Monday, February 22, 2010

Yang bakal kutinggalkan

Alamak,title entry boleh buat tajuk lagu sey ..

Okaylah, aku nak cerita sesuatu yang bakal aku tinggalkan. Sejak aku mula mengenal dunia pekerjaan pada 2005, banyak pengalaman suka ,happy, happening yang aku lalui.

Perasaan tak, takde word yang negative. Yaa.. memang takde. Sekolah tempat aku mengajar kat sabah ini sangat cool. Bukan cool pasal cuaca sejuk tapi kewl lah..

Aku suka suasana kerja aku. Memang besh sekeliling nya. From pihak pentadbiran,guru-guru and also the pupils.. Semua seronok. Susah aku nak jelaskan. Pendek kata, aku sangat selesa dengan tempat aku cari rezeki sekarang.

Mungkin agak kejam statement aku, tapi jika tidak kerana aku nih nak jadi bini orang, kena ikut laki... Aku rela mengajar di sekolah yang masih berdindingkan papan ini.

Nak bagi tau, sekolah nih lantai papan, kalau pakai heels sure terselit celah papan. Aku dah banyak kali terkena, terpaksa suruh budak korek tumit yang tanggal terselit celah papan. Wakakaka..

Esok aku akan melapor diri ke sekolah baru di Penang. Hm.. aku tak tahu bagaimana pulak suasana kat sana. However, I didnt mean to judge the new school before I reached there. Cuma kadang ngeri bila bayangkan macam-macam isu kebejatan masalah sosial di sekolah-sekolah. (macam besh sebut kebejatan kan..)

Sebab sekolah aku mengajar sekarang, agak terpencil. Kurang masalah displin. Mengajar pon heppi je. Sekolah kampung kan. Jadi kalau masa hari guru, mendapat hadiah biskut tiger, susu kotak atau bunga artificial dari pasu mak dorang, dah cukup buat aku rasa dihargai..

Budak-budak nih pantang suruh posing

Aku: Dua dari kiri.
Muka bosan dengar orang bagi ucapan
Macam budak form three je aku kan.. Hahaha

Ha.. ambik ko guru besar kat sebelah.
Tengah nyanyi lagu "KAMI GURU MALAYSIA"

Sila siram air dalam baldi ini pada kawan kamu

Murid-murid, buat kerja sendiri, cikgu nak kira bajet kawen..

Malas la nak feeling sangat, takut nanti budak wat tak kisah,, aku je sedih meraung nak berpisah dengan dorang.. (tiba-tiba ingat lagu "berpisah dan bertemu adat manusia biasa"...)

Tapi aku konpiden dorang sedih.(uwekkk...) Lagipun entry hari guru berkaitan surat yang masih aku simpan itu menguatkan ke-konpiden-an aku..

I'm gonna mish them so much..

4 comments:

Unknown said...

wah, atas pentas tu macam anak murid je, bukan cikgu. hehe

ally said...

sedey je entry nih..hehe..well, gud luck mengajar di tempat baru..semoga mendapat suasana keje yg besh,,br la semangat nak g keje..=)

Zahra Ashiqin said...

cikgu...sy suke ttg lantai papan sek tu, hihi..smpi terselit kasut heel..
sure sedih kan....lepas ni tkr penang dh dkt dgn bakal suami...

Mrs Shareeda said...

To nahwal ~
aiks.. ye ke nahwal.. malu la cikgu mcm nih.. heheh... rasa awet muda la pulak..

To ally ~
yup.. thanks..tgh kumpul semangat la nih.. hihi

To Zahra Ashiqin ~
sedih campor eppi. tapi mcm sedih je banyak nih.. No More SIngle Life.. hahahah