

hai lalink...how life lps jd tunang org?hehehe...xbyk yg beza pon...still bole ronggeng mcm dulu gak hehehe...mst la da bole share tips ni maklumla da join the group huhuhu..aku xtetap lg tarikh nye...ko da tetap ke bile nk kawen?

from

faranesha@amoichantek

Memang tak banyak beza pon fara. Aku takde rasa apa sangat pun. Cuma bersyukur hubungan dah ada kemajuan. Matlamat lebih jelas. itu saja. Aku masih lagi belum memulakan apa-apa persiapan.

Petang semalam makcik dr bukit pasir,BP tepon ibu. Sudah mula bertanyakan persiapan. Ibu kata takda mula apa lg. Tak pikir apa lagi. Secara tak semena-mena ibu di-sound oleh akak iparnya itu. Katanya dah patut buat itu ini, beli itu ini, tempah itu ini.

Waima aku sendiri pun belum pikir sangat.. Aku cuba nak buat things satu per satu. Lagpun masih dlm mood tunang lagi. Kesian ibu terpaksa mengiyakan kata-kata yang tak perlu langsung dibebelkan itu.

Pada hemat aku, carta GANTT proses kerja akan bermula sebaik sahaja bulan jun tiba. Dan encek tunang jugak menyetujui. Pelan-pelan kayuh. So, june nanti side bar akan ditambah gadget bagi menyeraikan things to do & done. To others bride 2 be, share sama-sama k.

Closure; berita gembira untuk aku kerana memperoleh IV dalam PTK Mac 2009 yang lalu. Bagi yang keja gomen paham lah menda alah apa tu kan..Alhamdulillah..dapat naik gaji di saat aku memang memerlukan kenaikan itu.. heheh

2 comments:

Unknown said...

baru lepas tunang mmg tak rasa beza puntapi nanti bila balik kg tunang
jumpe family dia
bila mak dia bahasakan diri dia mak kat kita
time tu...
tak tahu dah camne nak describe dia nyer rasa

rancang awal2 majlis
kalau nak DIY lagi kena buat awal
kalau amik planner senang la skit keje nye

Mrs Shareeda said...

saaa...ambil ilek sambil pikir jugak nih cik dayu. thanks 4 reminding me. hehe..