Sunday, July 5, 2009

Di hujung minggu lalu..

Sabtu dan Ahad.. macam-macam aku lakukan. Walaupun sabtu, aku kene pegi mengajar jugak sebagai cuti gantian utk hari raya nanti. Jadual mengajar yang digunakan ialah hari khamis. So, kalau khamis, kelas aku berakhir jam 10.10 pagi. Yes, takde kelas after recess, apalagi..aku pun bersetuju memenuhi permintaan yanti untuk menemankan beliau ke majlis perkahwinan membernya..(bab nih mmg semangat abess).

Selesai je kelas di tahun enam, aku mintak izin cikgu penolong kanan nak balik awal. hikhikhik.. Trus drive pickup yanti utk menuju ke majlis itu. Dlm pjlanan,yanti bgtau yang dia bakal bertunang wif her pakwe after raya nanti. Dan sekali lagi aku Yess, sbb ada tag team nak servay barang-barang kahwin. For sure la yanti dan aku berada dalam mood yang sama. Seronok kan..

Kami pun tiba di kenduri kawan yanti tu,1st thing nak amik gambar pelamin..

Then aku pula bergambar dengan pengantin. Nama dia ATIZAN.. Ini kenduri sebelah lelaki. In fact, kami dilayan mesra sangat oleh famili ATIZAN. Tak yah bubuh pic tuh lah kan.

Pulang dari majlis; aku melayan JAKEL utk belek2 baju raya. Sambil mata jeling2 kat bahagian pengantin. Tiba-tiba tertumpu kat kain pengantin yang harganya RM1800 semeter. What the... mahal nye lahai. Tapi cantik, memang sangat cantik la.. Tunggu dapat title datin kot baru blh merasa kain macam tu. huhuh..

On Sunday

Melayan pasar tamu Gaya street. Saja nak cuci mata sambil tgk2 doorgift yang sesuai. Memang banyak barangan yang menarik. Tapi aku belum membuat spesifikasi apa door gift nye.. Kadang ada jugak niat nak buat kajian apa doorgift yang diminati oleh org ramai. Kalau blh nak lari dari kebiasaan.. Ewahh..

And,kalau majlis kat kampung aku,berkat sangat dititiberatkan. Erm,berkat is.. tetamu seperti jiran-jiran terdekat and sedara mara akan dibekalkan lauk dan nasi utk dibawa pulang. Time btunang pun ada buat mcm tu. Tapi time tunang dulu buat dalam 30 pack je. Kalau kawen nanti haruslah jumlahnya bertambah kan.

Masa aku ceritakan kat encik tunang pasal adat kampung kami nih,agak kompius jugak dia. However aku mmg nak kekalkan tradisi nih dalam big day aku nanti. Kalau blh jugak, aku nak telur pindang.Trademark kan..sah-sah org johor yang proud to be jawarians.Cuma sekarang belum tentu lagi nak ambik katering atau rewang saja. Kalau katering, memang takda masalah. Rewang pun sama takde masalah. Orang-orang kampung aku sangat rajin dan baik-baik hati belaka. Memang sangat ringan tangan dan semangat berkobar-kobar kalau ada apa2 majlis. Best kan.. Psst..hujung bulan nih nak bershopping hantaran fasa pertama wif encik tunang..

4 comments:

farhanna said...

pasar tamu tu kat mana sis? cm ke ?

Upcoming Big Day said...

Nope dear. cm kat KL. Ini kat KK.. land below the wind..

Sha Pattinson said...

huhhu rupanya kita dlm 1 negeri ..da lama tak pegi tamu gaya ..terpk nak bg goodies kraf dari sabah but ..tatau apa benda yang orang suka ...but for sure my mom dah cakap jangan bagi saputangan dan banyak sangat nowdays pengantin bagi (maafnye kepada pengantin2 baru) ..still pk lagi nih ..duh!

Miss Shareeda said...

To Sha Pattinson~ hehe.. really? blh share ideas n good place utk servay kan.. me also tak mau any gift yang klise.. but tgk jugak la. mana tau hujung2 cerita brg biasa jugak yang terpilih.. hehe